Ketahui Cara Urus Gaji & Hutang

KITARAN YANG MENYEDIHKAN

 

“Pergi kerja awal PAGI, pulang ke rumah lewat PETANG. Lebih sadis lagi, cukup bulan dapat GAJI, perlu bayar HUTANG”

Anda dah penat dan mahu keluar dari kitaran “rat race” yang sia-sia ini?

 

NASIB BERHUTANG

Anda mahu mengubah nasib keluarga dari di bebani hutang keliling pinggang; hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan rumah.

Anda tiada lebihan duit, kesemuanya digunakan untuk membayar ‘komitmen’ tadi, hinggakan keperluan anak anak perlu dibayar dengan kad kredit. Anda stress dan keluarga tidak gembira.

Sebenarnya, anda dan keluarga anda BERHAK untuk mendapatkan hidup yang serba cukup dan selesa. Ada caranya. Banyak pihak yang boleh membantu anda!

 

KUASAI SEMULA WANG, HUTANG DAN HIDUP ANDA

Perubahan bermula dengan diri anda. Terdapat pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan bantuan pengurusan duit dan hutang, seperti Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK). Pelbagai servis dan program pendidikan yang mereka sediakan, antaranya:

  • Pendidikan Kewangan : AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan kredit dengan bertanggungjawab.
  • Kaunseling Kewangan : AKPK memberi khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit.
  • Pengurusan Kredit : Kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas untuk menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan.

 

MELABURLAH DENGAN ILMU

Di Malaysia, terdapat ramai pakar pengurusan kewangan yang berpengalaman yang memberikan ilmu yang praktikal, samada melalui tulisan di blog mereka, mahupun buku. Antaranya, Saudara Suzardi Maulan, yang tidak jemu berkongsi tips praktikal mengurus gaji dan hutang. Figur lain yang kerb berkongsi di media masa dan juga menulis buku pengurusan kewangan ialah Tuan Shamsuddin Kadir, Hajah Rohani & Datuk Hj M Shahir, Azizi Ali dan ramai lagi.

Diperingkat antarabangsa pula, siapa yang tidak kenal Robert Kiyosaki? Program Pendidikan Kewangan, Forum, Seminar, Buku beliau semuanya laku keras! Buku buku beliau mencapai tahap “international bestseller” dan telah membantu ramai orang dengan berkongsi tips mengurus kewangan dan hutang serta menggandakan harta!

Adakah anda…

  • Berminat untuk mendapatkan ilmu praktikal untuk pengurusan kewangan?
  • Mahu menggunakan alat alat kewangan yang mematuhi hukum syarak?
  • Mahu menggandakan wang anda dengan pelaburan hartanah, saham, forex dan perniagaan; tetapi anda tidak jelas samada ia mematuhi syarak atau tidak?

 

BERITA BAIK

Sepanjang November ini, anda ada peluang membeli buku-buku pendidikan kewangan pada harga 20% lebih murah. Ya, 20% diskaun untuk semua buku pendidikan kewangan.

Beberapa fakta berkenaan buku-buku dalam Siri Pendidikan Kewangan yang kami berikan promosi kali ini:

  • Kesemua buku ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, termasuk buku buku Robert Kiyosaki yang diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.
  • Karya Ustaz Baharuddin Abd Rahman (UZAR) juga kami bawakan untuk memandu usaha pengurusan kewangan dan pelaburan.
  • Pengurusan kewangan yang mudah di fahami dan di praktikkan oleh penulis tempatan seperti Tuan Shamsuddin Abd Kadir, Hjh Rohani & Datuk Hj M Shahir, Azizi Ali, Anuar Hanif, dan lain-lain

 

MASA UNTUK BERTINDAK

Orang putih kata, “Fast Action, Fast Results”. Selamat Maju Jaya 🙂

 

 

Tim Warung Buku Online Bookstore

 

 

warungbooku