10 Buku Ini Buat Anda Terkenang ‘Moment’ Bersama Ayah

#1 Bercakap Dengan Jun – Hasrul Rizwan

RM 20

Disebalik buku dengan desain cover yang agak mengelirukan, ada kisah cinta seorang lelaki yang bernama Ayah ini. Ini adalah antara buku terbaik yang di baca pada tahun ini. Selepas membaca buku ini, fikiran terus menerawang kenangan bersama ayah semasa kecil 🙂

Penulis menggarap kasih cinta ayah dengan baik sekali dalam cerita ini. Silap-silap, anda boleh menitis air mata ketika membaca novel ini.  Hasrul Rizwan menulis….

“Saya ingin bercerita tentang saya dan dia. Dia datang tanpa saya bersedia. Sesiapa pun takkan bersedia melihat darah berlumuran di telapak tangan dan ianya hanyir sekali. Namun darah itu seketika menjadi nyaman dan menenangkan. Apa yang pernah saya lakukan demi dia kadang-kadang tidak masuk dek akal. Ianya akal saya.

Saya ceritakan halnya rasa yang merayap di dalam sukma memohon untuk disampaikan pada dia, namun ianya tidak terluah. Ianya tidak terluah kawan. Tentang keyakinan atas apa yang rela saya korbankan untuknya. Balapan hidup saya yang ditemani seekor anjing yang tidak berbaka.

Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta”

#2 Ayahku – Hamka

RM 26

Begitulah gambaran kasih sayang, hormat Hamka pada ayahnya yang di abadikan dalam karya ini. Kata Hamka,

“Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan”

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera. Amat wajar dibaca untuk dinikmati hikmah dan refleksi bagaimana tulus seorang ayah mendidik anaknya hingga menjadi ulama, pemikir hebat di nusantara

#3 Ayah – Andrea Hirata

AyahKisahnya tentang Sabari yang amat menyayangi Zorro. Bukankah gambaran di bawah ini ada persamaan dengan kenangan manis kita bersama ayah? Kasih sayang ayah sukar ditafsir anak, namun kita terus dapat merasa kehangatannya. Begitu sudut pandang ayah kepada anak, tanpa mampu mengungkapnya….

“Ingin dia memeluknya sepanjang waktu. Dia terpesona melihat makhluk kecil yang sangat indah dan seluruh kebaikan yang terpancar darinya.

Diciuminya anak itu dari kepala sampai ke jari-jemari kakinya yang mungil. Kalau malam Sabari susah susah tidur lantaran membayangkan bermacam rencana yang akan dia lalui dengan anaknya jika besar nanti. Dia ingin mengajaknya mengunjungi pasar malam, membelikannya mainan, menggandengnya ke masjid, mengajarinya berpuasa dan mengaji, dan memboncengnya naik sepeda saban petang ke taman kota”

#4 Sebelas Patriot – Andrea Hirata

RM 10

Sebelas Patriot adalah kisah yang menggetarkan hati dan menyuntik inspirasi, berkisar perihal cinta seorang anak, pengorbanan seorang ayah, dan kegigihan menggapai impian.

Cinta seorang anak bukan sekadar patuh kepada permintaan orang tua, tetapi menunaikan mimpi-mimpi lama yang terkubur di tengah jalan. Pengorbanan seorang ayah bukan sekadar zahir kasih sayang, tetapi jauh melangkau sekatan dunia demi kesenangan generasi masa hadapan.

Gigihnya Ikal menggapai impian sang ayah berbekalkan cinta dan pengorbanan yang mengalir dalam diri sejak azali. Mampukah sang ayah tersenyum kembali?

#5 Kembara Atiq Wazif – Hasan Suyut

Kembara Atiq WazifBerkejar dengan masa demi seorang anak istimewa, buku ini merupakan catatan pengalaman seorang ayah dalam membesarkan seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun. Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, ‘Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat.

Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, penulis membawa keluarganya merentas benua. Ke Beijing di Negeri China, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida, AS, meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Isterinya Dora yang merupakan seorang pendidik cemerlang, sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi. Penulis menyulam penulisannya dengan kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan dan cerita cinta suami isteri. Dari seorang bapa dan suami yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga kurang memberi perhatian kepada keluarga, kehadiran Wazif benar-benar memberi sinar baru dalam kehidupan penulis sekeluarga. Kelahiran Wazif memang dirasakan sebagai satu anugerah daripada Allah.

Penceritaannya sangat terperinci, mirip gaya novel. Latar masa, latar tempat, perlukisan watak dan setiap patah dialog, begitu segar. Konflik mempunyai anak istimewa, konflik rumah tangga dan babak-babak mencemaskan yang diceritakan semula dengan begitu baik, menjadikan buku ini penuh elemen dramatik. Tidak hairanlah seorang pengarah program pendidikan khas di Florida, AS memberitahu penulis, “You can make a movie out of this!”

#6 Ayah – Sebuah Antologi

ayah sebuah antologi

Ayah; orang kata tak kahwin tak boleh jadi ayah. Ingat kalau kahwin tu lesen layak jadi ayah? Ada ayah watak putih. Ada ayah watak hitam.

Umpama musang berbulu ayam, harapkan pegar, pegar makan padi.

Utamanya kita dengar, ayahlah pemimpin kita sedari kecil. Sebatan ayah yang menjadikan kita manusia pada hari ini. Ada ke ayah yang jadi ibu?

Siapa ayah?

Selami hati 21 penulis yang menyulam 21 kisah ayah. ‘Wajah’ ayah dari 21 orang penulis ini, pasti ada antaranya yang menyerupai wajah ayah anda, lelaki pertama yang mencintai setiap anak yang lahir!

#7 Oh Sudan! Ayah Saya Hero – Imran Yusuf

Oh Sudan Ayah Saya HeroUniknya buku ini, kerana seorang anak berpeluang membaca kisah coretan yang dibuat ayahnya sendiri. Pastilah setiap perasaan, pengalaman, harapan sang ayah dapat diketahui secara langsung oleh si anak. Ia mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya?

#8 Anak-anak Abah – Nazali Noor

RM 25

Ini kisah dari seorang bapa lima anak-anaknya yang penuh warna warni . Setiap kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza dan watak. Kata-kata dari hati seorang bapa, bagaimana bapa yang menghargai setiap masa dengan anak-anak dan bagaimana membesarkan mereka menjadikan dia orang yang lebih baik untuk memahami potensi dan keperibadian unik daripada lima daripada mereka.

Sebuah kisah yang penuh dengan kasih sayang keluarga, pastinya menggamit kenangan indah anda dengan ayah. Penuh dengan emosi tulen – tawa, air mata, kegembiraan, kebahagiaan dan kesedihan
Ini bacaan inspirasi untuk seorang ayah muda, bacaan yang menggmit momen indah buat anak. Nikmati perjalanan seorang ayah dan anak-anaknya.

 

#9 Ikramah – Abdul Latip Talib

RM 23

Kisah anak Abu Jahal sejak beliau kecil. Pada permulaannya beliau sangat memusuhi Nabi dan umat Islam. Namun pada suatu saat, hidayah Allah datang dan dia menjadi pengikut Islam yang taat. Pengikut yang sanggup berjuang bermati-matian demi Islam.

Kisah anak Abu Jahal sejak beliau kecil. Pada permulaannya beliau sangat memusuhi Nabi dan umat Islam. Namun pada suatu saat, hidayah Allah datang dan dia menjadi pengikut Islam yang taat. Pengikut yang sanggup berjuang bermati-matian demi Islam.

Bagaimana kasih sayang antara anak dan ayah masih terus bertaut meskipun dibatasi oleh aqidah yang berlainan? 

#10 Cerita Dari Syurga – Zamri Mohamad

Cerita Dari SyurgaCerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan. Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Seorang isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat. Seorang ayah mahu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati anaknya. Diri kita pastinya mahu menjadi insan yang dipuji-puji di langit dan disayangi di bumi. Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang. Bagaimana seorang ayah, meskipun tidak banyak bercakap, tindakan nya banyak mempengaruhi anak anak dan meninggalkan kesan manis sepanjang hidup si anak. Jika kita seorang anak, dapatkan inspirasi dari buku ini untuk memaknai usia yang ada untuk memberi kenangan manis untuk insan istinewa bernama Ayah 🙂

 

warungbooku

One Comment