Tips Membaca Buku Bahasa Inggeris Untuk Beginner

#1: Memulakan Dengan Sesuatu Yang Mudah

Amat penting jika anda mencuba sesuatu yang baru, anda mulakan dengan perkara yang paling mudah, untuk memastikan motivasi anda kekal tinggi dan tidak patah semangat. Membaca buku bahasa inggeris boleh jadi sukar bagi sesetengah orang, terutamanya diperingkat awal. Membaca buku yang mudah, tidak terlalu tebal mukasuratnya dengan konsisten mengikut tahap kemampuan anda adalah lebih baik dari terus membaca buku yang agak kompleks tetapi anda berhenti berusaha di pertengahan jalan kerana jemu, atau terlalu sukar untuk meneruskan pembacaan. Bagaimana anda nak tahu samada sesuatu bahan bacaan itu jatuh dalam kategori mudah? Kami senaraikan ciri ciri asas basan bacaan:

a) Beginner : 600 kosa kata

b) Elementary: 1000 kosa kata

c) Intermediate: 1600 kosa kata

Anda boleh cari website yang menyediakan graded english book dengan percuma. Graded English Books ialah buku yang diadaptasi dari sumber literature, namun ditulis dengan bahasa inggeris mudah. Graded english di adakan untuk memudahkan non-english speaker mempelajari dan memahami bahasa inggeris melalui pembacaan.

#2: Cari Buku Genre “Young Adult”, “Chic Lit” atau “Children Literature”

Antara ciri ciri bahan bacaan yang mudah ialah apabila kandungannya mempunyai banyak dialog, naratif dan plot cerita yang ringkas. Kesemua ciri ini boleh didapati dalam buku genre yang dinyatakan. Tiada had umur untuk membaca buku genre ini, dan ia tidak semestinya untuk kanak kanak atau remaja. Sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan buku bahasa inggeris, buku genre ini amat mudah dikuasai. Antara rekomendasi buku genre ini adalah Animal Farm, Black Beauty, Little Prince, Charlotte’s Web, The Secret Garden dan buku buku yang ditulis oleh Roald Dahl.

#3: Pilih Genre Buku Yang Anda Minati

Anda mungkin ada kecenderungan terhadap beberapa genre buku, sebagai contoh genre thriller, mystery, historical fiction, motivation, self help, science fiction, psychology dan lain lain. Mulakan dengan genre buku yang anda minati. Anda akan dapat mengekalkan momentum dengan lebih lama dengan membaca konten yang anda minati. Lazimnya, genre self help mudah di baca dan diterima oleh majoriti pembaca. Kami rekomen buku buku self help ini untuk anda bermula; “Who Move My Cheese”, “The Peaks and Valleys”, Siri “Chicken Soup for The Souls”, “How to Develop Self Confidence and Win Friends” dan banyak lagi. Kesemua ini agar ringan, mudah faham dan agak universal.

#4: Gunakan E-Reader Yang Mempunyai Built-In Dictionary

Agak mengecewakan jika pemahaman kita terganggu kerana banyak perkataan yang kita tidak faham maksudnya. Selain dari mood anda hilang, lebih parah jika motivasi membaca anda merudum. Salah satu manfaat membaca menggunakan e-reader ialah, ada dapat menggunakan fungsi built-in dictionary untuk terus menyemak maksud perkataan yang tidak di fahami. Ini dapat melancarkan proses pembacaan anda, dan menambah keyakinan anda untuk terus membaca buku bahasa inggeris. Contoh e-reader yang ada di pasaran malaysia ialah Kindle, Ipad, Samsung Tablet, Lenovo dan lain-lain.

Contoh Built-In Dictionary di iPhone yang kerap kami gunakan apabila membaca e-book ataupun artikel berbahasa inggeris.

Highlight perkataan yang anda mahu semak maksudnya. Pilih “Define”

IMG_6664

Fungsi built-in dictionary akan memaparkan maksud perkataan yang anda highlight.

Fungsi built-in dictionary akan memaparkan maksud perkataan yang anda highlight.

#5: Letakkan Target

Secara fitrahnya, kita akan mudah fokus mencapai sesuatu apabila kita meletakkan target untuk di capai dalam sesuatu tempoh. Mulakan dengan meletakkan target kecil, berapa banyak buah buku bahasa inggeris yang anda ingin baca dalam tempoh 1 bulan. Dalam meletakkan target, anda perlu mulakan dengan buku yang mudah (Ingat Tips #1). Anda boleh menggunakan laman Goodreads untuk meletakkan target bulanan atau tahunan anda. Apabila anda sudah selesa dengan kemampuan anda, anda boleh tingkatkan target anda untuk masa akan datang. Jangan lupa juga untuk ‘celebrate little things’ mana mana kejayaan anda dalam mencapai target ini. Mulakan dengan rai kejayaan anda apabila selesai membaca buku yang pertama! 🙂

#6: Libatkan Diri Dalam Aktiviti ‘Book Club’

Terdapat beberapa kumpulan apresiasi buku yang aktif menjalankan program “Book Discussion”, seperti inisiatif oleh Suri Membaca, KL Book Appreciation Club, Malaysian Goodreaders dan Usrah Buku. Dalam semua progra ini, buku yang dikupas adalah buku berbahasa inggeris, dari pelbagai tajuk dan genre. Dengan menyertai aktiviti Book Club ini, anda dapat bertukar maklumat, menambah kenalan dikalangan penggemar buku, bertukar idea, tips dan solusi. Terdapat juga usaha swap book, yang mana anda boleh saling menukar buku anda dengan orang lain. Ini satu peluang baik untuk menambah senarai buku yang dibaca, tanpa mengeluarkan kos!

#7: Perluaskan Genre Anda

Jika sekarang anda selesa dengan genre self help, untuk mengekalkan momentum membaca dalam bahasa inggeris, anda boleh cuba meluaskan bacaan pada genre lain seperti historical fiction, travelogues, politics, science fiction, business, romance dan lain lain. Jika anda perlukan rekomendasi, anda boleh layari beberapa website yang boleh memberikan idea. Website seperti Book Riot, The Reading Room, Shelf Awareness dan Goodreads amat membantu. Selain daripada fungsi “Recommendation”, Goodreads juga mempunyai senarai tajuk buku cadangan yang disumbangkan oleh pembaca lain, seperti 1001 Books You Must Read Before You Die dan pelbagai senarai lain.

If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking
 ― Haruki MurakamiNorwegian Wood

Selamat mencuba!

Jika anda mempunyai tips berkaitan yang ingin dikongsi dengan pembaca lain, anda boleh kongsikan di bahagian komen

warungbooku

2 Comments

  1. Saya setuju dengan point memulakan dengan genre yang ringan dengan tatabahasa yang tidak terlalu sukar. Sekurang-kurangnya apabila sudah mahir dan di praktikkan pula dalam percakapan, pembaca boleh upgrade tahap ‘kesukaran’ buku