Teman Terbaik Perjalanan & Percutian Anda

6 Buku Temani Perjalanan & Percutian Anda

Hujung tahun adalah masa kebanyakkan rakyat malaysia bercuti bersama keluarga mahupun kawan kawan, samada di dalam negara ataupun di luar negara. Bagi kebanyakkan percutian bajet, mode pengangkutan yang paling popular ialah Keretapi Tanah Melayu (KTM), Bas dan Budget Airline. Tempat percutian yang menjadi tumpuan pula adalah pantai, kerana ia sesuai untuk percutian solo, berpasangan ataupun dengan keluarga.

Sambil berehat & bercuti menikmati pantai, taman, tasik mahupun keindahan di kaki bukit, kami ingin mencadangkan beberapa banan bacaan santai yang dapat menjadi teman sepanjang percutian anda. Untuk tidak menganggu mood dan aktiviti percutian anda, bahan bacaan ini mestilah ringan, saiz serdahana (A5) dan konten nya tidak terlalu berat dan teknikal.

#1: Yak Bok Te (Amin Landak)

Yak Bok Te, Amin Landak, Dubook PressKompilasi kartun dengan kritikan  sosial yang santai dan menghiburkan menyebabkan buku ini amat sesuai menemani anda semasa percutian. Amin Landak mempunyai daya pemerhatian yang amat tajam, dan beliau terjemahkan dengan baik dalam karya kartun beliau. Yang pastinya, setiap kali anda menyelak helaian buku ini, anda pasti tersenyum dan berfikir dek kesinisan dalam mesej yang disampaikan. Anda nak baca karya kartun lain oleh Amin Landak? Klik sini, jom, kita ketawa sama-sama.


#2: About Love (Tere Liye)

About Love Tere Liye

Buku ini adalah kompilasi snippet coretan Tere Liye tentang apa sahaja berkaitan cinta. Bukan sahaja cinta antara lelaki dan wanita, skop cinta yang digarap adalah lebih luas; cinta kepada Tuhan, ibubapa, diri sendiri, keluarga dan pasangan. Sesiapa yang bidas mengikuti karya Tere Liye pastinya arif dengan gaya penulisannya yang halus, ringkas dan tepat masuk ke dalam hati. Konten buku ini amat sesuai bagi anda yang bercuti untuk berehat, mengambil masa untuk diri sendiri untuk bangkit membina kekuatan.


 

#3: Ayah – Sebuah Antologi Cerpen

ayah sebuah antologi

21 kisah coretan tentang insan bernama ayah. Ada coretan yang penuh kasih, rindu, dendam dan penyesalan. Setiap penulis menggambarkan siapa lelaki yang di panggil ayah dalam hidup mereka. Oleh kerana ia adalah himpunan cerpen nolstalgik yang agak ringan, buku ini amat sesuai di baca semasa percutian. Anda boleh menikmati percutian sambil membaca kisah kisah pendek ini tanpa rasa terganggu. Ia mungkin boleh buat anda terinspirasi untuk menukilkan tentang lelaki bernama ayah, dalam hidup kita.


 

#4: Dracula vs. Al-Fateh (Muhd Nur Iman Ramli)

Dracula vs Al Fateh

Bacaan yang sesuai untuk masyarakat umum, lebih lebih lagi jika anda telah menonton filem Hollywood berjudul Dracula Untold (2014). Tidak ramai orang yang meminati sejarah, namun buku ini di tulis dalam bentuk yang lebih santai,  dan tidak terlalu nampak akademik walaupun padat dengan fakta.  Ilustrasi berwana dengan latar belakang gambar di Istana kepunyaan Vlad The Impeler, yang terletak di Romania, butiran ringkas tarikh tarikh penting mampu ‘membawa’ anda jauh menerawang, seterusnya menjadikan pengalaman perjalanan anda lebih menarik. Penulis bijak menggunakan pendekatan ringkasan cerita terlebih dahulu untuk memberi gambaran secara umum dan kemudian menghuraikan setiap sisi penting dalam kisah sejarah ini. Buku sejarah ringkas seperti ini memberi 2 dimensi berbeza; masa lalu dan masa kini yang ada bersama anda.


#5: Membedah P Ramlee (Daniyal Abd Kadir)

Membedah P. Ramlee Daniyal Abdul Kadir

Satu lagi buku yang amat menarik, julung kali ditulis dan diterbitkan. Kebanyakkan kita membesar dengan filem lakonan dan arahan P Ramlee, jadi, kandungan buku ini boleh dikatakan mudah di fahami dan ulasan yang ditulls di garam secara ringkas dan tidak meleret. Ulasan di susun mengikut tajuk filem; seperti Pendekar Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi, Ibu Mertuaku, Ali Baba & 40 Penyamun, Antara Dua Darjat dan lain lain. Sesuai untuk bacaan di dalam bas atau keretapi, mahupun ketika anda santa berehat di tepi pantai. Anda pasti menikmati setiap helaian buku ini, samba tersenyum, termenung mengenang scene dan dialog sedih, lucu yang masih popular hingga kini.


#6: Tora Datang Lagi (Amirul Bozu)

Tora Datang Lagi Amirul Bozu

Jika anda membesar pada tahun 1990-an, buku ini ditulis untuk anda. Ringkas, bersahaja dengan genre nostalgik, buku ini sesuai sekali di baca semasa anda bercuti. Kenangan manis zaman kanak kanak pasti menerpa satu persatu. “We laugh and learn“, itulah yang anda dapat semasa membaca buku ini. Membaca buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup semasa zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita kenang balik yang sudah terlupa, kita bina semula gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya…..sambil anda berbaring di pasar putih di tepe pantai.

warungbooku