Inspirasi Kembara dari Travelog Terbaik

Amat mudah mengembara sekarang. Pelbagai kemudahan rujukan, diskaun tiket kapal terbang, pakej percutian bajet dan kumpulan sokongan di Facebook yang dapat membantu newbie untuk memulakan langkah, seperti Backpackers Buddies Malaysia, Female Backpackers CommunityThe Jetsetters dan banyak lagi.

Pasanglah azam untuk mengembara, mulakan dengan langkah kecil. Kami berjinak-jinak dengan traveling ini melalui misi pertama kami ke Johor, Melaka, Pulau pulau di Terengganu, Langkawi Unesco Heritage. Kemudian kami melangkah sedikit jauh ke Saigon, Singapura, Melbourne dan Christchurch, Te Anau, Tasik tasik di South Island dan Queenstown. Kami tak cari tempat shopping (maklumlah, bajet agak tight). Kami mengembara untuk merasai culture berbeza, sejarah sesuatu kawasan, nature dan kelainan bahasa.

Pengembaraan merupakan suatu trend yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Jauh atau dekat, pilihan untuk travel secara bajet terlalu banyak. Ada juga yang menawarkan pakej “customized travelling”, oleh Crazy About Travelling.

Hujung tahun begini, mood untuk mengembara memang menebal! Membaca pengalaman kembara orang juga boleh memberi terapi. Destinasi kembara yang agak terkenal dikalangan orang kita ialah Thailand, Korea, Jepun, Indonesia, Negara Scandanavia, Eropah, Australia, New Zealand, Amerika dan Turki!

Nak dapatkan flavor bagaimana pengembara mencatat pengalaman dan pemerhatian mereka, ada boleh mula dengan artikel ini : Pengalaman Jelajah Eropah Oleh 5 Lelaki Hebat Ini

Pelbagai buku telah ditulis dan diterbitkan. Tahun ini, satu travelog yang agak rare telah ditulis oleh iron lady kita, Siti Noridah, yang mencatatkan pengembaraannya ke Afghanistan, bertajuk Kembara Afghanistan. Ada banyak artikel ringkas yang beliau terbitkan di ruangan Malaysiakini. Kami follower tegar beliau, cerita dan gambar gambar yang diambil buat kami terpesona dengan keindahan Afghanistan dan budaya penduduknya.

Bulan ini, kami bawakan tawaran istimewa:

Promosi 20% Lebih Murah Untuk 50 Orang Pembeli Pertama!

Mari lihat senarai buku buku yang diberikan diskaun 20% untuk Promosi Jom Kembara!

Promosi Travelog Terbaik 1

Promosi Travelog Terbaik 2

Promosi Travelog Terbaik 3

SENARAI TRAVELOG TERBAIK:

  1. Pengembaraan Tanah Jepun (RM20, NP: RM25)
  2. Cuti-Cuti Halal (RM20, NP: RM25)
  3. Dari Andalusia ke Amerika (RM20.80, NP: RM26)
  4. Travelog Mr. Traveller (RM20, NP: RM25)
  5. Aku, Muslim & Britain (RM16, NP: RM20)
  6. GPS Cinta Aussie (RM20, NP: RM25)
  7. Pemburu Kesepian di Bumi Geordy (RM20.80, NP: RM26)
  8. Menjejak Cinta di Bumi Tuhan (RM20.80, NP: RM26)
  9. Berlari Dari Jogja ke Christiana Untuk Menemukan Si Dia (RM20, NP: RM25)
  10. Islam di Barat, Muslim Di Timur (RM20, NP: RM25)
  11. I’m A Backpacker (RM18.40, NP: RM23)
  12. Kembara Afghanistan (RM20, NP: RM25)
  13. Philly, Aku Culture Shocked! (RM16, NP: RM20)
  14. Diari Seorang Mujahidah: Kembara Syria (RM15.20, NP: RM19)
  15. UK! Aku Mai  (RM20, NP: RM25)
  16. 99 Cahaya Di Langit Eropah (RM28, NP: RM35)
  17. Travelog Minda Tajdid (RM12.80, NP: RM16)
  18. Aku Ingin Kembara Lagi (RM13.60, NP: RM17)
  19. Rindu Bau Pohon Tin (RM14.40, NP: RM18)
  20. Secangkir The Pengubat Letih ((RM20, NP: RM25)
  21. Di Hamparan Shamrock, Nama-Mu Ku Seru (RM30, NP: RM21)
  22. Menalar Makna Diri (RM20, NP: RM25)

Anda dah lama simpan hajat nak dapatkan travelog? Dapatkan sekarang pada harga lebih murah, jadi antara 50 orang pertama yang mendapatkannya dari kami!

Hubungi 017-293-2284sekarang ūüôā

Tawaran Hebat ini akan di tutup pada bila bila masa sahaja sebelum 31 Disember 2015, setelah kami menerima 50 orang pembeli pertama ūüôā

Pengalaman Jelajah Eropah Oleh 5 Lelaki Hebat Ini

europe travelling inspiration

“Book is the Cheapest Ticket to Travel”

Kata kata ini amat benar sekali. Pengalaman ramai orang mengembara dapat memberi inspirasi, membuka perspektif baru dalam hidup dan beri peluang kita belajar dari pengalaman orang lain.

Sekiranya anda masih lagi menyimpan wang untuk ‘travelling plan’ anda, sebagaimana yang di cadangkan oleh curator The Vocket ini, teruskan usaha anda. Peluang anda untuk mengembara pasti akan tiba!

Kami suka baca buku genre travelog! Akhir-akhir ini, lebih ramai pengembara yang menulis pengalaman mereka, samada dalam bentuk travelog ataupun novel.

Sebagai pembaca buku tegar, terutama genre travelog, kami mencadangkan 5 travelog yang berlatarbelakangkan Eropah, sebagai bacaan anda. Buku buku ini ditulis oleh figur yang tidak asung lagi dalam bidang pendidikan, aktivism dan dakwah. Tulisan mereka cukup halus dan jelas menggambarkan keindahan tempat yang dilawati, interaksi mereka dengan masyarakat setempat, serta ibrah atau pengajaran yang dikutip. Anda dapat kombo 3 dalam satu apabila membaca buku buku mereka.

Jika Eropah adalah destinasi kembara anda suatu hari nanti, pastikan anda membaca buku-buku oleh figur figur hebat ini, sebagai sumber inspirasi dan menambah motivasi anda untuk cukupkan duit untuk ‘traveling fund’ anda!

#1: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil –¬†Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu

dihamparan shamrock ku seru namaMu hasrizal abd jamilKarya Travelog oleh Ustaz Masrizal Abdul Jamil yang tiga ini sekali lagi tidak mengecewakan. Ini adalah kisah perjalanan hidup penulis menuntut ilmu dan berkhidmat di London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom.

Penulis pergi selangkah kehadapan dengan menceritakan cara hidup masyarakat setempat, budaya, agama, loghat, sensitiviti, sikap skeptikal dan toleransi mereka. Bagaimana penulis berhadapan dengan situasi sukar di tempat asing ini juga memberi inspirasi. Bagi pengembara yang berjiwa daie, anda pasti kagum bagaimana penulis mempersembahkan islam dengan bersahaja tanpa perlu ceramah panjang.

Setelah selesai menghabiskan buku ini, semangat mengembara meluap-luap sekali. Kali ini, mindset sebagai pengembara judah bertukar. Bukan sahaja untuk menikmati keindahan alam, tetapi inspirasi membawa islam ke dunia luar, melalui interaksi dan pergaulan dengan masyarakat setempat.

#2: Saudara Shahkang –¬†UK Aku Mai!

uk aku mai shahkang rm25

Jika anda berminat dengan info travelling bersifat trivia, penulis Shahkang telah melakukan kerja yang amat baik! Banyak maklumat trivia yang lazimnya hanya orang tempatan sahaja yang tahu, ada disertakan dalam buku ini. Yes, travel like a local.

Pengalaman di Manchester telama beberapa tahun di garap dalam buku ini. Anda akan  merasakan bagaimana menjalani kehidupan harian di kota metropolitan, Manchester.  Jika anda bakal melanjutkan pelajaran di UK, buku ini amat sesuai untuk memberi idea bagaimana anda menyusun hidup anda di sana.

Bab paling menarik bagi kami ialah “Rumah Baru Seorang Runi”. Cabaran berpindah keluar dari apartment pelajar dan mengambil keputusan untuk menyewa di rumah sewa persendirian, boleh menjadi satu isu besar untuk sesiapa yang pernah belajar di Eropah, terutama sekali isu kos!

#3: Saudara Badrul Hisham –¬†Adventure Pulang Ke Malaya

ADVANTURA_PULANG_KE_MALAYA

Penulis membayar harga yang amat mahal untuk mendapat pengalaman ini. Berbasikal sepanjang 11,000 km merentasi 18 buah negara sellada 3 bulan  adalah kerja gila bagi kebanyakkan orang! Penulis berkongsi, bagaimana hanya dengan RM 8000 beliau memulakan pengembaraan ini, dengan zero pengalaman, zero publicity pada peringkat permulaan.

Kami terleka membaca kisah beliau dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya. Tetapi, bukan kerana boring, tetapi bacaan kami terhenti apabila menatap gambar gambar kembara yang dicetak dengan warna. Garapan beliau disertakan gambar itu membawa kami mengembara sekali bersama beliau! Tempat tempat yang memukau pandangan di Central Europe, dan bagaimana beliau survive sepanjang tempoh ini memang mengujakan! Penulis juga menyelitkan kata kata motivasi yang beliau gunakan sepanjang pengembaraan berbasikal ini.

“When you feel you want to give up because the dream is so hard, tell your self you wanna give up one week later, it will slowly increase your motivational level”

“When the road get tough, keep on going day by day”

“Pengalaman tidak boleh dibeli. Aku tidak suka zon selesa”¬†

#4: Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) – Aku Ingin Kembara Lagi

aku ingin kembara lagi dr mazaPengalaman di Oxford, tidak dapat dimiliki oleh semua orang, melainkan anda melanjutkan pelajaran di sana atau berkerja di institusi itu. Catalan kembara kali ini ditulis oleh tokoh agama yang dihormati di malaysia, Dr Asri Zainal Abidin, atau dikenali sebagai Dr. MAZA. 

Keindahan dan ketenangan Bandar Oxford juga di kongsi dengan baik dalam buku beliau. Bangunan-bangunan lama bersejarah yang menghiasi bandar itu, juga budaya ilmu yang sebati dalam masyarakat setempat.

Kembara ini, bukan skadar kembara fizikal, terapi kembara spiritual. Tugasan beliau sebagai fellow di OCIS, Oxford. Beliau berkongsi topik yang  bersifat thought provoking seperti sistem monarki, cinta, penzinaan, konsep negara islam dan negara sekular. Walaupun tajuknya berat, penulis bijak mengolah secara santa dan memastikan ia berselang seli dengan cerita yang ringan.

#5: Saudara Meor Farid Arsyadi – Travelog Mr. Traveller

travelog mr travellerIni satu lagi kisah nekad! Catalan pengembaraan seorang mahasiswa yang menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Ini adalah kisah realiti bukan mimpi atau fantasi. Sebagaimana kisah adventura yang berbasikal, kembara Meor Farid Arsyadi juga tidak mudah. Naik turun pelbagai kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain memang memerlukan keberanian. Sebagai sumber inspirasi kepada anda yang mahu mengikut jejak langkah beliau, segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan juga dikongsi.

“Sometimes we have to get lost to find ourselves”

Tepat sekali kata kata ini. Inlay yang mungkin dicari oleh penulis. Pengembaraan mencari diri sendiri.

Kami yakin anda akan dapat inspirasi dari kisah 5 lelaki hebat ini. Semoga anda sampai juga ke destinasi kembara pilihan anda di Eropah. Uh! Kami juga sedang berusaha menyimpan duit, masih 50% berbaki !