Mod Night Light Di Google Play Books Untuk Anda Yang Suka Membaca Sebelum Tidur

Jika anda sudah mula membaca salah satu top-rated e-book percuma yang kami senaraikan, berkemungkinan besar, anda tidak boleh berhenti membaca hingga terpaksa curi curi waktu membaca, walaupun waktu sebelum anda tidur. Tidak dinafikan, oleh kerana kos nya yang amat murah, ramai yang mula membaca e-books yang dibeli dari Google Play Books dan Kindle. Apatah lagi jika anda dapat akses e-book yang mempunyai rating tinggi, dengan percuma!

Namun, pendedahan sinar biru secara berterusan & kerap boleh menyebabkan masalah kesihatan. Selari dengan penemuan saintifik yang menyatakan bahaya sinar biru dari skrin ‘gadget’ kepada anda, terutamanya waktu sebelum anda tidur, Google kini tampil dengan teknologi baru di Google Play Books, yang menyekat sinar biru, melalui mood Night Light, yang direka has untuk pembacaan waktu malam.

Melalui teknologi mod Night Light ini, sinar biru akan dikurangkan mengikut jumlah cahaya di persekitaran dan waktu. Dengan jumlah cahaya yang berkurang secara mendadak apabila anda berada di bilik gelap, jumlah sinar biru berkurangan secara automatik dan, warna skrin berubah dari putih terang, menjadi kekuningan. Dalam gambar yang disertakan, anda boleh melihat warna skrin yang berbeza pada waktu atau masa berlainan.

Ini dapat mengurangkan masalah sukar tidur akibat cahaya skrin yang terlalu terang. Dengan mod Night Light ini, pembaca tegar buku boleh meneruskan hobi membaca e-book sebelum tidur dengan selamat, tanpa kesan sampingan tidak boleh tidur atau sakit kepala keesokkan harinya.

Kemas kini ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store sekarang.

Selamat mencuba!

Sumber: Androidblog