Cara Kumpul Dana Beli Buku Dengan Mudah

Seperti mana makanan dan minuman adalah santapan fizikal yang penting, buku dan bahan ilmiah adalah santapan minda, yang sama penting, tetapi kerap kali di abaikan kerana tiada bajet.

Kadangkala, ia bukanlah masalah ‘tiada duit’, tetapi mungkin terkhilaf priority dalam merancang kewangan. Tidak kira berapa gaji atau elaun bulanan kita, amat penting kita mengasingkan sejumlah wang untuk membangun dan membina minda kita, melalui buku, makalah, dan bahan ilmiah lain.

Selain daripada membeli buku, ada banyak option lain untuk mendapatkan buku, contohnya melalui servis sewaan buku, atau lebih baik lagi, jika berpeluang untuk ke perpustakaan awam di daerah anda – dapatlah pinjam buku secara percuma!

Bagi yang memilih untuk membeli buku, tetapi selalu sahaja gigit jari kerana ada masalah tidak cukup wang, boleh lah cuba kaedah simpanan begini:

Langkah 1: 

Dalam bajet bulanan anda, setelah diasingkan peratusan untuk simpanan, elaun keluarga, bayaran sewaan rumah dan kereta, sudah pasti peratusan yang tinggal adalah untuk perbelanjaan bulanan seperti makanan, hiburan, dan lain lain. Dari peruntukan perbelanjaan ini, setiap kali berbelanja dengan duit note RM100, RM50,RM20 atau RM10, dan menerima baki dalam bentuk RM5, pastikan ada asingkan note RM5 tersebut dalam tabung lain.

Langkah 2:

Jangan belanjakan note RM5 yang diasingkan. Kuatkan keazaman dan tahan kehendak anda!

Langkah 3:

Pastikan anda menggunakan tabung yang lutsinar (transparent), samada bekas plastik atau kaca. Mengapa? Kerja mengasingkan note RM5 ini bukannya mudah, ia memerlukan keazaman yang tinggi untuk tidak membelanjakan.

Dengan menggunakan tabung transparent, anda dapat lihat bilangan duit yang dikumpul yang bertambah setiap hari dan ini dapat memberi motivasi untuk kumpul lebih banyak hingga capai target anda.

Langkah 4:

Anda kumpul hingga hujung bulan, setiap bulan hingga mencapai target yang anda tetapkan.

Kesimpulan

Gunakan simpanan RM5 ini untuk invest pada diri anda – dapatkan ilmu, beli buku, ke seminar ilmu dan macam macam lagi.

Kami gunakan cara ini ini utk beli buku setiap bulan. Kalau tidak banyak pun, pasti ada sejumlah wang utk dibelanjakan beli sebuah buku dalam masa sebulan.

Mudah sahaja tips ini, anda boleh pilih samada nak kumpul note RM5 atau note lain seperti RM1 atau RM20.

Bila saya kongsi dengan kawan-kawan saya yang juga #kakibuku, mereka excited kerana tidak menyangka semudah ini cara kumpul dana beli buku. 

Hasil setelah 2 bulan mengumpul RM5. Selamat mencuba!

warungbooku