Lakukan 25 Perkara Ini Untuk Tambah Keseronokkan Membaca

Menjadi pembaca buku sememangnya satu hobi dan aktiviti sepanjang hay at.  Kadangkala, terselit juga rasa bosan dan hambar, lebih-lebih lagi apabila buku yang belum di baca terlalu banyak, anda terlalu sibuk, atau tiada masa mendapatkan buku buku baru yang menarik. Jadi, untuk mengekalkan momentum dan agar sentiasa gembira melakukan hobi ini, sedikit kreativiti dan idea di luar kotak perlu disertakan, untuk menjadikan ia lebih menarik dan dapat memberi inspirasi kepada orang disekeliling kita.

Kami pernah berkongsi tentang 15 perkara yang boleh dilakukan oleh pecinta buku, tapi, jika anda merasakan anda terlalu sibuk untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, kami senaraikan 25 aktiviti yang mudah di buat untuk menambah keseronokkan anda membaca buku.

Idea idea ini mungkin dapat membantu anda menukar cara dan method membaca, cara mencari buku baru, dan mencari keseronokkan baru dalam membaca buku.

1. Mulakan hari anda, gunakan hanya 10 minit sahaja dengan membaca puisi pendek setiap hari.

2. Lawati perpustakaan komuniti di tempat anda.

3. Cuba membaca buku dari genre yang belum pernah di cuba

4. Dapatkan rekomendasi buku daripada seseorang yang anda hormati

5. Hadiahkan buku yang ada di #minilibrary anda, yang masih anda belum baca

6. Jadi sukarelawan dalam aktiviti atau organisasi yang terlibat dalam program literasi – The Wakaf Buku, The Revolvers, Projek Iqra dan lain lain.

7. Cuba baca buku #nonfiction yang mencabar pemikiran anda dan memberi lonjakan baru pada perspektif anda.

8. Beri komitmen kepada Cabaran Membaca Tahunan.

9. Pilih buku yang ringan dan baca bersama sama dengan orang tersayang; samada suami, adik beradik ataupun anak anda!

10. Cuba mendengar naratif buku dari audiobook. Ada banyak audiobook percuma!

11. Pinjam dan baca buku kegemaran kawan anda – Your book buddy!

12. Dapatkan penanda buku (bookmark) baru

13. Jika anda membaca buku #nonfiction yang penuh fakta, cuba indekskan bacaan anda

14. Baca buku di luar rumah – outdoor! Anda pilih tempat yang sesuai – taman, balkoni, tepi pantai, taman permainan, di mana sahaja!

15. Cuba baca bacaan genre theatre – anda boleh bermain dengan imaginasi anda untuk menggambarkan situasi cerita

16. Pilih buku kegemaran anda yang paling anda suka dan baca sekali lagi.

17. Baca buku terbitan negara lain

18. Beli sejumlah buku untuk dihadiahkan kepada kawan kawan atau kanak kanak – hadiah perkahwinan, hadiah graduasi, hadiah baby shower, hadiah pekerjaan pertama, pelbagai occasion!

19. Dengar audio dari podcast tentang ulasan buku. Ada banyak dari TED Talks!

20. Hadir ke program literasi di kawasan anda. Ada banyak ni, antaranya  ‘Wiken’ anjuran penerbit indie, bedah buku dan jelajah penulis buku anjuran penerbit.

21. Tulis email kepada penulis buku kegemaran anda. Ucapan penghargaan dari anda sebagai pembaca cukup untuk memberi semangat kepada mereka

22. Lawati tempat yang di baca dalam buku. Kampung Morten, sebagai contoh, bila anda baca Kunang Pesisir Morten.

23. Baca buku grafik atau komik.

24. Tonton filem yang di adaptasi dari buku. Untuk tambah pengalaman baru, carilah yang berkualiti, ya! 🙂

25. Baca buku fiksyen kanak kanak atau remaja seperti Enid Blyton, Dr Suess, Roald Dahl atau R.L. Stine

warungbooku