6 Cara Hadapi Masalah ‘Tepu’ Membaca Buku

“TOLONG!! Saya memang kaki buku. Saya baca 2-3 buku sebulan. Tapi, masuk bulan ini, sudah 2 bulan saya tidak membaca apa-apa buku langsung! Nampak kelibat buku, langsung tiada ‘nafsu’ pun untuk pegang, apatah lagi baca. 

Saya rasa saya sedang hadapi masalah ‘reader’s block’. Buku yang saya baca pun masih belum selesai. Timbul rasa malas untuk membaca. This is not me. This is not normal! Apa yang harus saya lakukan?”

Bukan pembaca sahaja dala masalah ini, sebenarnya penulis juga kadang kala menghadapi ‘writer’s block’, walaupun idea mencurah-curah, namun motivasi menulis dan kebolehan mengolah menulis  hampir tiada.

Sama seperti masalah ‘writer’s block’, masalah ‘reader’s block’ , atau rasa tepu dan bosan untuk membaca buku, boleh diatasi dengan 6 cara. Apa sahaja kaedah yang anda pilih, anda perlu pastikan anda tidak memaksa diri dan perlu ‘enjoy’ kaedah yang anda pilih, supaya proses ‘pemulihan’ ini menjadi proses yang menyeronokkan.

6 cadangan untuk memulihkan masalah ‘reader’s block’:

1. PILIH UNTUK BACA CERPEN

Samada cerita pendek, esei atau artikel, asalkan ianya pendek, anda boleh cuba membaca semula. Pilihkan cerita atau karangan pendek antologi dengan pelbagai penulis. Kegemaran saya: KL Noir: Red, & Hungry In Ipoh terbitan FIXI. Melalui cerpen, anda akan menemui yang perkara subjek, gaya, dan penulis yang  berbeza. Anda akan dapat mengenal pasti cerita kegemaran, membaca plot cerita yang tidak terlalu panjang tanpa rasa bosan. Cerita pendek tidak memerlukan banyak komitmen masa, tetapi ia boleh memberi kesan dan rasa seolah olah anda membaca novel. Jika cerpen bukan pilihan anda, pilihlah novel yang pendek, kurang dari 150 mukasurat, seperti Padang Bulan karya Andrea Hirata, Tuesday With Morrie karya Mitch Albom. Buku dengan format ‘snippet’ atau ‘quotes’ seperti  #AboutLove karya Tere Liye juga ideal sebagai pilihan kerana ia ringkas dan tidak perlu komitmen tinggi untuk menghabiskan bacaan. Kredit gambar: https://www.quora.com

2. CUBA GENRE BARU

Jika anda telah kebanyakannya telah membaca satu jenis buku, anda mungkin akan rasa tepu dan mungkin menyumbang kepada masalah ‘reader’s block’ yang dialami. Jika anda telah biasa membaca genre thriller, dan merasakan plot menjadi mudah diagak dan membuat anda bosan, cubalah genre lain!. Genre cinta, motivasi, sastera, novel grafik, komik, sejarah, sains fiksyen dan pelbagai lagi genre untuk dicuba. Apabila masuk ke kedai buku, terus saja tuju ke rak yang berbeza dan melihat apa genre lain yang ada. Tanpa fikir panjang, terus ambil pilihan tajuk yang menarik perhatian anda. Kredit gambar: http://www.bestsellingreads.com

3. BACA SEMULA BUKU KEGEMARAN

Membaca semula buku kegemaran adalah salah satu cara yang terbaik untuk memulihkan anda dari masalah ini.  Apabila anda membaca semula buku kegemaran lama, anda dapat ingat semula mengapa anda suka untuk membaca, bagaimana watak fiksyen yang meninggalkan kesan pada anda. Bagaimana perasaan anda apabila membaca kisah kisah dalam buku tersebut. Malah, ia adalah salah satu perasaan yang terbaik di dunia. Buku kegemaran yang saya selalu ulang baca ialah ‘Langit Petang’ oleh A. Samad SaidSebelas Patriot’ oleh Andrea Hirata, Cantik Itu Luka oleh Eka Kurniawan dan Merantau Ke Deli oleh Hamka. Kredit gambar dari John Brooks.

4. BACA MENGENAI BUKU

goodreads

Jika anda masih tidak merasa seperti pulih dari masalah ini, jangan paksa diri anda. Ambil masa dan cuba baca berita, ulasan dan reviu mengenai buku. Selain www.warungbooku.com yang menyediakan ulasan dan review buku, anda boleh manfaatkan laman www.goodreads.com, yang boleh di akses melalui aplikasi di telefon pintar. Melalui fungsi ‘Updates Feed’ anda dapat lihat buku apakah yang dibaca oleh rakan atau komuniti goodreads. Ada yang berkongsi reviu dan ulasan mengenai buku yang mereka baca. Pastinya, anda dapat temui genre genre lain yang anda belum pernah cuba. Ulasan jujur dan ‘personal’ dari komuniti goodreads mungkin dapat memancing minat anda untuk membaca buku yang direkomendasi.

5. BACA BUKU DI LUAR TEMPAT KEBIASAAN

Cuba lakukan kelainan dalam regim membaca anda. Jika anda selalu membaca di  bilik bacaan, dalam LRT,  di sofa empuk anda, kali ini, cuba baca buku pilihan anda di tempat yang lain dari norma kebiasaan, seperti di tepi pantai, taman rekreasi, atau di sekitar kawasan air terjun! Kelainan latar belakang boleh memberikan anda ‘mood’ yang tidak dapat dirasai ketika membaca di dalam rumah. Saya sendiri, kerap membaca buku di tepi pantai, di atas tikar yang dibentang. Dengan angin yang bertiup dan bunyi ombak memang memberikan pengalaman berbeza membaca buku. Ya, ia mungkin baik untuk memulihkan masalah ‘reader’s block’ anda!

6. TURUT SERTA PROGRAM LITERASI SETEMPAT

12985621_815087461958896_3371575864892226599_n

Ambil semangat kaki buku yang lain, dengan turut serta dalam program literasi, seperti program bedah buku, pasar buku, festival buku, perjumpaan kelab buku dan suai kenal penulis buku. Ketahui tentang penulis yang mempunyai cerita belakang yang menarik dan anda akan dapat inspirasi untuk membaca karya mereka, terutama berkenaan genre yang anda minati. Kredit gambar dari Penerbit-X.

Selamat mencuba!

warungbooku

One Comment