15 Masalah Hanya Pembaca Buku Tegar Yang Faham

Hampir semua pembaca  dan pencinta buku mempunyai masalah atau situasi yang  sama. 15 situasi ini pasti dihadapi oleh mana mana pembaca buku tegar.  Bila di kenang, kita tersenyum sendirian, kadangkala masalah atau situasi inilah yang mewarnai hidup seorang pencinta buku

 

1. MEMILIH BUKU UNTUK DI BACA SETERUSNYA

Bilangan buku yang banyak dibeli, menyebabkan kita sukar untuk memilih buku apa yang patut dibaca selepas selesai membaca sesebuah buku. senarai buku yang belum dibaca lazimnya dikenali sebagai TBR (To be read). Senarai TBR adalah  buku kesukaan yang masih menunggu untuk dibaca. Oleh kerana banyak buku TBR adalah favorite kita, kadangkala ada 2-3 buku yang dirasakan mahu dibaca pada waktu yang sama. Hmmm nak macam mana satu ya?

2. TERLEPAS STESEN PERHENTIAN BAS/LRT/KERETAPI

Ini adalah perkara yang paling di benci apabila berlaku. Anda mahu turun di LRT Jelatek. Anda masuk dalam LRT dan terus membaca buku kegemaran anda tanpa pedulikan sekeliling. Tapi apabila sedar, dah sampai Stesen LRT Gombak. Terpaksalah cover line, tidak mahu terserlah sangat muka terkejut 😂

3. BUKU KOTOR & COMOT KERANA ANDA MAKAN SAMBIL MEMBACA

Anda ada masalah nak berhenti membaca terutamanya jika cerita tersebut begitu ‘engaging‘. Kalau berhenti membaca, rasa macam dunia pun ikut berhenti. Jadi, waktu makan tengah hari pun masih mahu membaca buku. Kemudian beberapa helaian buku  anda, tinggalkan kesan air kopi, krim, sos, sambal atau kicap. 😭

4. TERTINGGAL BUKU APABILA KELUAR RUMAH

Salah satu perkara yang buat pembaca buku gembira ialah apabila membawa buku setiap kali keluar dari rumah. Jadi apabila bosan menunggu kita boleh habiskan masa dengan membaca buku, 1-2 dua helai pun jadilah. Jadi, apabila kita  terlupa bawa buku, rasa mati kutu! Siksa betul apabila tiada buku ditangan ketika perlu menunggu kawan yang datang lambat!

5. MENYUSUN BUKU-BUKU DI RAK

Aktiviti ini boleh jadi satu terapi ataupun menjadi masalah, terutamanya jika kita sukar buat keputusan sama ada nak susun buku mengikut mengikut warna, genre, penulis, atau tarikh penerbitan? Di pautan ini ada diberikan idea bagaimana menyusun buku di rak buku mini library.

6.  KISAH YANG DI BACA MASIH MENGHANTUI FIKIRAN

Susah nak ‘move on‘ untuk meneruskan kehidupan jika kisah dalam buku masih lagi menghantui hidup. Kita masih terbayang bayang kan watak utama, dialog, naratif penulis, dan pengakhiran cerita tidak seperti yang kita mahukan. Contohnya, kisah tulisan Hamka kebanyakannya memberi kesan kepada pembaca (after-effect reading) bila ia berjaya buat anda menangis.

7.  GAGAL TAHAN PERASAAN DARI MENANGIS DI TEMPAT AWAM

Prosa, pemilihan kata-kata atau plot jalan cerita boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata walaupun kita masih belum tahu kesudahan cerita yang di baca. Kisah “Bercakap Dengan Jun” oleh Hasrul Rizwan telah  menyebabkan saya menangis dalam monorel 😭😭

8. SENARAI BUKU ‘TBR’ SENTIASA BERTAMBAH

Koleksi buku kita sentiasa bertambah, walaupun tiada musim jualan berdiskaun tinggi. Masalah ini buat masa ini, masih tiada solusinya. Meskipun poket koyak (ini satu masalah!), namun pencinta buku tidak pernah serik dan insaf.

9. BILA MEMINJAMKAN BUKU KEPADA KAWAN & KELUARGA

Ada dua implikasi besar apabila kita meminjamkan buku kepada orang yang bukan pencinta buku tegar biarpun mereka kawan baik anda atau ahli keluarga.

Pertama,  buku tersebut hilang.

Kedua, buku tersebut rosak.

10. BILA MAHU BERKEMAS UNTUK BERCUTI

Walaupun seronok dan teruja ingin bercuti, ada satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pencinta buku tegar, iaitu memikirkan buku apa yang patut di bawa dan berapa banyak yang patut di bawa. Dah penat susun atur pakaian dalam beg dengan efisyen, beg jadi berat juga kerana bawa 2-3 buku bersama.

11. SUKAR TIDUR MALAM

Perlu bangun pagi untuk ke pejabat atau kelas, masih tidak cukup menjadi sebab mengapa anda perlu tidur awal jika anda ada buku yang sangat menarik untuk dibaca.

12. MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KELUAR RUMAH ATAU DUDUK DI RUMAH UNTUK MEMBACA

Ini adalah dilema biasa tetapi ia bukanlah keputusan yang sukar dibuat. Sudah tentunya kita akan memilih untuk duduk di rumah untuk membaca buku, apatah lagi makanan semuanya boleh dibeli secara online delivery contohnya menggunakan servis FoodPanda.

13. ADAPTASI FILEM VS. BUKU

Apabila ada telah membaca buku tersebut dan kemudiannya melihat ada kasi filem daripada buku tersebut kita sentiasa merasakan jangan cerita dari buku adalah lebih baik daripada adaptasi filemnya. Tunggu filem adaptasi novel Tombiruo, karya Ramlee Awang Mursyid yang akan diadaptasi kepada filem, dan bandingkan!

14.  BUKU PILIHAN MELEBIHI ‘BUDGET’

Senarai ‘Wishlist‘ memang banyak, tetapi kehendak membeli terbantut kerana bajet tidak mencukupi 😭😂. Satu berita baik untuk semua pembaca (dan pembeli) buku tegar, apabila rebat pengecualian cukai untuk buku telah dinaikkan daripada RM1000 Ke RM2500! (selain buku, juga merangkumi perbelanjaan gaya hidup lain)

15.  APABILA ADA SOALAN BEGINI: “BANYAKNYA BUKU, DAH BACA SEMUA KE?”

Soalan ini memang agak meyentap dan paling kerap diterima oleh pencinta buku terutamanya apabila kawan kawan ‘buat lawatan’ ke bilik atau mini library rumah. Bagaimana nak jawab bila dapat soalan begini? Huh!

warungbooku