Cara Mudah Pupuk Minat Membaca Buku

Membaca adalah satu hobi yang baik, malah ia aktiviti yang penting dalam pembangunan intelektual, spiritual dan emosi sesebuah masyarakat. Masyarakat membaca mampu berfikir dengan matang, rasional. Dengan membaca, banyak pertikaian dapat dileraikan, malah yang sesat dapat diluruskan.

Manfaat membaca buku hingga patut dijadikan hobi oleh individu atau sesebuah masyarakat, boleh dibaca di sini.

Bagaimana mahu puluk minat membaca, lebih lebih lagi ia satu hobi yang asing buat anda. Kami kongsikan 8 cara mudah untuk anda cuba:

#1 - PILIH GENRE

Lebih mudah membaca tentang subjek yang kita minati atau punyai kecenderungan. Kenal pasti sekurang kurangnya 3 genre yang diminati, contoh: novel seram/misteri, bisnes & sejarah

#2 - PILIH PENULIS YANG DIMINATI

Selain tentukan genre, boleh juga tentukan penulis yang anda minati dan cari buku-buku yang ditulis oleh mereka. Contohnya, anda merasakan begitu serasi dengan gaya penulisan Hamka, John Grisham, Seth Godin, Simon Sinek, Ainon Mohd dan lain-lain.  Membaca buku dari penulis kegemaran boleh menyebabkan kita rasa selesa dan seronok membaca.

#3 - TETAPKAN TARGET REALISTIK

Memulakan sesuatu hobi baru dengan paksaan atau target yang terlalu rigid tidak membantu anda untuk memupuk minat membaca. Anda akan rasa terpaksa, tersiksa hendak mencapai target. Ini menjadikan pengalaman membaca buku sesuatu yang tidak seronok dan hambar. Hobi membaca buku seharusnya memberikan keseronokkan, ketenangan dan keterujaan setiap kali mula membaca buku baru. Anda telakkan target yang realistik, mestipun kecil. Kita boleh mengubah target ini kepada yang lebih tinggi, setelah kita selesa dengan hobi ini. Contohnya, anda tetapkan untuk membaca 1 buku setiap 2 bulan. Oleh itu, dalam setahun (12 bulan), anda akan membaca 6 buah buku.

#4 – GILIRKAN BUKU YANG DIBACA

Ini bermaksud, jika sekarang anda sedang baca novel fiksyen misteri, buku seterusnya, pilih genre nonfiksyen bisnes. Kemudian, di gilirkan dengan 'graphic novel'. Gilirkan bacaan supaya tidak bosan dan tepu dengan genre yang sama berulang kali.

#5 – PILIH BUKU YANG SERDAHANA

Jangan bermula dengan buku setebal 300 mukasurat ke atas, jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan hobi ini. Pilih buku dengan ketebalan serdahana, sekitar 100-200 supaya mudah menghabiskan bacaan dan dapat tingkatkan motivasi diri untuk baca buku seterusnya. Ingat, motivasi anda sangat perlu dijaga diperingat permulaan begini.

#6 – GUNAKAN TOOLS

Laman komuniti seperti Goodreads, Litsy boleh membantu untuk anda simpan rekod dan log bacaan, dapatkan rekomendasi buku dalam genre pilihan, bertukar pendapat dan dapat maklumat tentang bahan bacaan kawan kawan lain. 'Kemeriahan' di laman komuniti ini dapat membuatkan anda teruja mencari buku-buku untuk dibaca.

#7 - PELBAGAIKAN GENRE DAN PILIHAN BACAAN

Terdapat pelbagai genre buku dalam idustri ini dan pastinya ada beberapa genre yang belum pernah anda terokai. Anda boleh cuba terokai kepelbagaian genre ini dan biarkan perasaan ingin tahu yang memimpin anda dalam pemilihan buku. Sains fiksyen,teknologi,  psikologi, sejarah dunia, cerita tokoh, sains politik, antropologi, sastera klasik, novel fantasi, puisi, pemikiran separa kritis, monolog dan lain lain, adalah antara puluhan genre yang boleh anda cuba. Pelbagaikan bahan bacaan anda, barulah seronok dan lebih bersemangat untuk membaca lebih banyak buku. Jika anda sukakan bacaan yang memberi cabaran minda kepada anda seperti di senarai ini, selitkan mana-mana tajuk yang sesuai dalam senarai bacaan anda.

#8 -TINGGALKAN BUKU YANG MEMBOSANKAN

Kalau anda rasakan buku yang sedang dibaca begitu membosankan, tinggalkan dan baca buku lain. Jangan biarkan perasaan 'terpaksa untuk menghabiskan bacaan' membebani tertuatamnya jika buku tersebut gagal menarik minat kita untuk teruskan membaca. Ini boleh membunuh semangat membaca. Sepanjang proses ini, ada boleh pilih untuk lakukan mana-mana dari 25 idea tersenarai di sini, supaya proses membaca buku lebih menyeronokkan.

Jika salah strategi, anda akan rasa 'tepu' membaca dan serta merta mahu berhenti. Ini akan membantutkan usaha anda untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi. Meskipun kami ada cara untuk menghilangkan rasa 'tepu' membaca, situasi ini perlulah di elakkan, terutamanya pada peringkat awal usaha anda. 

 Dengan cara dan strategi yang betul, kami yakin buku akan menjadi sahabat baik buat anda, dan pastilah anda dapat banyak manfaat dari hobi ini. Jika anda teruskan hobi ini, dan merasakan anda ada tanda-tanda seperti yang di nyatakan di pautan ini, anda kini secara rasminya menjadi salah seorang bibliofil. Tahniah!

warungbooku