Projek Wakaf

Project Wakaf Al-Quran bersama Warung Buku Online Bookstore di sekitar masjid dan rumah kebajikan di Kuala Lumpur

PROJEK WAKAF MUSHAF AL-QURAN

Buat para dermawan & filantropis yang berminat dengan projek ini, boleh hubungi kami, agar kami dapat mimbantu anda:

  1. Menguruskan pembelian mushaf al-quran yang akan di wakafkan pada harga borong
  2. Menguruskan proses penghantaran mushaf al-quran yang di wakafkan ke destinasi pilihan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan khusus, pihak kami mempunyai senarai penerima wakaf ini, iaitu lebih 20 masjid masjid dan rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur
  3. Menghantar naskah wakaf mushaf al-quran anda dengan percuma 

Semoga usaha dan amal anda mewakafkan mushaf al-quran ini diterima sebagai amal jariah.

Ganjaran yang menanti orang orang yang mengeluarkan sedikit dari hartanya untuk kebaikan ummah:

“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Q.S. al-Baqarah (2): 267)

lagi disebut di dalam Al-Quran….

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. al-Baqarah (2): 261)

Yakinlah bahawa…..

“No act of kindness, no matter how small, is ever wasted” – Aesop

Selamat beramal. Dipersilakan untuk memanjangkan atau ‘share’ maklumat projek wakaf ini, agar lebih ramai mempunyai peluang untuk beramal & lebih banyak mushaf al-quran dapat memanfaatkan pengunjung masjid-masjid & penghuni rumah-rumah kebajikan di sekitar KL