Karya Hamka: Kisah Cinta Yang Buat Pembaca Menangis

Agak janggal kan jika ulama hebat yang menulis Tafsir Quran Al-Azhar di kaitkan dengan karya kisah cinta? Klisenya, jika ulama menulis tentang cinta, pastilah berkenaan dengan cinta Tuhan sahaja.

Tak ramai yang tahu, Buya Hamka adalah ulama yang mengajarkan manusia bagaimana bercinta dengan manusia melalui novel novel beliau. Kisah cinta ini bukanlah cinta awang awangan, cinta angan-angan semata-mata. Penuh dengan nilai manusiawi, Hamka mengajak kita mengenal perihal manusia yang setia, jujur, khianat, kejam, dan ihsan apabila bercinta.

Sebagai enthusiasts buku dan sastera, kami berterima kasih kepada PTS kerana menerbitkan semula karya Hamka untuk dinikmati oleh pembaca di Malaysia.

Chairman PTS, Puan Ainon ada menulis, karya Hamka kekal dengan permintaan tinggi meskipun telah lebih berpuluh tahun di tulis. Malah, karya beliau menjadi inspirasi penerbit filem, tak kurang yang terus mengadaptasi novel kepada filem dan teater.

pn ainon status

Jika dilihat di ruangan komen status ini, ramai rupanya peminat yang telah membaca karya hamka, terutamanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick (TKVDW).

pn ainon status komen

pn ainon status komen3

 

Mari kita lihat satu demi satu aspek aspek utama yang disentuh dalam karya-karya yang terus bertahan dari zaman ke zaman:

#1 – FALSAFAH & HAKIKAT CINTA

Dalam Novel TKVDW, percintaan antara Zainuddin dan Hayati menjadi tema utama. Penulis mengulas hakikat cinta yang seharusnya di hidupkan dan di jauhi oleh manusia melalui perhubungan mereka berdua.

“Penyakit ini telah terang namanya. Penyakit tetapi nikmat, nikmat tetapi penyakit. Orang ditimpanya tetapi orang tidak hendak sembuh daripadanya…penyakit cinta!”

“Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta………Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.”

Dalam salah satu perenggan lain juga menyatakan:

“Cinta bukanlah melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan pada kita.”

Cinta itu sebetulnya mendorong kecekalan hati menempuh ranjau kehidupan. Cinta itu sepatutnya menyalakan obor harapan dalam jiwa pemiliknya. Cinta itu seharusnya memberikan kita sebab untuk terus berjuang menggapai hasrat dan cita-cita. Jika percintaan yang sedang dirasai itu tidak menepati maksud-maksud ini, maka ia tidak layak dinamakan cinta dalam erti kata sebenar. Ia hanya cinta plastik yang dibuat-buat, penuh kepura-puraan dan kepalsuan, atau didasari pada tarikan material dan seksual.

Begitulah juga dalam novel Merantau Ke Deli. Kisah cinta yang tampak halus mulus di antara Ponim dan Leman. Di Bawah Lindungan Kaabah membawa kita kepada cinta suci yang menepati falsafah cinta yang hakiki di anugerahi Tuhan. Semua wanita mahu dihormati dan di cintai seperti Ponim. Perjalanan cinta pula tak seindah seperti sangkaan awal. Di sinilah Hamka memasukkan bagaimana nafsu buruk manusia memusnahkan kesucian cinta.

#2 – KRITIK SOSIAL SEMASA

Sudah menjadi adat dalam karya hamka, beliau menyelitkan juga kritik sosial masyarakat yang menjadi latar belakang tempat dan zaman itu. Kegiatan berdagang, perkahwinan setempat, adat istiadat orang setempat, struktur keluarga dan masyarakat turut di adun rapi dalam tema kisah. Seperti karya Merantau Ke Deli, Hamka umpama membawa pembaca singgah sebentar ke Deli menyaksikan orang kampung di situ berdagang dan bersosial. Begitu halus dan rapi Hamka menceritakan. Antara lain di kisah TKVDW ialah ketaksuban masyarakat Minangkabau pada adat-istiadat dan amalan turun-temurun mereka sehingga sanggup mengenepikan ajaran Syariat, contohnya dalam soal pewarisan harta bapa kepada anaknya, dan hak seorang bapa dalam menguruskan soal perkahwinan anak perempuannya.

Pujjian secara subliminal kepada pembaharuan dalam bidang pendidikan juga diselitkan, yang mana. subjek-subjek yang diajar di sekolah tidak lagi sekadar subjek-subjek agama dan Arab, bahkan merangkumi Bahasa Inggeris, Belanda dan pelajaran muzik.

#3 – NOVEL CINTA ISLAMI TANPA SIMBOL-SIMBOL AGAMA

Kisah Tuan Direkur pula menyentuh banyak tentang kehidupan manusia yang diulit cinta dunia hingga hilang nilai insani. Meskipun ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya menyusupi segenap lorong jiwa. Dengan halus bahasa Hamka berjaya membawa mesej cerita; setiap kebaikan dan amaran melekat di ruang sanubari yang mengajak kita menaledani yang baik dan meneladani yang buruk.

Hamka dapat membuktikan, dengan novel 100-200 mukasurat sahaja, ilai kemanusiaan dapat disampaikan, mesej-mesej pembaharuan dapat diketengahkan dan kritik-kritik sosial dapat dilontarkan. Begitulah luasnya dakwah bagi seorang daie sejati. Beliau, seorang ulama nusantara tersohor yang menulis Tafisr Al-Azhar itu, membuktikan novel cinta yang berunsur kemanusian boleh mengajak manusia menginsafi Tuhan, tanpa memasukkan ayat ayat quran dan hadis dan simbol-simbol agama yang lain secara tersurat, sehingga novel boleh di anggap seperti kitab fiqh. Nilai-nilai manusiawi, fitrah dan islam disisipkan secara tersirat. Karya Hamka ini tidaklah janggan di baca oleh segenap umur dan lapisan.

Novel hamka telah banyak diterjemah ke pelbagai bahasa, termasuk bahasa arab. Selain dijadikan inspirasi filem, novel beliau juga di adaptasi kepada teater di malaysia dan indonesia.

 

Poster Teater Di Bawah Lindungan Kaabah

Poster Teater Di Bawah Lindungan Kaabah

 

Poster Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

Poster Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

 

Poster Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick di Malaysia

Poster Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick di Malaysia

Anda yang tidak puas dengan reviu ini dan membuak-buak perasaan untuk menikmati sendiri bagaimana kisah cinta nukilan dan falsafah kehidupan dari Hamka, kami mempunyai pelbagai karya Hamka yang dapat dimiliki dengan jimat dan mudah!

.
Lebih 10 karya hebat Buya Hamka boleh disemak di pautan ini. Pelbagai tawaran penjimatan apabila anda mendapatkan buku-buku dari kami!

 

warungbooku