8 Perkara yang Mesti Anda Buat Ketika Umur 20an

#1 – MENGEMBARA SOLO ATAU DUO.

Masa mengembara secara solo ini boleh digunakan meneliti semula tujuan, matlamat, dan impian hidup. Anda boleh memikirkan apakah perkara-perkara baru yang iungin anda cuba atau teroka, merasai budaya yang berbeza, belajar bahasa baru dan berjumpa dengan orang yang berbeza. Kembara sebegini memberi banyak peluang untuk anda, dan ruang untuk penambahbaikan agneda membangunkan pencapaian peribadi. Mengembara  bersendirian akan mengajar anda bagaimana bebas dan yakin diri d membuat keputusan.

#2 – ‘CARILAH’ DIRI ANDA.

Kerap kali kita meletakkan prioriti masa kita untuk memenuhi tuntutan orang lain, contohnya tanggungjawab kepada keluarga, majikan, ibubapa rakan dan lain lain. Masa pula seolah berjalan dengan laju, jika kita tidak berhenti dan tentukan masa untuk ‘mencari’ diri sendiri, kita hanya akan gunakan masa untuk orang lain, dan bukan diri sendiri. Cipta masa tertentu dimana anda memutuskan diri anda dari komitmen luar, untuk berikan fokus kepada diri sendiri. Contohnya, dalam masa 7 hari, tetapkan 1 kali untuk menilai objektif, agenda, impian yang anda mahukan untuk diri sendiri. Umur 20-an adalah masa terbaik untuk behenti dan berfikir sejenak ke mana arah hidup, apa impian yang ingin dicapai. Tanpa menentukan destinasi impian yang penting untuk diri sendiri, kita akan menjalani hidup mengikut ‘flow’, tanpa tujuan jelas. Apa yang anda perlu tentukan dan fikirkan?

Apa impian hidup anda?

Apa  perkara-perkara yang membuat anda berasa gembira?

Apa kekuatan diri anda? Bagaimana nak pertajamkan lagi kekuatan yangs edia ada.

Apa kekurangan diri yang perlu diperbaiki? Jangan pernah puas dengan prestasi serdahana atau ala kadar, kita menjadi versi diri yang terbaik.

#3 – AKRAB DENGAN BUKU

Buku adalah sumber utama dalam mendapatkan ilmu dan skil baru. Umur 20-an adalah peluang dan masa terbaik untuk anda menetapkan skil baru yang anda perlu asah dan ilmu terbaru yang perlu anda dapatkan, terutamanya jika anda baru saja bergelar graduan dan mahu melangkah ke alam pekerjaan. Skil yang banyak di kongsi melalui buku, adalah seperti mengurus kewangan, masa, memperbaiki produktiviti, presentation skills, menulis, skil mengurus dan melaksana projek, dan pelbagai lagi skill penting.

#4 – BUANG NEGATIVITY

Amat penting untuk anda memilih dan bersama dengan orang-orang yang positif dalam hidup anda. Bergaul dengan orang yang anda contohi, hormati  dan mahu berjaya seperti mereka. Anda tidak perlu meniru mereka sepenuhnya; tetapi yang penting ialah anda belajar daripada mereka. Orang yang berjaya dan positif akan memberi motivasi kepada anda dan mengingatkan anda bahawa anda berada di landasan yang betul. Mewujudkan persekitaran yang positif di sekeliling anda menarik kejayaan dan ia membuatkan perspektif anda terhadap hidup lebih jelas. Jadi tidak pernah membazirkan ruang dalam kehidupan anda untuk anasir atau ‘vibe’ negatif.

#5 – JANGAN TAKUT AMBIL RISIKO

Jika anda bosan dengan situasi anda berada sekarang, ini adalah masa yang tepat untuk nilai semula keadaan anda. Belajar untuk menimbang pro & con (kebaikan dan risiko) perkara yang berlaku di sekeliling anda. Kejarlah apa yang membuat anda bahagia. Berani untuk berhenti dan memulakan sesuatu semula.

#6 – IMBANGKAN KEHIDUPAN PERIBADI DAN PROFESIONAL

Amat penting untuk kita menguasai skil pengurusan masa. Mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga anda dan masa untuk belajar skil baru untuk membangunkan prestasi diri anda. Bagaimana anda persiapkan diri dengan skil baru, boleh dipelajari dari lelaki ini.

#7 – LAZIMI UCAPAN “TERIMA KASIH”

Berikan ucapan ini kepada mereka yang melakukan sesuatu atau berkorban untuk anda. Ibu bapa, kawan-kawan, guru, rakan sepejabat, majikan, pekerja, pelajar, pekerja sokongan dan pelbagai lagi golongan yang mungkin memberi manfaat dan mengajarkan anda ‘sesuatu’.

#8 – BERHENTI MERUNGUT & BERI ALASAN

Jangan berfikir tentang perkara yang anda tidak boleh berubah. Tumpukan perhatian anda pada perkara yang anda boleh lakukan. Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda telah mencapai kejayaan kejayaan kecil. Dalam usaha untuk menjadi berjaya, anda mesti menerima dan ‘adapt‘ kepada perubahan dan tidak hanya merungut dan memberikan alasan. Dr Spencer Johnson menggambarkan dengan baik tentang skil menerima perubahan, dalam kisah tikus dan keju ini.

 

warungbooku