Bagaimana ‘Virtual Assistant’ Bantu Bentuk Tabiat Membaca

Seronok, bukan jika kita ada ‘seorang’ pembantu yang setia mengingatkan kita perkara-perkara penting dalam hidup terutamanya jika anda ada sasaran penting yang ingin di capai.

Saban tahun, anda menetapkan azam untuk membaca lebih banyak buku, tetapi kerana kerja dan tanggungjawab yang banyak, rutin membaca buku hampir dilupakan. Untuk membaca banyak buku, menetapkan sasaran/target adalah langkah pertama dan paling penting, sebagaimana kami kongsi di sini. Di samping kemahuan, azam dan willpower yang tinggi, anda perlukan juga pembantu atau assistant untuk sentiasa mengingatkan anda target yang anda tetapkan pada awal tahun. Menetapkan target adalah langkah paling penting untuk menjayakan apa-apa misi atau projek dalam aktiviti anda.

Kami amat teruja untuk berkongsi dengan anda, salah satu virtual assistant yang merupakan produk Google dalam Google Calendar ini. Awal tahun, adalah masa terbaik menetapkan sasaran, target, misi yang ingin anda capai apabila penghujung 2017 muncul nanti.

Virtual Assistant yang kami maksudkan boleh didapati di aplikasi Google Calendar. Bagi pengguna telefon pintar dengan perisian Android, anda boleh gunakan kemudahan ini.

Langkah-langkah mudah untuk anda lakukan agar Virtual Assistant anda dapat membantu anda mencapai target atau sasaran dengan efektif.

1.  Muat naik aplikasi “Google Calendar” di Playstore telefon pintar anda.

 

Buka aplikasi ini dan semak agenda bulanan yang telah di simpan di kalendar peribadi anda, termasuk cuti umum. Lihat & tekan tanda “+” di bahagian bawah kanan kalendar anda

2. Pilih GOAL

Google Calendar akan keluarkan 3 pilihan untuk anda tetapkan, samada GOAL, REMINDER atau EVENT. Reminder dan Event lazim kita gunakan untuk mengingatkan kita tugasan tertentu atau program yang perlu kita hadiri. Feature yang ingin kami kongsikan khas untuk anda yang mahu pupuk dan jadikan membaca buku sebagai tabiat iaah GOAL. Pilih GOAL.

3. Tetapkan Sasaran (GOAL) Spesifik

Anda akan di bawa ke langkah seterusnya, senarai cadangan GOAL atau SASARAN di berikan, seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah. Pilih ‘ME TIME’. Dengan ini, Virtual Assistant anda tahu yang anda perlukan bantuan untuk memastikan ada beberapa minit atau jam dalam sehari yang mana anda perlu bersendiri dengan hobi atau aktiviti kegemaran seperti membaca buku, do nothing, atau personal regime yang lain.

4. Pilih “Read” Sebagai Sasaran Spesifik

Labur sedikit masa, wang dan tenaga untuk menambah baik dan membangunkan diri anda. Salah satu caranya ialah dengan membaca. Terlalu banyak manfaat dari tabiat membaca yang dapat diperolehi. Samada anda seorang pelajar, eksekutif muda, usahawan, aktivis, surirumah ataupun pesara, membaca buku adalah masa bersendirian yang wajib diperuntukkan.

Jangan biarkan usia berlalu sia-sia dengan aktiviti rutin yang hanya meletakkan anda di takuk lama. Bangkit, tambah ilmu dan perbaiki personaliti anda dengan membaca buku.

5. Tentukan Kekerapan

Tetapkan kekerapan untuk membaca buku yang praktikal untuk anda. Mulakan dengan sasaran yang berpatutan, dan tidak keterlaluan sehinggan mengganggu rutin harian anda, sebagai contoh ‘1 Kali Dalam Seminggu”

Setelah anda selesa dengan rutin baru anda ini, anda boleh tingkatkan sasaran anda kepada “3 Kali Seminggu”

6. Tentukan Tempoh

Tetapkan berapa lama masa yang ingin anda peruntukkan untuk membaca dalam satu sesi. Contohnya 30 minit dalam satu sesi.

Pastikan anda letak jauh-jauh telefon pintar anda ketika sesi membaca ini berlangsung. Hanya 30 minit! Jika anda komited dengan membaca buku sahaja semasa 30 minit yang ditetapkan ini, kami jamin anda pasti dapat tetapkan target untuk meneroka dan membaca pelbagai buku. Tips penuh, kami anda kongsikan di sini.

7. Tentukan Waktu Terbaik

Bergantung kecenderungan anda, anda boleh tetapkan bilakah masa yang ideal untuk membaca buku.

Untuk mula membentuk tabiat baru, consistency amat penting. Ia perlu dilakukan pada waktu yang sama supaya mudah anda mengenalpasti adakah rutin ini ideal untuk anda, atau perlu perubahan.

Jika anda seorang yang suka melakukan aktiviti di awal pagi, aktiviti membaca buku boleh diselitkan selama 30 minit selepas solat subuh, contohnya.

8. Lihat Kembali Rumusan ‘Goal’ Anda

Setelah semua setting di tentukan, Google Calendar merumuskan plan sasaran anda. Anda boleh ubah atau meneruskan seperti dirancang.

9. Semak ‘Setting’ Sekali Lagi

Tentukan setting bagaimana anda mahukan Virtual Assistant ini membantu anda. Bagaimana dan bila peringatan harus di berikan kepada anda.

Sepanjang anda menggukana aplikasi ini, anda bebas untuk pilih mengikut, atau memilih masa lain (defer) untuk melakukan rutin membaca ini.

Istimewanya, lebih kerap anda gunakan Google Calendar, Virtual Assistant anda dapat ‘memahami’ tabiat dan kecenderungan anda dengan menyimpan maklumat bagaimana anda memberi respon kepada ‘Goal’ yang anda tetapkan ini.

Virtual Assistant anda boleh mencadangkan masa yang lebih sesuai jika mendapati anda kerap defer jadual membaca anda.

10. Selesai!

Kembali ke Google Calendar anda dan lihat rutin-rutin baru yang telah anda tetapkan. Selamat mencuba!

warungbooku