Kuasa Membaca 1 Jam 1 Hari!

Membaca adalah tabiat semua orang berjaya, dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Kerap kita melihat figure bisnes, politik, pendidik yang berjaya, kesemuanya cintakan buku dan ilmu. Dalam setahun, pelbagai genre buku yang mereka baca dan tidak terhad kepada dunia mereka semata mata. Contohnya, Barak Obama, semasa menjadi Presiden Amerika Syarikat pernah menyenaraikan senarai buku yang beliau gemari, dan pemilihan genre beliau agak seimbang; ada kedua dua fiksyen dan bukan fiksyen yang merangkumi genre politik, sejarah, kehidupan, feminism, perjuangan orang tertindas, falsafah, psikologi dan lain lain.

Sekiranya seseorang mahu menjadi pakar dalam satu bidang benda boleh memberi perhatian kepada tajuk buku yang spesifik contohnya buku perniagaan, usahawan, kepimpinan skill penulisan, fotografi, memasak atau kraf.

Wan Rafiuddin, figur utama dalam ABS Toys, yang  sekali sekala  Edit‘membedah’ konten buku yang beliau baca (subjek berkaitan bisnes dan kem pimpinan), dan berkongsi rekomendasi, menulis di laman facebook beliau:

 

1. Dalam buku Time Power, Brian Tracy memberi satu tips, iaitu budaya membaca buku 1 jam sehari. Menurut beliau dengan membaca 1 jam sehari, dalam 1 minggu kita sudah mampu menghabiskan sebuah buku. Dalam masa 1 tahun, kita mampu habiskan lebih kurang 50 buah buku.

2. Menurut beliau lagi, jika budaya tersebut di amalkan selama 3 tahun, kita berjaya menghabiskan sehingga 150 buah buku dan mampu menjadi pakar dalam sesuatu bidang.

3. Seandainya seseorang itu membaca buku pengurusan kewangan dan perniagaan, 1 jam sehari. Setelah 3 tahun membaca buku berkualiti dalam bidang tersebut, seseorang itu akan mengalami perubahan yang besar dalam hidup berbanding 3 tahun sebelumnya dan mungkin menceburi bidang perniagaan serta berjaya menambah pendapatan.

4. Kemungkinan lain, seandainya kita membaca buku kepimpinan, pengurusan dan yang berkaitannya menurut disiplin yang sama, tidak mustahil 3 tahun kemudian kita boleh menjadi pemimpin organisasi yang hebat dan mempunyai pengurusan yang lebih baik berbanding organisasi lain.

Selamat membaca! Lakukan lah dari sekarang dan jadi diri anda dengan versi yang lebih baik dan berjaya 3 tahun akan datang!

warungbooku

One Comment