Cara Kreatif Ibu Ini Jadikan Membaca Buku Aktiviti Bersama Keluarga

Ketika melihat gambar yang dikongsikan oleh Puan Siti Zuhrah ini, saya terus rasa gembira dan teruja. Sekeping gambar yang di kongsikan ini membawa banyak makna jika saya mahu memberi tafsiran sendiri.

Saya membayangkan aktiviti ini dilakukan bersama sama sebagai projek kecil mereka sekeluarga. Sebagai anak, pastilah mereka berasa seronok apabila ibu dan ayah juga terlibat bersama mereka.

Saya juga membayangkan mereka sekeluarga cintakan ilmu dan buku.

Saya membayangkan hubungan keluarga mereka rapat dan menyeronokkan, hingga aktiviti membaca buku yang paling mudah pun dilakukan bersama sama.

Kadang-kadang, sebagai ibubapa, kita prihatin dengan hobi anak kita, seboleh-bolehnya kita mahu mereka lakukan perkara bermanfaat, dan dapat menambah nilai kepada mereka. Saban tahun kita bawa mereka ke pesta buku untuk membelikan mereka bahan bacaan yang berkualiti.

Apa yang menarik perhatian saya, Puan Siti Zuhrah pergi selangkah lebih jauh lagi dengan mencipta ‘projek’ ini, bagi memastikan buku-buku mereka sekeluarga akan di baca, di telaah dan tidak berhenti sekadar ‘membeli buku’ sahaja.

Dengan 4 orang sekeluarga, ada 2 kotak disediakan mewakili 2 kategori “The Books We Want To Read” (Kotak #1)  dan “The Books We Finished Reading” (Kotak #2).

Setiap orang dalam keluarga disediakan bahagian (section) dalam setiap kotak. Apabila buku yang mahu dibaca telah selesai, buku tersebut akan dimasukkan ke kotak #2. Ada bahagian untuk Mama, Adik, Kakak & Ayah.

Dengan cara ini, anak-anak pasti teruja, terutamanya jika kotak #1 mereka tinggal sedikit dan berusaha memenuhkan kotak #2. Brilliant!

Saya pasti, ada ramai lagi ibubapa yang mempunyai pelbagai idea kreatif untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi yang menyeronokkan dalam keluarga.

Kata Puan Siti Zuhrah dalam status di Facebooknya:

“Pergi pesta buku memang rambang mata dibuatnya. Buku bagus dan harga berpatutan. Belek-belek satu… suka… ambil.

Sejam dua di sana tak terasa. Pulang ke rumah hasil belian memenuhi ruang rak yang masih berbaki. Hati rasa berbunga-bunga melihat deretan warna warni buku pelbagai judul tersusun rapi.

Persoalannya, buku yang dibeli bukan untuk disusun rapi semata tetapi untuk dibaca. Mahu baca itu yang kadangkala menjadi impian yang tak terlaksana. Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun, berkampunglah buku-buku baharu itu di rak. Hati yang membeli ini dihurung rasa bersalah.

Rasa bersalah tak membawa ke mana kerana nanti koleksi akan terus juga bertambah. Bila suka mana boleh tengok-tengok sahaja, mesti mahu memiliki. Jadi, terjadilah begini. Usaha mencabar diri sebenarnya.

Nak membaca seorang diri rasa tak suka. Dalam usaha memintarkan diri perlu juga kita ajak orang lain agar sama-sama pintar. Perjalanan menebus baca baru bermula. Moga menjadi kali ini.

Siapa yang ada rasa yang sama? Sep sikit!”

Menarik, bukan?

Idea ini menyebabkan saya pun mahu ‘tiru’ untuk projek kecil keluarga saya. Terima kasih, Puan Siti Zuhrah. Semoga berpanjangan pahala amal jariah ini buat puan sekeluarga.

warungbooku

One Comment