11 Sebab Mengapa Perlu Jadikan Membaca Buku Sebagai Hobi

Hobi ‘membaca buku’   dianggap sebagai cliche,  ramai yang anggap orang yang suka membaca buku adalah nerd,  pendiam,  antisosial dan introvert.

Jika anda berfikiran begitu,  anda silap! Kalian menunjukkan hobi membaca  dapat memberi manfaat kepada semua golongan meskipun bukan introvert  ataupun antisosial.

Mengikut Dr.  ’Aidh bin Abdullah al-Qarn, ada 11 manfaat membaca buku:

#1 – Membaca buku dapat menghilangkan kesedihan dan kemurungan. Bahan bacaan yang ringkas dan menghiburkan seperti komik, graphic novels, doodle boleh menjadi bahan bacaan yang boleh mengurangkan tekanan.

#2 – Dengan membaca, kita menambah ilmu yang luar dari kepakaran dan kebiasaan kita lazimnya melalui buku bukan-fiksyen,  seperti buku motivasi (Prof Muhaya, Brian Tracy, Dale Carnagie), pendidikan kewangan (tulisan Robert Kiyosaki, Napoleon Hill),  kajian sosial, agama dan psikologi.  Yang menjadikan kita insan yang berpengetahuan luas  dan terselamat dari  kebodohan.

#3 – Kebiasaan membaca membuat menjadi lebih produktif yang tiada masa untuk melayan perkara yang tidak bermanfaat.

#4 – Dengan sering membaca, seseorang dapat mengembangkan kosa kata dan memperbaiki  kefasihan dalam tutur kata.

#5 –  Membaca membantu mengembangkan horizon pemikiran, perspektif di atas sesuatu perkara dan isu. Dengan membaca, kita dapat menjernihkan cara berfikir.   Ini adalah proses learn, relearn, unlearn yang amat penting dalam proses menhadam ilmu.

#6 – Membaca meningkatkan pengetahuan seseorang dan meningkatkan memori dan penguasaan tentang sesuatu subjek,  terutamanya jika kita membaca topik yang sama tetapi di olah penulis yang berlainan .

#7 – Dengan sering membaca, seseorang dapat mengambil manfaat dari pengalaman orang lain, seperti pengalaman kembara (travelog) , perkongsian pengalaman para doktor, aktivis, askar, ahli politik dan lain lain.

#8 –  Dengan sering membaca, seseorang dapat mengembangkan kemampuannya untuk mendapat ilmu baru dan merespon kepada aplikasi didalam hidup.

#9 – Keyakinan seseorang akan bertambah ketika dia membaca buku yang bermanfaat, terutama buku yang ditulis oleh penulis yg baik. Buku itu adalah penyampai idea dan buah fikir terbaik dari penulis.  Tulisan seseorang  boleh mempunyai pengaruh kuat untuk membentuk seseorang menuju kebaikan dan menjauhkan dari kejahatan.

#10 –  Membaca membantu seseorang untuk menajamkan fikiran.  Membaca adalah proses ‘sharpen the saw’ agar proses berfikir dan menguasai maklumat sentiasa cekap.

#11 – Dengan sering membaca, seseorang dapat menguasai banyak kosa kata dan mempelajari berbagai analogi, peribahasa, meningkatkan kemampuannya untuk menyerap sesuatu konsep baru dan untuk memahami sesuatu yang tersirat (ability to read between the lines).

Hobi membaca buku itu sememangnya bermanfaat kepada pembentukan intelek,  emotional dan spiritual.

Jom bersedia untuk tahun 2017, persiapkan target anda untuk buku-buku yang akan di baca! 

warungbooku

One Comment