Siapa kata ‘Harta Tidak Boleh Bawa Masuk Kubur’?

Kita memang selalu dapat pesanan sama ada dalam tazkirah di masjid atau ceramah mana-mana ustaz dan ustazah tentang 3 amalan utama seorang hamba yang akan menjadi bekalan utama di alam sana ialah:
  • Ilmu berguna yang disampaikan atau diajar dan diamalkan
  • Bersedekah atau berbuat amal jariah
  • Anak-anak yang soleh dan Solehah

Dalam bahasa mudah, inilah cara untuk kita membawa sebahagian harta kita ke kubur dan ke alam sana. Bayangkan jika seseorang itu kaya raya, tetapi tiada satupun harta yang di sedekah atau diwakafkan untuk kegunaan orang lain, apabila mati, tinggallah harta itu hanya untuk di warisi oleh anak cucu. Tiada satu pun harta harta itu yag dapat menemani kita di kubur dan tiada satu punyang masuk ke ‘akaun bank’ kita di akhirat nnt.

Anda tahu siapa Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau adalah orang kaya yang telah mewakafkan hartanahnya yang berada di kawasan ‘golden triangle di Kuala Lumpur untuk dijadikan surau. Almarhum dikatakan telah mewakafkan harta-hartanya sejak 1934 lagi. Anda boleh baca kisah beliau di sini.

Bijak, bukan? Setelah pemergian almarhum Dadaboy, segala harta yang diwakafkan kini sebenarnya menjadi amal soleh ‘di bawa bersama’ dengan beliau masuk ke kubur menemaninya dan seterusnya menjadi ‘deposit’ di alam sana sebagai saham akhirat.

Beramal jariah kini hanya di hujung jari

Sekarang  banyak cara dan kemudahan yang disediakan yang boleh bantu kita untuk buat wakaf atau amal jariah. Peluang anda untuk mewakafkan Al Quran kepada mana-mana institusi pendidikan, rumah anak yatim, rumah orang tua atau mana-mana masjid atau sekolah pondok atau sekolah agama yang memerlukan adalah amat mudah.
Projek Wakaf Al Quran ini adalah usahasama antara PTS Bookcafe dan Tim #ShareTheQuran.  Bagaimana proses A hingga Z?
 
  1. Tim ini bertanggungjawab mencari institusi dan individu yang memerlukan naskah Al-Quran, dan juga penyumbang dermawan yang ingin menyumbang naskah Al Quran wakaf.
  2. Pembelian naskah Al-Quran yang diwakafkan di lakukan oleh tim #ShareTheQuran, dari pihak PTS.
  3. Dengan maklumat penerima ini kompilasi oleh tim ini, pihak PTS akan menguruskan penghantaran ke alamat penerima.

Cara Mudah & Cepat Sertai Wakaf Al Quran #ShareTheQuran

(1) Hubungi Tim #ShareTheQuran di 017-293-2284

(2) Nyatakan bilangan naskah Al-Quran yang ingin anda wakafkan

(3) Lakukan bayaran kepada Tim #ShareTheQuran. Maklumat berkenaan harga ada di pautan ini

(4) Naskah Al-Quran anda akan dikoordinasi oleh tim ini dan dihantar oleh pihak PTS ke alamat penerima.

Kami sertakan gambar-gambar operasi penghantaran Wakaf Al-Quran yang dibuat oleh PTS, koordinator utama program wakaf bersama Tim #ShareTheQuran ini.
 

Urusan penghantaran atau penyerahan oleh koordinator di PTS Bookcafe.

Naskhah Al Quran yang sedia untuk dihantar kepada penerima wakaf Al Quran

Sumbangan wakaf koordinasi PTS Bookcafe

Sumbangan wakaf koordinasi PTS Bookcafe

Wakaf buat Surau Assidiqin Bandar Tasik Puteri, bersama Ustaz Azari

Wakaf buat Surau Assidiqin Bandar Tasik Puteri, bersama Ustaz Azari

 

Rekod Prestasi Koordinator & Pembekal Naskah Al-Quran

Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 3,373 Al-Quran, 680 Yasin, dan 650 buah buku berjaya dihantar kepada 49 organisasi penerima wakaf sepanjang kempen 2013 – 2016, oleh pihak PTS.

Tahun 2015:

  • 2692 naskhah Al-Quran dihantar kepada 27 organisasi.

Tahun 2013 – 2014:

  • 680 naskhah Al-Quran dihantar kepada 12 organisasi.
  • 680 naskhah Yasin dihantar kepada 5 organisasi.
  • 650 naskhah buku dihantar kepada 5 organisasi.
Dengan kredibiliti PTS sebagai koordinator usahasama dan pembekal naskah Al-Quran ini, anda semua tak perlu risau kerana, urusan wakaf anda di tadbir oleh pihak yang berpengalaman, mempunyai kapasiti dan ‘resources’ untuk memastikan naskah Al-Quran anda selamat tiba ke pihak penerima.
Semoga dengan perkongsian ini, kami dapat memberi anda semua peluang dan ruang yang seluasnya memberi bakti dan manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Kemudahan Wakaf Al Quran yang disediakan oleh Usahasama #ShareTheQuran ini memang sangat berguna khasnya kepada anda yang tiada masa atau tidak tahu menguruskan hal berkaitan wakaf Al Quran. Kami boleh melakukannya bagi pihak anda.