10 artikel terbaik di warungbooku yang dikongsi lebih 57.6k kali!

Genap 1 tahun 4 bulan warungbooku telah menghasilkan 59 artikel khusus untuk pembaca, pencinta dan pengagung buku. Baru sahaja setahun jagung, masih banyak lagi yang kami perlu perbaiki untuk menghasilkan konten berkualiti untuk anda sekalian. Kami amat gembira dan berbesar hati jika konten kami memberi manfaat kepada anda semua.

Kami suka tulis sesuatu yang dapat terus di amalkan oleh pembaca semua. Apabila mereka percaya akan manfaatnya, secara automatik mereka akan berkongsi, menyampaikan kepada rakan-rakan mereka, atau menghubungi kami untuk menyatakan penghargaan mereka. Apabila melawati semula artikel-artikel ini, kami  amat terharu dengan sambutan yang diberikan, melihat kepada statistik dan komen pembaca sekalian membuatkan kami tersenyum ūüôā

Kami senaraikan 10 artikel terbaik setakat hari ini:

1. 15 Buku Untuk Cabar Pemikiran Anda – Genre pemikiran separa kritis rupanya mempunyai ramai peminat. Terbukti dengan pautan ini, yang mana kami senaraikan 15 tajuk yang mampu mencabar skil pemikiran kritis pembaca. Salah satu buku-buku ini, sekiranya di masukkan dalam senarai bacaan anda, pasti dapat menambah nilai pada diri anda, dengan fakta baru, argumen dan artikulasi yang dibentangkan penulis. Ada pelbagai genre seperti sosio-ekonomi, politik, pendidikan, kemasyarakatan, sejarah dan lain-lain

2. 8 Langkah Mudah Habiskan Baca Buku Yang Di Beli – Bagaimana menyusun strategi yang sistematik dalam membaca buku yang anda rancang dalam masa setahun? Kami kongsikan di sini.

3. 6 Cara Bagaimana Membaca Lebih Banyak Buku – Banyak buku yang telah kita beli, namun, kita alami kesukaran, malah buntu untuk habiskan bacaan buku-buku ini. 6 cara ampuh ini, memang teruji membantu kita membaca lebih banyak buku dari biasa!

4. 7 Langkah Bina ‚ÄėMini Library‚Äô di Rumah – Membina minilibrary sebenarnya satu proses yang menyeronokkan apabila ia dilakukan dengan terancang. Saiz minilibrary tidaklah penting. Kewujudannya sahaja mampu memberi aura tersendiri di rumah anda. Selamat mencuba.

5. Lakukan 25 Perkara Ini Untuk Tambah Keseronokkan Membaca – Aktiviti membaca buku boleh dipelbagaikan dengan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan. Membaca buku bukanlah bermakna kita tidak peduli dan mengabaikan ‘keseronokkan’.

6. 15 Masalah Hanya Pembaca Buku Tegar Yang Faham‘The Struggle Is Real’. Hanya pencinta buku sahaja yang faham. Artikel ini banyak dikongsi kerana book lovers sekalian memang mengalami 15 masalah yang kami senaraikan dan teruja barkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, kawan, pasangan mereka yang bukan kaki buku, agar mereka lebih difahami….hehe.

7. 15 Buku Mampu Buat Anda Meremang – Tak sangka, ramai rupanya peminat yang mencari rekomendasi buku novel seram. Dari kisah pembunuhan kejam hinggalah misteri mistik, semuanya ada.

8. 5 Tips Membaca Buku Dengan Lebih Cepat ‚ÄúSpeed Reading‚ÄĚ  – Skil membaca dengan cepat bukanlah satu anugerah secara semula jadi. Skil ini dapat kita asah dengan teknik tertentu dan juga latihan. Ya, latihan! Practice makes perfect. Begitulah juga dengan skil ini.

9. Tips Membaca Buku Bahasa Inggeris Untuk Beginner – Ramai yang menghubungi kami secara berasingan dan menyatakan penghargaan mereka kerana kongsikan tips ini. Kami gembira dan berharap pembaca semua teruskan ‘berlatih’ dengan tips yang kami berikan. Bak kata Tun M, “Membaca juga perlukan latihan. Dengan kerap membaca kita akn menjadi lebih cekap!”

10. 15 Idea Menarik Untuk Di Cuba ‚ÄėBook Lovers‚Äô – Pencinta buku bukanlah makhluk pasif yang hanya hidup dalam dunia sendiri dan tidak pedulikan sumbangan kepada masyarakat luar. Banyak idea baru yang boleh dilakukan oleh pembaca buku, agar cinta kita terhadap buku lebih mekar dan kembang!

Buku Terbaik Ramlee Awang Murshid

Dari observasi kami, Ramlee Awang Mursyid adalah antara novelis yang beruntung kerana mempunyai ribuan peminat yang sentiasa mencari-cari, membeli, mengumpul karya² beliau. Tribe beliau amat setia dengan setiap karya yang beliau hasilkan.

Ikut pengalaman kami, kebanyakan pembaca novel RAM yang kami jumpa kesemuanya mempunyai hampir kesemua buku tulisan RAM.

Siapa  Ramlee Awang Murshid?

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah penulis novel berunsur thriller dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1986-2010. Ramlee Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah 4 kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan Novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Ia meninggalkan kenangan paling manis kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan hampir 30 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Antara lain, Novel Bagaikan Puteri, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Listopia Karya Ramlee Awang Murshid

RAM mempunyai kelab pembaca dan mereka setia berkongsi review dan sinopis dari setiap karya RAM.

Dari Laman Goodreads pula, kami senaraikan senarai karya terbaik dari Ramlee Awang Murshid. Kesemua 29 buah novel mempunyai rating 4 atau lebih, daripada 5 bintang.

Jika anda lihat pula bilangan pembaca yang memberi review ini, boleh dikatakan ramai yang menyumbang kepada rating yang tinggi ini. Bukan 1, 2 pembaca.

Hebat!

Anda boleh semak listopia ini untuk mengetahui karya-karya RAM yang telah di undi oleh pemaba di lama Goodreads.

Jika anda sememangnya pembaca karya Ramlee Awang Murshid, sudahkan anda mendapatkan kesemua karya terbaik ini?

Kebanyakkan pembaca menghubungi kami untuk melengkapkan koleksi novel RAM. Tak kurang juga yang cuba berjinak jinak dan mahukan sinopisis, review dan rekomendasi dari kami. Karya RAM antara paling ramai pengikut setia sepanjang kami menjalankan operasi di warung kami.

 

15 Buku Mampu Buat Anda Meremang

Seleksi 15 buku yang mampu buat anda seram sejuk & meremang. Memang tegak bulu roma. Kisah pembunuhan sadistik, psiko, kematian, misteri kelihangan, pencabulan, makhluk dari dimensi lain dan aktiviti paranormal. ¬†Untuk lebih penghayatan, pastikan anda baca seorang diri pada waktu malam. Itu pun kalau anda berani ūüôā

#1 РSeram: Sebuah Antalogi Р Nur Mayani, Shah Othman, Suz Liz

27402530Titik permulaan kepada sesuatu yang bakal menggegarkan minda.
Awak,¬†Dalam dunia ni bukan ada manusia je…Tau?¬†Seram, adakah ia hanya menyeramkan apabila kita berhadapan dengan hantu? Atau, adakah seram jika hantu berhadapan dengan kita? Seram bukan hanya perasaan, ia juga boleh dirasai oleh jiwa. Kalau jumpa hantu tak cukup seram, mungkin kita sendiri yang perlu jadi hantu tu. Mungkin hantu ada di sekeliling kita sahaja?¬†Terdapat 20 kisah dalam buku ni mencoretkan kisah seram hasil karya 20 orang penulis tempatan kita. 20 cerpen seram, sebagai starter untuk anda membaca buku seram yang lain.

 

#2 – #CeritaSeram – #3 Syaitan

29391497Apa yang akan anda buat apabila melihat makhluk dari dimensi lain? Untuk anda yang takut, buku ini memang untuk anda sebagai latihan sebelum melihat mereka di hadapan mata. . Untuk yang tidak takut dan sukakan imagines makhluk begins, buku ini terbaik utk anda!

“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.

“Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!” pemuda tadi separa tinggi nadanya. “Apa yang kau nampak? Kat mana?” Bob mula bertanya. “Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buka mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang”.

#3 – Kelibat¬†Setan –¬†Yoana Dianika

29234170Buku ini mempunyai 2 bahagian, yang pertama; Novella Kelibat. Penceritaan ala filem serem indonesia dan thailand, akan timbul mood ngeri apabila membaca. Penulis menyelitkan sedikit unsur sejarah, menambahkan lagi rencah cerita ini. Ceritanya di bahagikan mengikut tajuk kecil, mudah bagi pembaca memahami plot. Kisah Yudha, Elisa, dan Dewa yang bertemu di Villa Andaru. Bagi Yudha, udara nyaman di pergunungan ini amat sesuai untuk kesihatan paru-parunya. Cuma apabila malam menjelang, rasa seram mula meresap. Untuk Elisa, setahun yang alu, kakak yang sangat disayanginya menghilang tanpa kabar. Satu-satunya petunjuk yang ada hanyalah lokasi terakhirnya; senuah telaga Рtempat Elisa mencarinya sekarang. Dan Dewa pula, setelah kecelakaan itu, dia merasakan yang dirinya terikat pada Elisa. Dan ada bisikan-bisikan jahat. Bisikan yang mencurigakan. Mereka bertiga bertemu di Villa Andaru. Tempat yang membawa mereka kepada sebuah petaka.

Bahagian kedua ialah Permainan Syaitan. Bagi Rane, Devina, Rhodeo, Nanda, dan Abhirama permainan seperti itu hanyalah cakap kosong. Lima bersahabat sahabat itu menganggap ia hanyalah permainan untuk menakutkan budak-budak, mengisi waktu luang, atau menghilangkan rasa bosan. Namun, kini Rane tidak begitu pasti akan tanggapan itu. Apabila satu per satu cerita seram mereka menjelma nyata, dan nyawa menjadi taruhan.

#4 – Badut – Marisa Jaya, Dwi Ratih Ramadan, Rizky Noviyanti

25825321Terbitan ini adalah versi Bahasa Malaysia untuk novel Indonesia BADUT OYEN (2014). Kisah dalam novel ini akan membuatkan anda melihat badut dengan pandingen berbeza. Desebalik make-up yang dipakai, beduidt juga manusia biasa. Oyen, si badut kampung yang terkenal, telah ditemui mati menggantung diri di biliknya. Tidak seorang pun yang percaya, lelaki baik dan periang seperti Oyen sanggup mencabut nyawanya sendiri.

Pihak polis berusaha menyiasat kes itu dan mula membongkar banyak misteri berkaitan kematian lelaki itu. Tetapi, ketika suspek utama mereka juga ditemui mati dalam keadaan ngeri, siasatan itu kembali menemui jalan buntu. Kematian Oyen seakan tiada jawapannya.

Malah, sejak itu kampung itu mula dirasuk hantu badut yang selalu mengganggu kanak-kanak dan seterusnya mula meminta korban.

#5 РTransgenesis Р Amir Husaini

web-Transgenesis-380x612Kisah seram, dendam dan sadistik yang diolah dengan pengetahuan saintifik ini, nemawarkan jalan cerita yang baik; seram, thrill dan mendebarkan!  Kisah subjek yang ingin menuntut bela ke atas penciptanya. Penulis membuka cerita bermula dengan teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia yang ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam. Walaupun pada awalnya, pembaca mungkin terbayangkan cerita Dawn of The Planet of The Apes, namun, jalan cerita dan plot yang di tawarkan oleh penulis adalah original, ia satu proses pembacaan yang mendebarkan, sebagaimana anda menonton filem thriller!

#6 – Ranggau – Ramlee Awang Mursyid

3582068Buku ini menawarkan unsur seram, misteri, thriller dan spike dalam satu plot cerita yang berkembang. Ia menceritakan satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat. Jalan ceritanya boleh diangkat setara dengan novel thriller peringkat antarabangsa!

#7- Rosmoh Perempuan Puaka Р Naufal Tarmizi

ClarissaJalan cerita menarik, dan ada nilai nostalgia bagi rakyat malaysia, berkenaan hantu kom-kom yang pernah popular kaman 90-an dahulu. Selepas anda baca buku ini, jangan terus pergi bilik air tengok termin, ya. Walaupun plot yang dipilih tidak kompleks, tetapi penulis bijak memasukkan plot twist.

Ia kisah¬†Rosmah dan tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa.¬†Mereka jadi gila. Semua jadi histeria.¬†Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dilungai.¬†‘Hantu Wanita Berpurdah’ terus menjadikan anak dara sebagai korban.¬†Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

#8 РGantung РNadia Khan

gantung_-_front-1386335663Novel ini mempunyai gabungan seram, psiko, misteri dan pesahabatan. Water dalam kisah ini beget hidup, hingga kebanyakkan pembaca merasakan mereka masuk ke dalam cerita ini. Hingga habis membaca pun, anda masih tidak dapat ‘keluar’ dari dunia watak watak ini. Ia berkisar tentang empat remaja sekolah Gibbs, Ray, KJ dan Troll yang bersekolah di sekolah elit bernama Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang.¬†Mereka berempat mencipta Musketeer Code – peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.¬†Sehinggalah peraturan itu dilanggar dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.¬†

 

#9 – Gelap – Ariff Adly

22927142Water utama dalam cerita ini menggambarkan seorang psychopath yang seterusnya mendominasi setiap plot yang ada. Ada kematian, unsur sadistik dan misteri di olah dalam jalan cerita. Ia berkenaan sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. Private party setiap tahun sudah menjadi satu tradisi. Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang. Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

#10 – Kacau – Ariff Adly

kacau-front-1392303155Novel ini adalah novel genre psiko, suspense, seram, paranormal dan mistik. Kesemua unsur ini berjaya dihidupkan oleh penulis. Pemilihan tempat dalam plot utama cerita ini, diantaranya bangunan tinggal, memang berjaya menghidupkan elemen seram. Lepas baca, ambil masa sedikit untuk tidak tinggal di rumah seorang diri, ya! Kami berikan sedikit teaser konten novel ini:

“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!‚ÄĚ teriak aku.¬†‚ÄúDia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku‚Ķ‚ÄĚ Al terhenti. Matanya memandang ke atas. ‚ÄúOh my god!! Sana!‚ÄĚ Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.¬†‚ÄúSomeone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!‚ÄĚ Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.¬†Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.¬†‚ÄúHahahahahahahahahahaha!‚ÄĚ Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.¬†‚ÄúFiq, on three. Kita rentap sama-sama!‚ÄĚ cadang aku.¬†‚ÄúOkay!‚Ä̬†‚ÄúOne, two‚Ķ three!‚ÄĚ

#11 – Nota – Shaz Johar

25616385Cerita sadistik, thrill dan psiko diceritakan dengan baik dengan tahap perkembangan cerita yang tidak terlalu lambat atau laju. Plot menarik, dan wataknya begitu hidup dan pasti meninggalkan kepuasan dan kesan pada pembaca. Kisah seorang novelis, dalam mneghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.

#12 – Horror Stories – Tunku Halim

horror_stories_-_front-1390324716Novel berbahasa inggeris, menceritakan cerita seram yang original, yang mana penulis menggunakan pengalaman peribadi dan kenalan. Novel ini juga memperkenalkan sisi baru kepada genre seram. Seram tidak sepenuhnya bermaksud mistik, paranormal semata mata. Compilais cerita seram yang menyentuh berkenaan rogol dan seks luar norma.

Cerita cerita ini menimbulkan ketakutan, kengerian, jijik dan trauma. ‘New form of horror’

 

 

#13 – Mereka – Ariff Adly

26137603Untuk novel ini, kami sertakan sebahagian dialog sebagai teaser:

‚ÄúAda orang kat dalam ke?‚ÄĚ teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.¬†Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.¬†Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya.

‚ÄúAda orang kat dalam ke?‚Ä̬†Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.¬†‚ÄúCik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?‚Ä̬†Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.¬†‚ÄúCik? Cik okay ke?

Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata‚Ķ‚ÄúHik!‚ÄĚ Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. ‚ÄúHik. Hik. Hihihihi! Hik!‚ÄĚ

Ah, ni sial.

#14 – A Malaysian Restaurant in London – Tunku Halim

a_malaysian_restaurant_in_london_front-1434644620Novel berbahasa inggeris, sekali lagi karya Tunku Halim. Pemilihan tajuk yang berjaya memancing pembaca untuk terus mendapatkan buku ini. Penulis juga bijak menyusun plot, dan menjadikan pembaca dapat menikmati perkembangan jalan cerita dengan baik. Kisah ini mempunyai kombinasi unsur misteri, seram, kematian, misteri, percintaan dan psiko. Kisah antara Kenny Leong, Trevor dan Faizah mendominasi plot cerita dan di selitkan suasana lokal yang tidak asing bagi rakyat malaysia. Penulis bijak bermain dengan ruang masa. Cerita ini pasti akan mengikat anda sehingga ke halaman terakhir.

#15 – Trilogi Ajaib (#1 Ajaib, #2 Awan #3 Aksara)

triajaib1_-_ajaib_front-1446052719 triajaib2_-_awan_front-1446052630 triajaib3_-_aksara_front-1446052525Trilogi ini mesti dilengkapkan dari siri pertaman hingga ketiga.  Plot cerita ini akan membawa anda terbang ke zaman persekolahan. Didominasi genre misteri, dan paranormal, sekaligus memberi nuansa seram.
Kisah searing remaja bernama Izaq, berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‚Äėmereka‚Äô, ‚Äėitu‚Äô, dan sedikit yang AJAIB. Apa yang dikatakan AJAIB inilah yang perlu di teroka oleh pembaca. Izas perlu melalui hidup seperti orang dews apabila kerap di temani entita AJAIB ini.¬†Perkembangan plot ini membawa kepada buku kedua; AWAN. Watak dominan yang baru, Izwan ¬†muncul untuk buku ke tiga; AKSARA. Keseluruhannya, trilogi ini mempunyai unsur persahabatan dan kasih sayang adik beradik yang harmoni. Ia memberi kesan¬†emosi kepada pembaca; kerana ia begitu dekat dengan hidup kita semua.