Bacaan Terbaik Untuk Rangsang Kreativiti Remaja

Kajian baru menunjukkan, generasi millennial sukar mengekspresi idea mereka secara kreatif. Terlalu banyak kemudahan, infomasi dihadapan mereka tersedia, tanpa perlu bersusah payah mendapatkan, mesistesis maklumat. Kesemuanya boleh didapati dari apps, hanya dengan beberapa klik! "Kemudahan" seperti ini membantutkan skil berfikir dan menulis secara kreatif.

 

Kajian yang diterbitkan pada awal tahun ini dalam Kreativiti Penyelidikan Journal, dari Universiti Harvard & Universiti Washington mengkaji, "Bagaimanakah gaya, kandungan dan bentuk remaja seni membuat dan penulisan kreatif berubah sejak 20 tahun lepas? "

 

Penulisan kreatif adalah sebahagian daripada menjadi seorang kanak-kanak. Penulisan dan membaca cerita seperti memulakan hidup di Mars, peperangan antara penduduk kerajaan di pelbagai planet;  membantu menguatkan daya imaginasi. Kajian terbaru menyatakkan kanak-kanak generasi Y nampaknya lebih suka realisme naratif apabila mereka menulis cerita.

 

Kreativiti generasi X bercambah melalui komik. Sedari kecil, kebanyakkan gen-X bermula dengan komik Doraemon, Budak Getah, X-Hunter, X-Men; hanya menyebut sebahagiannya. Generasi Y, alpha dan seterusnya memerlukan method yang lebih sophisticated untuk mencambahkan daya kreaitviti mereka. Novel sains fiksyen adalah salah satu jawapannya. Penguasaan skil visual yang telah bertambah baik dikalangan generasi Y kini menyebabkan minat mereka terhadap penulisan kreatif, contohnya, menurun. Mereka lebih cenderung memikirkan aktiviti apakah yang mahu dilakukan ketika bercuti, daripada berimaginasi bagaimana kehidupan di planet lain (contohnya 7 planet yang baru dijumpai NASA).

 

Bacaan sains fiksyen adalah jawapan kepada sumber inspirasi untuk pemikiran kreatif, nonlinear dan diluar kotak. Kami mencadangkan pilihan buku sains fiksyen mencetuskan imaginasi, fantasi, keajaiban  dan dunia pelbagai kemungkinan.

#1 – Cerita tentang DNA, Projek Sains ke atas Hidupan, Cyborg, Artificial Intelligence, Robot!

 

 

 

 

 

 

 

 

IMAGIKATA, EKSISTENSI dan TRANSGENESIS – Kisah masa hadapan yang jauh membawa pembaca ke dimensi dunia yang berlainan. Kisah sains fiksyen yang sememangnya mind-blowing!

#2 – Penaklukan, pertarungan antara kerajaan dan pahlawan , kuasa magis, inter-galactic persis Star Wars (?)

GALAKSI MUKHSININ, KRONIKA NASHAN dan OPERA ANGKASA - Antalogi cerpen extraordinary, kisah sequel (kronika) dan opera angkasa ini, berkenaan dengan sebuah kerajaan bernama Nashan. Padat dengan kisah-kisah keperwiraan, setia kawan, ihsan, keberanian, pertarungan, siasah,  ekonomi, unsur magis, kebudayaan, lagenda, teknologi, sumber alam, tenaga hinggalah makhluk 'unusual' seperti raksasa. Sequel ini adalah gabungan bergaya antara sastera dan sains fiksyen, ia dalam kelas yang tersendiri. Sequel ini mampu membawa pembaca hanyut jauh ke dalam dunia imaginasi, dan pastinya terpana dengan gaya bahasa yang indah!

#3 – Misteri, Pembunuhan, Dunia Paranormal

 

 

 

 

 

 

 

 

SHERLOCK HOLMSES, ANARKIS BANGKIT dan JIN-TINA – Membawa anda masuk kedunia misteri, jenayah, pembunuhan; yang memang menarik apabila menggunakan ilmu sains untuk pembuktian.

Kombinasi geopolitikal, ketenteraan, dan paranormal di garap dengan baik dalam setiap buku ini.

Sekarang, tiba masanya untuk biarkan remaja dan pelajar 'meliar' ke dunia imaginasi, kreativiti dan magis tanpa sempadan!

Bagaimana Dunia Pada Tahun 2205? Semuanya Digambarkan Dalam Galaksi Muhsinin

Buku ini aneh. Ia berjaya mengheret pembacanya ke satu kotak fikir luar jangkau dan luar zon selesa kebiasaan pemikiran.

Kita biasa dihidang dengan cerita sirah nabi dan sahabat, keunggulan dan kegemilangan beberapa zaman khalifah, kehebatan ketenteraan umat Islam zaman dahulu yang mengatasi kuasa besar lain di zaman itu.

Dalam masa sama, kita juga sedar dunia hari ini begitu berlumba-lumba dalam penerokaan angkasa lepas. Sering sahaja muncul penemuan-penemuan terbaru yang membawa manusia selangkah lagi mengenal alam.

Apa yang berlaku adalah penulis berjaya menggabungkan dua elemen ini. Elemen sirah diadun dengan baik menjadi sebuah amalan nyata dalam sebuah kerajaan Islam berkhalifah yang menguasai sebuah Galaksi di angkasa bernama Galaksi Muhsinin.

Galaksi Muhsinin adalah sebuah ‘blueprint’ bagaimana sesebuah kerajaan yang meletakkan Islam sebagai teras dan syura sebagai keutamaan seharusnya berfungsi. Kekuasaan yang ada dianggap amanah bagi membela alam dan menyayangi golongan tertindas.

Pimpinan Galaksi Muhsinin dari setinggi jawatan sehinggalah rakyat di tanah naungan dipaparkan dengan cukup baik akhlak, saling membantu, dan bersangka baik. Betapa indahnya sebuah tamadun yang terbentuk apabila semua anggota di dalamnya menjalankan fungsi masing-masing seikhlas hati.

Membaca buku ini mengingatkan kita pada sirah terdahulu, sekaligus menyuburkan semangat dan impian bagi mengembalikan kegemilangan dahulu.

Ia menjadi menarik apabila penulis menunjukkan kita bagaimana itu dapat tercapai bukan di dunia ini, tetapi dalam kancah politik antara planet dan antara galaksi alam yang luas di luar sana.

Sains dan agama berpisah tiada. Bila sains dipimpin agama, maka terbentuk sebuah pelan kemajuan yang sangat progresif. Teknologi sentiasa dinaik taraf melalui semangat muhasabah dan semangat kuat untuk belajar bagi mempertahankan agama.

Satu lagi aspek penting yang ditekankan penulis dari awal hingga akhir buku ini adalah adab dan akhlak seorang Muslim. Ia tidak boleh luntur dan terjejas dalam apa jua keadaan tanpa mengira usia.

Muslim yang berpegang teguh pada tali perjuangan wajib memiliki akhlak mulia. Ini dibuktikan pada setiap zaman gemilang dahulu dan sekali lagi ditunjukkan pada masa depan.

Akhlak itu harus disebatikan sebagai kod asas pengenalan sebagai seorang Muslim, baik di bumi mahupun di angkasa. Tidak ada tempat yang bukan milik Allah sehingga kita berasa gerun dan malu jikalau tidak mempamerkan akhlak mulia.

Seperti setiap karya, buku ini juga mengandungi beberapa kelemahan. Karya seni berbeza dengan karya ilmiah. Ia tidak boleh menjadi tempat hamburan fakta-fakta, sebaliknya fakta yang ingin dimasukkan harus digarap dengan baik dan bersahaja.

Fakta itu ibarat makanan mentah, ia tidak akan berjaya membuka “selera” pembaca yang “lapar”. Ia perlu “dimasak” dengan teknik tertentu dengan adunan rempah dan perasa secukupnya kemudian dihidang dengan penuh hiasan dan warna warni.

Ini penting untuk dibaiki kerana novel fiksyen mesti mengekalkan elemen bersahaja demi memberikan ruang luas buat pembaca “masuk” dalam alam yang dipersembahkan penulis dan merasai watak serta perwatakan yang berlaku.

Satu lagi kelemahan ketara ialah watak utama/khalifah tidak konkrit. Dalam beberapa babak akhir berlaku kecelaruan identiti apabila sepanjang penceritaan, Galaksi Muhsinin digambarkan sebagai ketenteraan yang hebat tetapi ketika khalifah bertempur, yang menyelamatkannya adalah isterinya sendiri yang bertugas sebagai doktor. Kemana hilangnya skuad elit dan segala jenis ketenteraan yang lain?

Watak Khalifah yang gah pada awalnya bertukar mendadak menjadi seorang yang lemah dan tidak berupaya. Ia membunuh imaginasi!

Kelemahan terakhir yang dikesan ialah unsur melebih-lebihkan sesuatu perkara sedia wujud sehingga agak keterlaluan. Seperti aiskrim perisa kurma bersalut buah tin, pedang “starwars” berbentuk keris, ini bagi saya secara peribadi mengganggu dan agak menjengkelkan.

Pun begitu, buku ini adalah hadiah buat umat yang merindukan tertegaknya kalimah Allah, mengatasi segala kalimah lain. Hadiah buat mereka yang dalam usaha mempersiapkan diri sebagai pimpinan dan jentera harapan umat. Hadiah kepada mereka yang meyakini dan melakukan persediaan ke arah ‘ustaziyatul alam’.

 

Oleh: Nik Aziz Afiq di Baca Reviu