Apa Buku Yang Perlu Saya Baca Untuk Kaya & Berjaya? (Bukan Buku Kewangan!)

Untuk menjadi lebih bijak mengurus kewangan, seterusnya berjaya mengembangkan harta, rata-rata orang akan mengesyorkan Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki), The Intelligent Investor dan mana-mana buku mengenai Warren Buffet, Azizi Ali dan pelabur lain.

 

Semua rekomendasi ini adalah cadangan semua baik, sememangnya buku-buku seperti ini amat penting untuk anda menambah ilmi pengurusan wang termasuk hutang dan harta. Tetapi …

 

…anda tidak akan berjaya mengembangkan portfolio kewangan atau meningkatkan kekayaan anda sehingga anda betul betul berjaya membangunkan diri sendiri.

 

Sifat seperti disiplin, attitude yang positifkeyakinan diri, bijak mengurus masa, bijak menyusun prioriti, mengetahui bagaimana untuk bercakap dengan baik, mengetahui bagaimana untuk berhubung dengan orang lain, adalah sifat dan skill yang dimiliki oleh orang kaya, dan inilah yang anda perlu belajar dan bentuk dalam diri anda.

 

Untuk mencapai objektif ini, anda PERLU membaca semua buku-buku Dale Carnegie. Buku-buku Dale Carnegie ini telah membantu jutaan pembaca sejak puluhan tahun yang lalu, dan ia kekal penting dan relevant terutamanya di alaf 21.

1. Mulakan dengan ‘HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE”

2. Kemudian, baca “THE QUICK AND EASY WAY TO EFFECTIVE SPEAKING”

3. Dan kemudian, “HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING”

Sebenarnya, Dale Carnegie mempunyai banyak lagi buku yang mencapai tahap international bestseller, seperti “The Leader In You”.

Pengarang seterusnya anda perlu baca ialah Napoleon Hill.

4. Pertama, baca ‘THINK AND GROW RICH”

5. Kemudian, baca ‘OUTWITTING THE DEVILS”

Kebanyakan orang percaya bahawa membaca dan belajar tentang beberapa strategi pelaburan akan membuka jalan untuk mereka menjadi kaya dan berjaya. Walaupun ada kebenarannya, tetapi ia tidaklah sama penting dengan skil membina diri. Sebelum melabur dengan duit anda, laburlah pada diri sendiri, dengan mendapatkan ilmu pembinaan karakter, attitude yang baik.

Tiada kunci ajaib yang dapat membuka kekayaan.

Yang ada hanyalah mindset, tindakan, attitude, sikap yang membawa diri kita kepada kekayaan dan kejayaan.

Semua orang-orang kaya mempunyai lebih daripada skil mengurus kewangan semata-mata.

Mereka telah pertama menguasai diri mereka sendiri dan memastikan mereka yang mempengaruhi persekitaran mereka.

Artikel ini di terjemah dan di olah dari penulis asal, Cody-Shirk.

Anda Masih Belajar di IPT? Baca 5 Buku Ini Sebelum ‘Grad’

Do something today, that your future self will thank you for

5 buku yang kami rekomen ini mencakupi perancangan dan persediaan yang anda boleh lakukan sebagai pelajar IPT. Selain dari buku nota yang tebal-tebal perlu anda baca, curi masa untuk lakukan persediaan untuk masa depan anda. Seleksi buku ini menyediakan anda para relajar IPT; cara menjana dan menyimpan pendapatan, perancangan kewangan, ilmu membina bisnes, dan persediaan & inspirasi mengembara.

#1 – Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima – Azraei Muhamad

Enam Angka Menjelang Dua Puluh LimaBuku ini ditulis utk SIAPA? Paling ideal dibaca untuk anda yang masih lagi belajar di IPT. Selain dari buku teknikal atau nota pembelajaran, curi curi lah masa untuk baca buku begini, sebagai salah satu persiapan anda menghadapi masa depan yang belum tentu.

Penulis mengkhususkan buku ini untuk budak-budak baru masuk universiti dan teruja dapat duit PTPTN. Untuk budak yang baru masuk kerja dan mengidamkan beli Lancer EVO walaupun gaji masih layak terima BR1M. Untuk yang tengah garu kepala nak cari duit buat kahwin. Untuk yang merungut rumah harga mahal nokhorom dan marah kerajaan tak buat apa-apa. Dan untuk pada (bakal) ibu bapa yang tak puas hati kenapa ibu bapanya dahulu tidak buat simpanan juta-juta masa dia kecil dahulu. Kau nak terus merungut? Atau kau nak mula ambil tindakan dan ubah masa depan? Your future, starts with you today.

#2 – Rich Dad Poor Dad (Edisi BM) – Robert Kiyosaki

RM 21Ramai beranggapan buku ini hanya untuk bacaan orang dewasa yang telah berkerja. Hakikatnya, bila anda telah berkerja, amat surah curi masa untuk membaca! Jadi, semasa anda di IPT adalah waktu terbaik untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan. Buku Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race.  Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. Lebih awal anda sedar dan bersedia, bukankah lebih baik? Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh, membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang, mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja dan menjadikan wang bekerja untuk kita. 

Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” – Robert T. Kiyosaki

#3 – Rancang wang Sejak Jatuh Cinta – Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad

RM 25

Zaman sekarang, sudah menjadi trend pelajar IPT bercinta dan rancang untuk berkahwin selepas bergraduasi. Tapi, mereka terlupa satu perkara yang penting sepanjang mereka bercinta, iaitu merancang masa depan kewangan untuk berkahwin dan selepas berkahwin. kata-kata ‘I Love U’ tidak mampu membayar kos perkahwinan, mas kahwin apa lagi kos pampers dan susu anak. Mereka yang bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan anda daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan anda daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

#4 – Harta Rampasan Perang – Khairul Anuar

Harta Rampasan Perang“Ini buku hartanah untuk golongan muda. 

Mahu saja aku membina semula kampong aku yang telah hilang ini dengan membina semula rumah nenak aku yang telah roboh itu dan menjadikannya untuk sewaan. Mungkin sebelum kampong aku ini hilang menjadi satu lagi taman perumahan, aku akn dapat mendapat menjadikan ia tempat aku berkongsi kenangan yang sedikit aku ada di dalamnya.

Ingat, rumah tidak mudah untuk dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain. Ada yang berparang dan berpistol untuk mendapat hak untuk sebuah rumah.

Apabila ia diperoleh dan dimiliki oleh seseorang maka ia ibarat Harta Rampasan Perang”

Kalau baca buku sebegini pun tak mahu, jangan dikisahkan bila peratusan pemilikan hartanah bumiputera kekal rendah saban tahun!

#5 – Memulakan Bisnes Sendiri – Ainon Mohd

RM 14

Jangan ingat anda ada diploma atau degree, anda akan terus digajikan oleh syarikat syarikat di luar sana. Kadangkala, walaupun sudah puas menghantar resume untuk memohon pekerjaan tetap, kerja idaman anda masih  belum kunjung tiba. Adalah satu tindakan bijak untuk anda bersedia dengan minda terbuka, untuk mendapatkan ilmu dan lakukan persedian untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Paling tidak, dengan ilmu dari buku ini, anda boleh bermula dengan diri sendiri dan menjana pendapatan sendiri. Buku yang dicetak semula ini menyediakan panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini ialah ciri ciri yang perlu ada untuk usahawan, formula berjaya dalam bisnes, risiko perniagaan, bagaimana menjalankan bisnes part time, memilih jenis & model perniagaan, jenis produk dan servis, apakah perkara baik yang membahayakan bisnes, penyelesaian masalah kewangan bisnes, dan pemilihan rakan kongsi dan bagaimana menghadapi persaingan dalam bisnes. Buku ini ditulis oleh usahawan yang bermula dari bawah dan telah terbukti berjaya.

#6 – Travelog Mr. Traveller – Meor Farid Asyradi Meor Zahidi

RM 25

Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah secara solo. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Kenapa kami rekomen buku ini untuk anda yang masih belajar di IPT? Kerana di usia anda, amat penting untuk anda menyimpan cita cita mengembara, tidak semestinya ke Eropah. Dalam buku ini, penulis telah barkongsi segala persediaan rapi yang dilakukan untuk pengembaraan ini, dengan kos yang rendah! Pengembaraan akan membuka minda anda dan pengalaman anda. Jika anda dah baca 4 buku di atas ini, pasti ada sudah cukup duit tabung untuk mengembara seperti tuan penulis ini. Lepas grad, sebelum kerja, pergilah mengembara!

Kalau kamu kembara di luar Eropah, banyak sangat catatan kembara orang muda di pelbagai pelusuk benua untuk dijadikan inspirasi. Cuba lihat di sini.

 

Lebih 20 Buku Urus Wang & Hutang Dengan Diskaun 20%

Diskaun Untuk Lebih 20 Buku Urus Wang dan Hutang

Bulan November ini adalah permulaan untuk berjinak jinak dengan pendidikan kewangan.

 

Kami di Warung Buku Online Bookstore menawarkan diskaun 20% untuk semua buku PENDIDIKAN KEWANGAN. Ini bermakna, anda berpeluang untuk melabur dengan ilmu pendidikan kewangan pada harga 20% lebih murah.

Ya, tips bijak wang no 1 ialah: Beli barang pada harga yang lebih murah dari pasaran biasa! 🙂

Jika anda perlukan pengenalan lanjut & helaian kandungan buku-buku ini sebagai rujukan anda sebelum membeli, anda boleh hubungi kami melalui whatsapp/sms.

Untuk mendapatkan buku-buku ini, anda hanya perlu….

SMS/Whatsapp:

“DISKAUN20 ” <NAMA>   <TAJUK BUKU>  ke   017-293-2284 

 

Sekarang, mari lihat butiran lebih 20 buku dengan diskaun 20%

TIPS PENGURUSAN HUTANG DAN WANG1TIPS PENGURUSAN HUTANG DAN WANG2

1. FIQH KEWANGAN ISLAM (ZAHARUDDIN ABD RAHMAN,752 M/S) – RM 78 (NP: RM98)

2. JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG (ANUAR HANIFF & DR M NIZAL HANIFF, 120 M/S) – RM 11.2 (NP: RM14)

3. BIJAK MENGURUS WANG (HJH ROHANI & DATUK HJ SHAHIR, 324 M/S) – RM20 (NP: RM25)

4. BAJET WANG (KHAIRUNAHAR JAMALUDDIN, 168 M/S) – RM31.90 (NP: RM 39.90)

5. URUS WANG SEMASA GAWAT (SUNTHARA SEGAR, 96 M/S) – RM 6.40 (NP: RM 8)

6. CUKUPKAH WANG ANDA (HJH ROHANI, 200 M/S) – RM16 (NP: RM20)

7. KEWANGAN PERIBADI: SOAL JAWAB BERSAMA ANUAR HANIFF (104 M/S) – RM9.60 (NP: RM 12)

8. MUDAHNYA MENGURUS KEKAYAAN DENGAN ISLAM (NORSA’ADAH AHMAD, 154 M/S) – RM 31.90 (NP: RM 39.90)

9. RANCANG WANG SEJAK JATUH CINTA (SHAMSUDIN KADIR & AIN MUHAMMAD) – RM20 (NP: RM 25)

10. WANG, ANDA DAN ISLAM (ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, 364 M/S) – RM 31.90 (NP: RM 39.90)

11. MAHARAJA WANG (AZIZI ALI, 365 M/S)- RM 39.90 (NP: RM 49.90)

12. JUTAWAN DARI PLANET JUPITER (AZIZI ALI, 260 M/S) – RM 31.90 (NP: RM39.90)

13. THE RICHEST MAN IN BABYLON EDISI BM (GEORGE S CLASON, 192 M/S) – RM14.40 (NP: RM18)

14. RAHSIA POWER PESARA KAYA (ANUAR HANIFF, 120 M/S) – RM23.90 (NP: RM29.90)

15. ESCAPE THE RAT RACE EDISI BM, COMIC (ROBERT KIYOSAKI, 72 M/S) – RM 9.50 (NP: RM11.90)

16. INCREASE YOUR FINANCIAL IQ EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 344 M/S) – RM24 (NP: RM30)

17. RICH DAD’S GUIDE TO INVESTING EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 584 M/S)- RM26.40 (NP: RM33)

18. RICH DAD’S GUIDE TO BECOMING RICH EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 152 M/S) – RM15.90 (NP: RM19.90)

19. RICH WOMAN EDISI BM (KIM KIYOSAKI, 392 M/S) – RM22.40 (NP:RM 28)

20. WHY WE WANT YOU TO BE RICH EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI & DONALD TRUMP, 456 M/S) – RM24 (NP: RM30)

21. WHY ‘A’ STUDENT WORK FOR ‘C’ STUDENT EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 512 M/S) – RM31.20 (NP: RM39)

22. UNFAIR ADVANTAGES EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 368 M/S) – RM24 (NP: RM30)

23. RICH DAD POOR DAD EDISI BM (ROBERT KIYOSAKI, 232 M/S) – RM16.80 (RM21)

24. THINK AND GROW RICH EDISI BM (NAPOLEUN HILL, 336 M/S) – RM23.90 (NP: RM 29.90)

Ketahui Cara Urus Gaji & Hutang

KITARAN YANG MENYEDIHKAN

 

“Pergi kerja awal PAGI, pulang ke rumah lewat PETANG. Lebih sadis lagi, cukup bulan dapat GAJI, perlu bayar HUTANG”

Anda dah penat dan mahu keluar dari kitaran “rat race” yang sia-sia ini?

 

NASIB BERHUTANG

Anda mahu mengubah nasib keluarga dari di bebani hutang keliling pinggang; hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan rumah.

Anda tiada lebihan duit, kesemuanya digunakan untuk membayar ‘komitmen’ tadi, hinggakan keperluan anak anak perlu dibayar dengan kad kredit. Anda stress dan keluarga tidak gembira.

Sebenarnya, anda dan keluarga anda BERHAK untuk mendapatkan hidup yang serba cukup dan selesa. Ada caranya. Banyak pihak yang boleh membantu anda!

 

KUASAI SEMULA WANG, HUTANG DAN HIDUP ANDA

Perubahan bermula dengan diri anda. Terdapat pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan bantuan pengurusan duit dan hutang, seperti Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK). Pelbagai servis dan program pendidikan yang mereka sediakan, antaranya:

  • Pendidikan Kewangan : AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan kredit dengan bertanggungjawab.
  • Kaunseling Kewangan : AKPK memberi khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan kewangan bijak dari segi bajet, pengurusan wang dan penggunaan kredit.
  • Pengurusan Kredit : Kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas untuk menangani masalah kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan.

 

MELABURLAH DENGAN ILMU

Di Malaysia, terdapat ramai pakar pengurusan kewangan yang berpengalaman yang memberikan ilmu yang praktikal, samada melalui tulisan di blog mereka, mahupun buku. Antaranya, Saudara Suzardi Maulan, yang tidak jemu berkongsi tips praktikal mengurus gaji dan hutang. Figur lain yang kerb berkongsi di media masa dan juga menulis buku pengurusan kewangan ialah Tuan Shamsuddin Kadir, Hajah Rohani & Datuk Hj M Shahir, Azizi Ali dan ramai lagi.

Diperingkat antarabangsa pula, siapa yang tidak kenal Robert Kiyosaki? Program Pendidikan Kewangan, Forum, Seminar, Buku beliau semuanya laku keras! Buku buku beliau mencapai tahap “international bestseller” dan telah membantu ramai orang dengan berkongsi tips mengurus kewangan dan hutang serta menggandakan harta!

Adakah anda…

  • Berminat untuk mendapatkan ilmu praktikal untuk pengurusan kewangan?
  • Mahu menggunakan alat alat kewangan yang mematuhi hukum syarak?
  • Mahu menggandakan wang anda dengan pelaburan hartanah, saham, forex dan perniagaan; tetapi anda tidak jelas samada ia mematuhi syarak atau tidak?

 

BERITA BAIK

Sepanjang November ini, anda ada peluang membeli buku-buku pendidikan kewangan pada harga 20% lebih murah. Ya, 20% diskaun untuk semua buku pendidikan kewangan.

Beberapa fakta berkenaan buku-buku dalam Siri Pendidikan Kewangan yang kami berikan promosi kali ini:

  • Kesemua buku ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, termasuk buku buku Robert Kiyosaki yang diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.
  • Karya Ustaz Baharuddin Abd Rahman (UZAR) juga kami bawakan untuk memandu usaha pengurusan kewangan dan pelaburan.
  • Pengurusan kewangan yang mudah di fahami dan di praktikkan oleh penulis tempatan seperti Tuan Shamsuddin Abd Kadir, Hjh Rohani & Datuk Hj M Shahir, Azizi Ali, Anuar Hanif, dan lain-lain

 

MASA UNTUK BERTINDAK

Orang putih kata, “Fast Action, Fast Results”. Selamat Maju Jaya 🙂

 

 

Tim Warung Buku Online Bookstore