10 artikel terbaik di warungbooku yang dikongsi lebih 57.6k kali!

Genap 1 tahun 4 bulan warungbooku telah menghasilkan 59 artikel khusus untuk pembaca, pencinta dan pengagung buku. Baru sahaja setahun jagung, masih banyak lagi yang kami perlu perbaiki untuk menghasilkan konten berkualiti untuk anda sekalian. Kami amat gembira dan berbesar hati jika konten kami memberi manfaat kepada anda semua.

Kami suka tulis sesuatu yang dapat terus di amalkan oleh pembaca semua. Apabila mereka percaya akan manfaatnya, secara automatik mereka akan berkongsi, menyampaikan kepada rakan-rakan mereka, atau menghubungi kami untuk menyatakan penghargaan mereka. Apabila melawati semula artikel-artikel ini, kami  amat terharu dengan sambutan yang diberikan, melihat kepada statistik dan komen pembaca sekalian membuatkan kami tersenyum ūüôā

Kami senaraikan 10 artikel terbaik setakat hari ini:

1. 15 Buku Untuk Cabar Pemikiran Anda – Genre pemikiran separa kritis rupanya mempunyai ramai peminat. Terbukti dengan pautan ini, yang mana kami senaraikan 15 tajuk yang mampu mencabar skil pemikiran kritis pembaca. Salah satu buku-buku ini, sekiranya di masukkan dalam senarai bacaan anda, pasti dapat menambah nilai pada diri anda, dengan fakta baru, argumen dan artikulasi yang dibentangkan penulis. Ada pelbagai genre seperti sosio-ekonomi, politik, pendidikan, kemasyarakatan, sejarah dan lain-lain

2. 8 Langkah Mudah Habiskan Baca Buku Yang Di Beli – Bagaimana menyusun strategi yang sistematik dalam membaca buku yang anda rancang dalam masa setahun? Kami kongsikan di sini.

3. 6 Cara Bagaimana Membaca Lebih Banyak Buku – Banyak buku yang telah kita beli, namun, kita alami kesukaran, malah buntu untuk habiskan bacaan buku-buku ini. 6 cara ampuh ini, memang teruji membantu kita membaca lebih banyak buku dari biasa!

4. 7 Langkah Bina ‚ÄėMini Library‚Äô di Rumah – Membina minilibrary sebenarnya satu proses yang menyeronokkan apabila ia dilakukan dengan terancang. Saiz minilibrary tidaklah penting. Kewujudannya sahaja mampu memberi aura tersendiri di rumah anda. Selamat mencuba.

5. Lakukan 25 Perkara Ini Untuk Tambah Keseronokkan Membaca – Aktiviti membaca buku boleh dipelbagaikan dengan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan. Membaca buku bukanlah bermakna kita tidak peduli dan mengabaikan ‘keseronokkan’.

6. 15 Masalah Hanya Pembaca Buku Tegar Yang Faham‘The Struggle Is Real’. Hanya pencinta buku sahaja yang faham. Artikel ini banyak dikongsi kerana book lovers sekalian memang mengalami 15 masalah yang kami senaraikan dan teruja barkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, kawan, pasangan mereka yang bukan kaki buku, agar mereka lebih difahami….hehe.

7. 15 Buku Mampu Buat Anda Meremang – Tak sangka, ramai rupanya peminat yang mencari rekomendasi buku novel seram. Dari kisah pembunuhan kejam hinggalah misteri mistik, semuanya ada.

8. 5 Tips Membaca Buku Dengan Lebih Cepat ‚ÄúSpeed Reading‚ÄĚ  – Skil membaca dengan cepat bukanlah satu anugerah secara semula jadi. Skil ini dapat kita asah dengan teknik tertentu dan juga latihan. Ya, latihan! Practice makes perfect. Begitulah juga dengan skil ini.

9. Tips Membaca Buku Bahasa Inggeris Untuk Beginner – Ramai yang menghubungi kami secara berasingan dan menyatakan penghargaan mereka kerana kongsikan tips ini. Kami gembira dan berharap pembaca semua teruskan ‘berlatih’ dengan tips yang kami berikan. Bak kata Tun M, “Membaca juga perlukan latihan. Dengan kerap membaca kita akn menjadi lebih cekap!”

10. 15 Idea Menarik Untuk Di Cuba ‚ÄėBook Lovers‚Äô – Pencinta buku bukanlah makhluk pasif yang hanya hidup dalam dunia sendiri dan tidak pedulikan sumbangan kepada masyarakat luar. Banyak idea baru yang boleh dilakukan oleh pembaca buku, agar cinta kita terhadap buku lebih mekar dan kembang!

Gadis ini Ditembak Hanya Kerana Mahu Ke Sekolah!

Ini adalah buku kedua memoir kisah kanak-kanak yang saya baca, selepas buku “A Child Called It” kisah benar tulisan David Pelzer.

Ia berkisar tentang seorang kanak kanak perempuan yang membesar dikalangan masyarakat yang konservatif, ditembak kerana mempertahankan haknya untuk mendapat pendidikan sebagaimana kanak kanak lelaki. 

Watak berani dan yakin diri oleh kanak kanak yang bernama Malala ini memang berlainan dengan kawan kawan yang lain. Ketika ramai yang akur dengan tekanan Taliban yang menghalang pelajar perempuan ke sekolah, Malala tidak gentar dengan ugutan yang diterima. 

Setelah membaca buku ini, saya yakin sekali bahawa ‘Malala tidak wujud dengan sendirinya atau secara kebetulan’. Asuhan dan acuan ayahnya, Ziauddin Yousufzai yang begitu berlainan sekali dengan lelaki kebiasaan di kawasan itu telah ‘melahirkan malala’.

Ayahnya menganggap potensi perempuan dan lelaki sama. Sebagaimana lelaki perlu kesekolah, begitu juga perempuan. Ayahnya juga menghormati kebebasan anaknya dalam berpendapat, bertanya soalan, mencari ilmu, berani menyatakan kebenaran.

Terdapat 2 perkara yang menarik perhatian saya ketika membaca:

1- Definisi amal soleh.

Amal soleh selalunya hanya di kaitkan dengan aktiviti di masjid, bersedekah harta, memberi nasihat keagamaan. Tanpa sedar, kita telah mengiktiraf fahaman sekular yang mana amal soleh tanya berkait dengan masjid, dan tidak pula berkait dengan amalan kehidupan harian.

Definis amal soleh amat luas, jika kita memperakui kesyumulan islam dan percaya islam itu rahmat kepada semua, pasti kita percaya bahawa amal soleh merangkumi semua jenis kebaikan dalam aktiviti seharian manusia. Kata-kata dalam buku ini ada benarnya: 

“If people volunteered the same way to construct schools or roads or even clear the river of plastic wrappers, by God, Pakistan would become a paradise within a year. The only charity they know is to give to mosque and madrasa”

2- Masyarakat yang melahirkan extremism.

Taliban & kumpulan ekstrimis juga tidak wujud dengan sendirinya. Ianya bukan semata-mata lahir dari interpretasi agama yang sempit. Status pendidikan, sosial & ekonomi juga menyumbang kepada kelahiran ekstrimis. Dalam hal ini, agama tidak lebih sebagai alat semata-mata.

“A khan’s daughter cant marry a barber’s son and a barber’s daughter cant marry a khan’s son. We Pashtun love shoes but dont love the cobbler; we love our scarves and blankets but do not respect the weaver. Manual workers made a great contribution to our society but receive no recognition, and this is the reason so many of them joined the Taliban – to finally achieve status and power”

Penulis begitu ‘descriptive’ sekali apabila menceritakan keindahan Swat, (yang mendapat jolokan ‘Switzerland of the East’ menyebabkan saya yang membaca kerap berhenti dan membayangkan kehidupan penduduk Swat yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan juga tinggalan sejarah.

Terdapat banyak runtuhan patung buddha di sekitar kawasan ini, kerana ia merupakan kawasan yang pernah di diami oleh penganut Buddha pada abad ke 18. Mereka menginap di kawasan ini kerana tertarik dengan keindahan dan ketenangan Swat yang ideal untuk aktiviti meditasi.

Bagi saya, hero dalam kisah ini ialah bapanya. Besar pengaruh bapanya dalam diri Malala. Banyak pengajaran dapat dipelajari dari Ziauddin Yousufzai.

Bapanya berkata dalam satu majlis dengan rendah diri:

“In my part of the world, most people are known by their sons. I am one of the few lucky fathers known by his daughter”

Ia bacaan yang ideal untuk lelaki, para bapa muda, sebagai pengajaran bagaimana melahirkan ‘Malala’, juga mengenali sifat-sifat & pemikiran ala-Taliban yang perlu dijauhi dalam mendidik anak-anak.

10 Buku Kisah Wanita Besi Perlu Dibaca Setiap Wanita (dan Lelaki!)

8 Mac 2017 adalah hari untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa, ia istimewa untuk meraikan usaha, semangat dan pengorbanan wanita dari pelbagai jalur kehidupan.

Wanita sering menjadi peguat sesuatu entiti, samada di tempat kerja atau di rumah. Meskipun di zaman moden ini, kebanyakkan wanita telah memegang peranan yang sama penting dengan kaum lelaki, masyarakat kita masih belum bebas sepenuhnya dari persepsi wanita mudah dipermainkan, wanita golongan kelas ke-dua, wanita diperdagangkan umpama komoditi, atau lebih teruk lagi, wanita tidak perlu belajar tinggi dapatkan ilmu, kerana akhirnya tempatnya hanya di dapur menjaga anak.

Walhal, kerana salah satu peranan wanita ialah mendidik anak dan mengurus rumah tangga disamping tanggungjawab lain, adalah amat perlu bagi wanita mendapat pendidikan yang baik, keterbukaan menyatakan pendapat, padangannya diberikan perhatian, di hormati, selagi mana tidak melanggar norma sebagai manusia beradab. Masakan kita serahkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak kepada wanita yang  dinafikan pendidikan atau yang sentiasa tertutup pemikirannya?

Di era ini, lelaki dan wanita perlu sama sama berganding bahu ‚Äėmembina‚Äô wanita yang ada dalam lingkungan masing-masing – adik, kakak, ibu, jiran atau kawan. Pastikan wanita disekeliling kita yang sedang di tindas atau dinafikan hak memajukan diri terus dibantu dan dibebaskan dari ‚Äėbelengu‚Äô yang merugikan negara. Cubalah anda lihat video ringkas Justin Trudeau ini tentang apa pendapat beliau tentang wanita dan perenna lelaki dalam memajukan wanita.

Sebagai menyemarakkan lagi semangat dan inspirasi buat wanita dikalangan kita, kami bariskan 10 buku yang membawa watak wanita yang….

  • Berani dan cekal mengubah nasib sendiri
  • Berkorban demi nilai kemanusiaan,
  • Berprinsip, wanita mendahului perubahan masyarakat
  • Bijak menentukan masa depan hidup sendiri
  • Mengatasi halangan-halangan yang mampu menggagalkan impian
  • Memasang impian besar

Bersama 10 buku ini, kami sertakan sinopsis atau ulasan buku dari pembaca terpilih.

#1 – SAYA MALALA (I’M MALALA EDISI BM) – Malala Yousefzai & Christina Lamb

Apabila Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan, seorang gadis cilik mula bersuara. Malala Yousafzai enggan berdiam diri tetapi berjuang menuntut haknya mendapatkan pendidikan. Pada Oktober 2012, tatkala usianya mencecah 15 tahun, nyawa Malala hampir-hampir tergadai. Dia ditembak di kepala semasa perjalanan pulang ke rumah dari sekolah dan harapan untuk hidup tipis. Namun, penyembuhan Malala yang hebat telah membawa dia dari kawasan terpencil di utara Pakistan ke dewan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai lambing protes keamanan global. Setahun kemudian, dia menjadi penerima Hadiah Nobel Keamanan yang termuda.

#2 – KUNANG PESISIR MORTEN –¬†Raiha Bahaudin

 

Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan sembilan tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.

Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet juga menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara- perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa.

#3 – MERANTAU KE DELI –¬†Hamka

Dalam kisah ini, berlakunya krisis dalam rumah tangga Leman & Poniem akibat wanita lain. Akibatnya, Leman menceraikan Poniem dengan talak 3.

Poniem yang jatuh terduduk diceraikan talak 3, tidak tenggelam dengan nafsu kesedihan atau kemurungan. Beliau bangkit membina hidup yang baru, jauh meninggalkan Leman.
Hamka memberi ’empowerment’ kepada wanita yang mengalami nasib yang sama dengan Poniem, untuk bangun meneruskan dan memajukan hidup.
Hamka memilih untuk mengenengahkan sisi manusiawi dalam isu perkahwinan. Dalam kebanyakkan hal, ramai cenderung menggunakan justifikasi agama semata-mata tanpa melihat nilai manusiawi, yang akhirnya menganiaya wanita. Wanita yang dianiaya ini tidak membiarkan nasib nya ditentukan oleh lelaki, tetapi bangun memandang ke hadapan memajukan diri.

#4 – NAMASTE¬†–¬†Siti Noridah

Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan Siti Noridah Ab. Rahman di India pada tahun 2014 dan 2015. Mengembara di India telah mengajar beliau banyak perkara tentang kehidupan secara umumnya. Malah sepanjang tempoh pengembaraan solonya di sana, beliau sering diuji ketahanannya dari segi mental dan juga fizikal. Sebenarnya, bukan perkara yang mudah untuk mengembara seorang diri sebagai seorang wanita di India.

Beliau yang sememangnya gemarkan pengembaraan penuh cabaran, telah menjelajah ke daerah yang berhampiran dengan sempadan Tibet yang memerlukanpermit khas untuk ke sana. Keunikannya budaya, adat resam dan sejarah di India juga adalah sesuatu yang tidak kurang hebatnya.

Semoga kisah pengembaraan beliau menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin mengembara ke India juga suatu hari nanti, khususnya wanita!

#5 – KISAH HIDUPKU –¬†Helen Keller

Helen Keller adalah perempuan yang lahir normal layaknya bayi lainnya. Tiba-tiba penyakit misterius saat ia baru berumur 19 bulan membuatnya buta dan tuli selamanya. Tetapi kondisi itu tidak memupus semangatnya untuk memahami diri dan dunia. Adalah Anne Sullivan, seorang guru yang penuh cinta, datang bak peri pembawa cahaya bagi dunia Helen yang gulita.

Semangat mengatasi halangan sebagai wanita pekak dan buta, amat tinggi. Perlahan-lahan dengan bimbingan gurunya, beliau belajar mengenal huruf, membaca dengan cara istimewa yang digunakan gurunya. Beliau menulis cerita pertama pada usia 12 tahun, hingga berjaya menjadi wanita buta & pekak pertama yang meraih gelar sarjana. Dan ia tak kenal lelah meneruskan perjuangan melawan penindasan atas kaum perempuan dan kaum pekerja, peperangan, dan penjajahan.

Kisah hidup Hellen Keller ini telah menginspirasi puluhan juta orang di dunia. Diterjemahkan ke dalam lebih dari 50 bahasa, memiar ini diakui sebagai salah satu buku paling penting di zaman ini.

#6 –¬†MOGA BONDA DI SAYANG ALLAH -Tere Liye

Gelap, Melati hanya melihat gelap. Hitam. Kosong. Tak ada warna‚Ķ. Senyap! Melati hanya mendengar senyap. Sepi. Sendiri. Tidak ada nada‚Ķ.‚ÄĚ

Melati, gadis kecil yang berusia 6 tahun. Wajahnya lucu, comel, menyenangkan, namun dia buta dan tuli sejak umurnya 3 tahun. Selama 3 tahun itu dunia Melati gelap, kosong, sepi. Dia tidak mempunyai akses mengenal dunia dan seisinya. Rasa ingin tahu yang dipendam bertahun itu akhirnya memuncak, menjadikan Melati kecewa, hampa. Dia menjadi anak yang sukar untuk dikendali. Bonda Melati dan ayahnya sudah kehabisan cara. Mereka hampir putus asa apabila akhirnya harapan itu tiba….

Namun akhirnya, Tuhan menemukan caranya ketika butir-butir hujan menghunjam bumi. Keajaiban itu datang ketika air pancut dan titisan hujan mengalir di sela jemari kecil Melati.

#7 –¬†THE GIRL IN TUNNEL EDISI BM –¬†Mejar M Qayyum & Siti Nur Sakinah

Kembara jiwa dalam misi kemanusiaan telah mencatat satu sejarah yang sungguh mahal buat remaja berusia 16 tahun bersama Nur Sakinah Hanani Bt Mohd Azmi. Beliau telah menyertai misi ke Gaza tetapi terpaksa menghadapi saat getir menyeberang ke sempadan Raddah ke Gaza melalui terowong bawah tanah buatan manusia. Terowong yang menjadi talian hayat buat penduduk Gaza untuk perubatan dan makanan serta menyelamatkan mangsa-mangsa peperangan yang krtikal. Pendedahan eksklusif dari “Tunnel Girl” ini perlu dimiliki dan dibaca oleh remaja sebagai sumber inspirasi dari azam menjadi pejuang agama, bangsa dan negara.
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar”

#8 – BAGAIMANA ANYSS NAIK KE LANGIT –¬†Faisal Tehrani

Bagaimana Anyss Naik ke Langit menceritakan tentang perjuangan wanita yang teguh memperjuangkan nasib golongan tertindas; Prof.Anyss dan pasukannya dalam membela hak hidup orang asli dan nasib gadis-gadis Penan yang diperkosa oleh pembalak di Sarawak.


Tahun dan generasi berganti, nasib orang asli meneruskan hidup mereka dihutan tanpa diganggu pembalak masih tidak banyak berubah. Telah ramai yang mati akibat sakit; tumbuhan & haiwan yang menjadi ubat dan makanan mereka telah mati dan ditebang. Air minuman dan mandian mereka kotor yang dicemari oleh kerja-kerja pembalakan.

Perjuangan Anyss dan sepasukannya adalah perjuangan membela orang kecil yang dianiaya umpama antara kerja kerja Nabi Muhammad yang dahulu, membela nasib orang orang yang dianiaya, mengangkat hak hidup mereka sama rata dengan orang lain. Buku ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya yakin diri, terus bangkit dan berani berhadapan dengan kuasa besar, demi menegakkan keadilan.

 

Setelah habis membaca buku ini saya bertanya kepada diri sendiri;¬†‘Bagaimanakah saya¬†naik¬†ke¬†langit¬†nanti?’

#9 – MY NAME IS HASMAH –¬†Dr Siti Hasmah Ali

Sebagai salah satu daripada doktor wanita Melayu pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di sayangi lapisan generasi rakyat Malaysia. Beliau meninggalkan perkhidmatan ketika suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai hierarki tertinggi dalam politik dan berterusan untuk 22 tahun Beliau adalah isteri Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia. Di peringkat antarabangsa dan tempatan dia kekal sebagai penyokong kuat untuk isu-isu pembangunan kesihatan awam dan usaha memajukan kaum wanita, khususnya diluar bandar.

My Name is Hasmah aadalah kisah seorang wanita yang mempunyai  pelbagai peranan Рdoktor, peguam bela, anak perempuan, kakak, isteri, ibu.

#10 – HALF THE SKY: TURNING OPPRESSION INTO OPPORTUNITY FOR WOMEN WORLDWIDE –¬†Nicholas Kristof

Pengembaraan penulis melalui Afrika dan Asia sanggup diredah untuk mendapatkan kisah¬†wanita luar biasa yang bergelut demi ‘survival’, ada di antara mereka adalah remaja Kemboja dijual sebagai hamba seks dan seorang perempuan Kush yang mengalami kecederaan dahsyat ketika melahirkan anak, akibat disiksa secara fizikal.

Kisah ini juga menunjukkan bagaimana inspirasi, bantuan boleh mengubah kehidupan wanita dan kanak-kanak perempuan ini. Gadis Kemboja yang berjaya melarikan diri dari rumah pelacuran akhirnya kini membina sebuah perniagaan runcit yang berkembang maju yang menyokong keluarganya.

Perempuan Kush yang disiksa, tetap bangkit dan berjaya menjadi seorang pakar bedah. Seorang ibu Zimbabwe, menerima kaunseling untuk kembali ke belajar, akhirnya memperoleh doktor falsafah dan menjadi seorang pakar dalam bidang AIDS.

Melalui cerita-cerita ini, Kristof dan WuDunn menyimpulkan bahawa kunci kepada kemajuan ekonomi dan kestabilan institusi keluarga terletak pada potensi wanita. Di sebahagian besar dunia, sumber ekonomi dieksploitasi oleh penduduk wanita. Negara-negara seperti China telah meraih keuntungan kerana golongan wanita yang paling giat menjana ekonomi keluarga, seterusnya masyarakat dan negara.

Kuasa Membaca 1 Jam 1 Hari!

Membaca adalah tabiat semua orang berjaya, dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Kerap kita melihat figure bisnes, politik, pendidik yang berjaya, kesemuanya cintakan buku dan ilmu. Dalam setahun, pelbagai genre buku yang mereka baca dan tidak terhad kepada dunia mereka semata mata. Contohnya, Barak Obama, semasa menjadi Presiden Amerika Syarikat pernah menyenaraikan senarai buku yang beliau gemari, dan pemilihan genre beliau agak seimbang; ada kedua dua fiksyen dan bukan fiksyen yang merangkumi genre politik, sejarah, kehidupan, feminism, perjuangan orang tertindas, falsafah, psikologi dan lain lain.

Sekiranya seseorang mahu menjadi pakar dalam satu bidang benda boleh memberi perhatian kepada tajuk buku yang spesifik contohnya buku perniagaan, usahawan, kepimpinan skill penulisan, fotografi, memasak atau kraf.

Wan Rafiuddin, figur utama dalam ABS Toys, yang ¬†sekali sekala¬†¬†Edit‚Äėmembedah‚Äô konten buku yang beliau baca (subjek berkaitan bisnes dan kem pimpinan), dan berkongsi rekomendasi, menulis di laman facebook beliau:

 

1. Dalam buku Time Power, Brian Tracy memberi satu tips, iaitu budaya membaca buku 1 jam sehari. Menurut beliau dengan membaca 1 jam sehari, dalam 1 minggu kita sudah mampu menghabiskan sebuah buku. Dalam masa 1 tahun, kita mampu habiskan lebih kurang 50 buah buku.

2. Menurut beliau lagi, jika budaya tersebut di amalkan selama 3 tahun, kita berjaya menghabiskan sehingga 150 buah buku dan mampu menjadi pakar dalam sesuatu bidang.

3. Seandainya seseorang itu membaca buku pengurusan kewangan dan perniagaan, 1 jam sehari. Setelah 3 tahun membaca buku berkualiti dalam bidang tersebut, seseorang itu akan mengalami perubahan yang besar dalam hidup berbanding 3 tahun sebelumnya dan mungkin menceburi bidang perniagaan serta berjaya menambah pendapatan.

4. Kemungkinan lain, seandainya kita membaca buku kepimpinan, pengurusan dan yang berkaitannya menurut disiplin yang sama, tidak mustahil 3 tahun kemudian kita boleh menjadi pemimpin organisasi yang hebat dan mempunyai pengurusan yang lebih baik berbanding organisasi lain.

Selamat membaca! Lakukan lah dari sekarang dan jadi diri anda dengan versi yang lebih baik dan berjaya 3 tahun akan datang!

15 Masalah Hanya Pembaca Buku Tegar Yang Faham

Hampir semua pembaca  dan pencinta buku mempunyai masalah atau situasi yang  sama. 15 situasi ini pasti dihadapi oleh mana mana pembaca buku tegar.  Bila di kenang, kita tersenyum sendirian, kadangkala masalah atau situasi inilah yang mewarnai hidup seorang pencinta buku

 

1. MEMILIH BUKU UNTUK DI BACA SETERUSNYA

Bilangan buku yang banyak dibeli, menyebabkan kita sukar untuk memilih buku apa yang patut dibaca selepas selesai membaca sesebuah buku. senarai buku yang belum dibaca lazimnya dikenali sebagai TBR (To be read). Senarai TBR adalah  buku kesukaan yang masih menunggu untuk dibaca. Oleh kerana banyak buku TBR adalah favorite kita, kadangkala ada 2-3 buku yang dirasakan mahu dibaca pada waktu yang sama. Hmmm nak macam mana satu ya?

2. TERLEPAS STESEN PERHENTIAN BAS/LRT/KERETAPI

Ini adalah perkara yang paling di benci apabila berlaku. Anda mahu turun di LRT Jelatek. Anda masuk dalam LRT dan terus membaca buku kegemaran anda tanpa pedulikan sekeliling. Tapi apabila sedar, dah sampai Stesen LRT Gombak. Terpaksalah cover line, tidak mahu terserlah sangat muka terkejut 😂

3. BUKU KOTOR & COMOT KERANA ANDA MAKAN SAMBIL MEMBACA

Anda ada masalah nak berhenti membaca terutamanya jika cerita tersebut begitu ‘engaging‘. Kalau berhenti membaca, rasa macam dunia pun ikut berhenti. Jadi, waktu makan tengah hari pun masih mahu membaca buku. Kemudian beberapa helaian buku¬† anda, tinggalkan kesan air kopi, krim, sos, sambal atau kicap. 😭

4. TERTINGGAL BUKU APABILA KELUAR RUMAH

Salah satu perkara yang buat pembaca buku gembira ialah apabila membawa buku setiap kali keluar dari rumah. Jadi apabila bosan menunggu kita boleh habiskan masa dengan membaca buku, 1-2 dua helai pun jadilah. Jadi, apabila kita  terlupa bawa buku, rasa mati kutu! Siksa betul apabila tiada buku ditangan ketika perlu menunggu kawan yang datang lambat!

5. MENYUSUN BUKU-BUKU DI RAK

Aktiviti ini boleh jadi satu terapi ataupun menjadi masalah, terutamanya jika kita sukar buat keputusan sama ada nak susun buku mengikut mengikut warna, genre, penulis, atau tarikh penerbitan? Di pautan ini ada diberikan idea bagaimana menyusun buku di rak buku mini library.

6.  KISAH YANG DI BACA MASIH MENGHANTUI FIKIRAN

Susah nak ‘move on‘ untuk meneruskan kehidupan jika kisah dalam buku masih lagi menghantui hidup. Kita masih terbayang bayang kan watak utama, dialog, naratif penulis, dan pengakhiran cerita tidak seperti yang kita mahukan. Contohnya, kisah tulisan Hamka kebanyakannya memberi kesan kepada pembaca (after-effect reading) bila ia berjaya buat anda menangis.

7.  GAGAL TAHAN PERASAAN DARI MENANGIS DI TEMPAT AWAM

Prosa, pemilihan kata-kata atau plot jalan cerita boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata walaupun kita masih belum tahu kesudahan cerita yang di baca. Kisah “Bercakap Dengan Jun” oleh Hasrul Rizwan telah¬† menyebabkan saya menangis dalam monorel 😭😭

8. SENARAI BUKU ‘TBR’¬†SENTIASA BERTAMBAH

Koleksi buku kita sentiasa bertambah, walaupun tiada musim jualan berdiskaun tinggi. Masalah ini buat masa ini, masih tiada solusinya. Meskipun poket koyak (ini satu masalah!), namun pencinta buku tidak pernah serik dan insaf.

9. BILA MEMINJAMKAN BUKU KEPADA KAWAN & KELUARGA

Ada dua implikasi besar apabila kita meminjamkan buku kepada orang yang bukan pencinta buku tegar biarpun mereka kawan baik anda atau ahli keluarga.

Pertama,  buku tersebut hilang.

Kedua, buku tersebut rosak.

10. BILA MAHU BERKEMAS UNTUK BERCUTI

Walaupun seronok dan teruja ingin bercuti, ada satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pencinta buku tegar, iaitu memikirkan buku apa yang patut di bawa dan berapa banyak yang patut di bawa. Dah penat susun atur pakaian dalam beg dengan efisyen, beg jadi berat juga kerana bawa 2-3 buku bersama.

11. SUKAR TIDUR MALAM

Perlu bangun pagi untuk ke pejabat atau kelas, masih tidak cukup menjadi sebab mengapa anda perlu tidur awal jika anda ada buku yang sangat menarik untuk dibaca.

12. MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KELUAR RUMAH ATAU DUDUK DI RUMAH UNTUK MEMBACA

Ini adalah dilema biasa tetapi ia bukanlah keputusan yang sukar dibuat. Sudah tentunya kita akan memilih untuk duduk di rumah untuk membaca buku, apatah lagi makanan semuanya boleh dibeli secara online delivery contohnya menggunakan servis FoodPanda.

13. ADAPTASI FILEM VS. BUKU

Apabila ada telah membaca buku tersebut dan kemudiannya melihat ada kasi filem daripada buku tersebut kita sentiasa merasakan jangan cerita dari buku adalah lebih baik daripada adaptasi filemnya. Tunggu filem adaptasi novel Tombiruo, karya Ramlee Awang Mursyid yang akan diadaptasi kepada filem, dan bandingkan!

14. ¬†BUKU PILIHAN MELEBIHI ‘BUDGET’

Senarai ‘Wishlist‘ memang banyak, tetapi kehendak membeli terbantut kerana bajet tidak mencukupi 😭😂. Satu berita baik untuk semua pembaca (dan pembeli) buku tegar, apabila rebat pengecualian cukai untuk buku telah dinaikkan daripada RM1000 Ke RM2500! (selain buku, juga merangkumi perbelanjaan¬†gaya hidup lain)

15.¬† APABILA ADA SOALAN BEGINI: “BANYAKNYA BUKU, DAH BACA SEMUA KE?”

Soalan ini memang agak meyentap dan paling kerap diterima oleh pencinta buku terutamanya apabila kawan kawan ‘buat lawatan’ ke bilik atau mini library rumah. Bagaimana nak jawab bila dapat soalan begini? Huh!