Belum Terlambat Untuk Perbaiki Diri, Pastikan Anda Cuba Langkah Ini

Semua orang ada peluang dan potensi berjaya. Kami kongsikan 8 langkah berkesan memperbaiki diri yang boleh anda cuba, tanpa mengira usia, latar belakang dan pekerjaan anda.

1. Detox Media Sosial

Tetapkan masa untuk anda putuskan hubungan dengan media sosial dari telefon anda, buat beberapa jam lama sehari. Mulakan dengan langkah mudah, contohnya “berpuasa” media sosial dari jam 8 malam, setiap hari.

2. Keajaiban Meditasi

Bagi orang islam, solat adalah aktiviti meditasi yang berkesan untuk menajamkan skil fokus. Sebagai tambahan, tetapkan beberapa waktu untuk diri anda untuk melakukan refleksi tentang pencapaian dan pengajaran yang anda dapat pada hari tersebut untuk anda lebih maju ke hadapan. Latihan meditasi ini memberi manfaat jangka masa panjang kepada anda – Anda menjadi lebih fokus dan dapat melakukan sesuatu pekerjaan dalam prestasi diri yang optimum.

3. Bacalah!

Jadikan membaca buku sebagai gaya hidup, bukan sekadar hobi. Kurangkan peruntukan masa untuk menonton televisyen semata-mata dan pastikan membaca buku adalah aktiviti yang anda lazimi setiap hari. Sebagaimana makan, minum atau bersukan menjadi gaya hidup anda, begitu juga membaca buku. Terlalu banyak buku yang dapat membantu anda memperbaiki diri secara langsung, seperti: Skil lakukan pembentangan, skil mengurus kewangan, skil lakukan ucapan umum, skil komunikasi dan lain lain. Anda sebenarnya sedang membentuk dan membangunkan diri anda dengan ilmu yang anda dapat dari buku.

4. Pilih dan lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal sememangnya baik untuk perkembangan emosi, fizikal san intelek yang optimum; ini disokong oleh banyak kajian saintifik. Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan personaliti dan minat anda. Bagi saya, saya gemarkan yoga!

5. Mula Urus Kewangan Anda

Langkah pertama mengurus kewangan ialah mula menjejak perbelanjaan anda. Berhenti berbelanja secara boros tanpa keperluan. Walaupun pendapatan anda kecil, pastikan anda simpan sebahagiannya untuk masa hadapan. Your future self will thank you later!

6. Sebarkan Kata-Kata Positif

Letakan jadual berkala atau reminder di telefon bimbit anda untuk bertanya khabar atau menghantar mesej positif dan menggembirakan ahli keluarga dan kawan-kawan. Melabur masa dan usaha untuk menjalin hubungan sosial yang baik dapat membantu anda menjadi seseorang yang gembira, positif dan optimis dengan masa hadapan.

7. Amalkan gaya hidup minimalis

Lihat sekeliling anda, adakah anda banyak menyimpan barang atau perkara yang tidak perlu dan tidak penting? Baju hingga penuh 3-4 almari? Kasut melebihi 30 pasang atau beg hingga penuh ruang di bilik? Lupuskan barang-barang yang tidak membawa sebarang manfaat dalam hidup anda. Cuba hidup dengan perkara asasi dan rasakan keindahan dan kebebasan gaya hidup minimalis ini.

8. Keluarlah mengembara

Jangan duduk di suatu tempat tanpa keluar mencari pengalaman baru. Tidak semestinya perlu keluar negara. Kita boleh rancang untuk mengembara ke negeri-negeri di Malaysia yang belum pernah kita jejaki. Pengembaraan sebegini membuka minda, meluaskan perspektif anda dan menjadikan anda lebih bersifat empati, terbuka, toleran dan memahami.

Untuk Jadi Produktif, Mengapa Perlu Belajar Tangguhkan Kerja Seperti Strategi Ini…

Brian Tracy menulis dalam buku Eat That Frog!, penyakit utama dalam menyiapkan kerja ialah BERTANGGUH-TANGGUH. Dalam buku ini, sebahagian besar teknik di berikan oleh Brian Tracy ialah teknik berkesan mengatasi tabiat buruk SUKA BERTANGGUH. 

Menurut Brian Tracy, analogi menarik dan mudah difahami bagi menerangkan situasi sikap bertangguh ialah umpama "MAKAN KATAK”. Siapa yang sanggup makan seekor katak, jika ada pilihan lain menunggu? Brian Tracy mengulas lanjut…

Katak yang besar dan hodoh adalah analogi kerja yang penting, besar dan mencabar. Sebaliknya, katak yang kecil dan comel, umpama kerja yang mudah dan tidak penting.

Bagaimana elak sikap bertangguh dengan memahami analogi MAKAN KATAK ini?

Begini: Mulakan hari anda dengan melakukan kerja yang paling sukar dan besar

Mengapa? Secara analogi nya Brian Tracy mencadangkan, jika anda ada beberapa pilihan katak untuk dimakan hari tu, makan dahulu katak yang besar dan hodoh, barulah diikuti kata-katak yang lain.

Strategi memulakan hari dengan kerja yang paling penting dan mencabar dapat mengelakkan anda dari bertangguh dari menyelesaikan urusan harian, kerja mahupun tanggungjawab keluarga.

Strategi ini, tidak mudah dilazimi dan ia perlu di latih. Secara lumrah, jika kita ada 5 urusan perlu di selesaikan dalam sehari. Tahap kritikaliti dan keutamaan kerja semuanya tidak sama. Lazimnya kita cenderung memulakan dengan kerja paling mudah dan tidak penting dan mengelak untuk selesaikan kerja sukar dan penting. Akibatnya, masa prima kita hanya digunakan untuk selesaikan kerja remeh, dan kerja penting yang berimpak tinggi masih lagi tertangguh dari satu hari ke hari yang lain.

Cara begini perlu di ubah. Strategi ini menuntut kita untuk latih diri mendahulukan urusan atau kerja yang penting dan belajar bertangguh melakukan kerja-kerja remeh dan tidak penting selepas urusan penting diselesaikan. Dalam bahasa analogi Brian Tracy, makan dahulu katak besar dan hodoh, tangguhkan dahulu untuk makan katak kecil dan comel. Untuk membiasakn diri dalam strategi MAKAN KATAK yang paling HODOH ini, Brian Tracy berkongsi cara praktikal dan terbukti berkesan. 

Bagaimana?

#1 – Senaraikan tugas, tulis di atas kertas: Jadikan ia satu habit dan kelaziman. Jangan biarkan senarai kerja anda terperap di dalam 'kepala' sahaja. Rancang dan tulis semua tugasan anda di kertas atau jurnal harian.. Ini dapat menggerakkan minda separa sedar anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi  implimentasi strategi menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

#2 – Susun semula prioriti: Patut vs. Perlu: Katakan anda ada 10 uruapan, kenal pasti dan susan mengikut prioriti. Amalkan 80/20 rule untuk kemal-asti kerja atau urusan yang memberi nilai tambah tertinggi, paling penting dan yang memberi impak besar .

#3 – Pilih tugas yang paling penting: Setelah anda menyenaraikan, meyusun tugas penting, separa pentinf dan kurang penting, pilih satu tugas paling kritikal untuk anda lakukan pada hari tersebut. Tugas yang anda pilih ini mestilah kritikal dan memberi impak samada jika anda selesaikan atau impak jika tidak diselesaikan.

#4 – Cipta zon senyap: Putuskan hubungan anda dengan email, media sosial, internet dan ada sahaja yang boleh mengganggu fokus anda.

#5 – Ruang kerja yang kemas: Ruang kerja yang kemas dan teratur dapat menjadikan minda anda lapang , kurang gangguan dari perkara tidak perlu dan memberi suasana kondusif untuk terus melakukan kerja.

#6 – Bahagikan tugas besar kepada kumpulan kecil & tetapkan blok masa: Jika anda menetapkan 3 jam untuk selesaikan sesuatu tugas,anda boleh bahagikan blok masa kepada setiap 30 minit (6 blok masa)  atau 1 jam (3 blok masa). Cara ini lebih efisien untuk anda pastikan tiada aspek kerja yang tertinggal dari diselesaikan.

#7 – Displin: Bukan mudah mahu displin untuk terus 'MAKAN KATAK yang paling hodoh dan besar setiap hari, setiap pagi'. Ia memerlukan semangat dna keinginan willpower yang tinggi. Namun, jika urusan penting, sukar dan bear dilakukan dahulu, semangat kita masih belum terhakis dek gangguan sekeliling.

#8 – Konsisten selama 21 hari: Konsistensi adalah kunci utama dalam membentuk mana-mana habit. Cuba lakukan cara praktikal anjuran Brian Tracy dalam buku Eat That Frog! ini dan anda dapat rasaran tapa produktiviti dan efisiensi dalam lakukan kerja anda bertambah.

Apakah Eat That Frog! berbaloi untuk di baca?

Sudah pasti! Terutamanya jika anda Jika anda mendapati masalah bertangguh kerja sukar di atasi dan memberi impak kepada kualiti kerja dan hidup. Eat That Frog! menawarkan koleksi ringkas, mudah faham dan mudah amal untuk di cuba. Sebab-sebab bertangguh kerja bagi setiap orang adalah berbeza, taktik Tracy adalah agak pelbagai dan menyeluruh boleh menjadi rujukan yang fleksibel untuk pembaca, samada untuk diaplikasi kan di lapangan kerja, pelajaran mahupun tugasan keluarga.

Highly recommended!