Cipta Masa Depan Cerah Dengan 8 Habit Ini

Perbezaan besar antara orang kaya dan berjaya terutamanya self made millionaires, dengan orang kebanyakkan bukanlah semata-mata jumlah harta. Perbezaan terbesar antara dua golongan ini adalah tabiat atau tingkahlaku, cara fikir, cara menyelesaikan masalah dan matlamat hidup.

Boleh di rumuskan, orang yang kaya dan berjaya mempunyai rutin sebegini:

#1 –  Sentiasa Membuat To-Do-List.

Tidak membiarkan masa berlalu sia-sia, mereka merancang seluruh aktiviti mereka dengan senarai kerja yang mahu disiapkan utk hari tertentu, dalam minggu atau bulan tertentu. Bermula dengan rancangan tahunan, seterusnya bulanan, mingguan, harian dan aktiviti setiap jam.  Elon Musk, bila di tanya bagaimana beliau merancang aktivitinya,  beliau berkata aktiviti harian dirancang dengan to-do-list dan dipecahkan mengikut jam, dalam sehari.

#2 –  Bangun Awal.

Bangun 2-3 jam sebelum mula bekerja (contohnya jam 5 pagi). Mereka menggunakan masa ini untuk merancang aktiviti harian, menyediakan persiapan kerja, dan menentukan objektif yang spesifik untuk dicapai pada hari itu.

#3 – Membudayakan Ilmu

Tanpa jemu, mereka sentiasa mendapatkan ilmu pelbagai bidang, samada mendengar bahan ilmiah berbentuk audio ketika dalam perjalanan. Tak kira samada ia adalah lecture talk, audio books, mereka yang berjaya jarang sia-siakan masa tanpa aktiviti bermanfaat. Ada banyak pilihan untuk ini, contohnya podcast TED Talk, BBC Podcast, Bayyinah TV dan Audible (Aplikasi untuk buku audio).

#4 – Jalin Hubungan Sosial Dengan Masyarakat

Jarang kita lihat orang yang berjaya hanya duduk terperap di rumah. Meskipun seorang introvert, orang yang berjaya dan kaya lazimnya melibatkan diri dengan persatuan, kumpulan tertentu yang sesuai dengan minat. Mereka lazimnya menetapkan beberapa jam, contohnya 5-7 jam setiap bulan untuk aktiviti sosial, persatuan atau komuniti. Melalui cara ini, mereka dapat menambah kenalan, selain menghubungkan mereka dengan jaringan berbakat dan enthusiasts dalam sesuatu bidang. Mereka menggunakan sesi minum kopi yang santai dengan usahawan atau individu yang memberi nilai tambah kepada mereka.

#5 –  Tetapkan Masa Untuk Membaca.

Menghabiskan masa 1 jam setiap hari untuk membaca bahan ilmiah. Ada kami sebutkan tentang manfaat kuasa 1 jam 1 hari di sini. Fokus dengan apa matlamat penambahbaikan diri yang ingin anda capai, cari bahan ilmiah atau buku yang dapat membantu, dan fokus membaca dan mempraktikkan ilmu selama 1 jam 1  hari. Selepas seawal 3 bulan, anda pasti rasa perbezaan diri anda yang baru! Jika anda mahu asah skil menguruskan masa dan produktiviti, buku-buku International Bestsellers terjemahan dari Bahasa Inggeris seperti ini adalah pilihan yang baik.

#6 – Latih Diri Membentuk Habit Positif.

Samada mahukan cara hidup sihat, membina displin, mengasah skil tertentu, mereka yang berjaya, sentiasa mahu melatih diri membentuk habit positif. Benarlah, mereka yang berjaya sebenarnya tidak berjaya dengan sendirinya. Tabiat baik tidak berlaku dengan tiba-tiba. Ia perlukan latihan. Mereka melatih diri untuk mengamalkan tabiat dan minda positif sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka berjaya dan menjadi jutawan.

#7 –  Tidak Habiskan Masa Menonton TV.

Anda pernah lihat iklan kereta Bentley, Porche, atau Jaguar keluar di kaca TV setiap malam (waktu prima)? TIDAK PERNAH, bukan? Kerana marketing strategists Jaguar tahu, kumpulan sasaran mereka tidak menghabiskan masa menonton TV! Kumpulan sasaran mereka; golongan berjaya dan kaya yang sentiasa produktif dengan urusan yang bermanfaat dan memberi impak. Hampir semua mereka yang berjaya tidak menonton TV,  atau hanya menonton TV kurang daripada 1 jam setiap hari. Selain daripada membuang masa, menonton TV tidak dapat menambah nilai maksima berbanding membaca buku ataupun mendengar bahan ilmiah. Jadi, hadkan masa menonton TV dalam bentuk jam, setiap minggu. Contohnya: Tonton TV hanya 3 jam seminggu.

#8 – Menyediakan Vision Board Matlamat Hidup.

Kuasa visualisasi tidak boleh dinafikan. Jangan biarkan impian anda hanya terpendam di dalam minda tanpa diterjemahkan dalam bentuk visual. Sediakan matlamat anda dan pastikan anda letak di tempat yang boleh dilihat setiap hari. Visual boleh menggerakkan kuasa separuh sedar anda untuk berusaha mencapai matlamat yang ada tetapkan.

Untuk Jadi Produktif, Mengapa Perlu Belajar Tangguhkan Kerja Seperti Strategi Ini…

 

Brian Tracy menulis dalam buku Eat That Frog!, penyakit utama dalam menyiapkan kerja ialah BERTANGGUH-TANGGUH. Dalam buku ini, sebahagian besar teknik di berikan oleh Brian Tracy ialah teknik berkesan mengatasi tabiat buruk SUKA BERTANGGUH.

Menurut Brian Tracy, analogi menarik dan mudah difahami bagi menerangkan situasi sikap bertangguh ialah umpama “MAKAN KATAK”. Siapa yang sanggup makan seekor katak, jika ada pilihan lain menunggu? Brian Tracy mengulas lanjut…

Katak yang besar dan hodoh adalah analogi kerja yang penting, besar dan mencabar. Sebaliknya, katak yang kecil dan comel, umpama kerja yang mudah dan tidak penting.

Bagaimana elak sikap bertangguh dengan memahami analogi MAKAN KATAK ini? Begini:

Mulakan hari anda dengan melakukan kerja yang paling sukar dan besar

Mengapa?

Secara analogi nya Brian Tracy mencadangkan, jika anda ada beberapa pilihan katak untuk dimakan hari tu, makan dahulu katak yang besar dan hodoh, barulah diikuti kata-katak yang lain. Strategi memulakan hari dengan kerja yang paling penting dan mencabar dapat mengelakkan anda dari bertangguh dari menyelesaikan urusan harian, kerja mahupun tanggungjawab keluarga.

Strategi ini, tidak mudah dilazimi dan ia perlu di latih. Secara lumrah, jika kita ada 5 urusan perlu di selesaikan dalam sehari. Tahap kritikaliti dan keutamaan kerja semuanya tidak sama. Lazimnya kita cenderung memulakan dengan kerja paling mudah dan tidak penting dan mengelak untuk selesaikan kerja sukar dan penting. Akibatnya, masa prima kita hanya digunakan untuk selesaikan kerja remeh, dan kerja penting yang berimpak tinggi masih lagi tertangguh dari satu hari ke hari yang lain.

Cara begini perlu di ubah. Strategi ini menuntut kita untuk latih diri mendahulukan urusan atau kerja yang penting dan belajar bertangguh melakukan kerja-kerja remeh dan tidak penting selepas urusan penting diselesaikan. Dalam bahasa analogi Brian Tracy, makan dahulu katak besar dan hodoh, tangguhkan dahulu untuk makan katak kecil dan comel.

Untuk membiasakn diri dalam strategi MAKAN KATAK yang paling HODOH ini, Brian Tracy berkongsi cara praktikal dan terbukti berkesan.

Bagaimana?

  1. Senaraikan tugas, tulis di atas kertas.

    Jadikan ia satu habit dan kelaziman. Jangan biarkan senarai kerja anda terperap di dalam ‘kepala’ sahaja. Rancang dan tulis semua tugasan anda di kertas atau jurnal harian.. Ini dapat menggerakkan minda separa sedar anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi  implimentasi strategi menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

  2. Susun semula prioriti: Patut vs. Perlu.

    Katakan anda ada 10 uruapan, kenal pasti dan susan mengikut prioriti. Amalkan 80/20 rule untuk kemal-asti kerja atau urusan yang memberi nilai tambah tertinggi, paling penting dan yang memberi impak besar .

  3. Pilih tugas yang paling penting.

    Setelah anda menyenaraikan, meyusun tugas penting, separa pentinf dan kurang penting, pilih satu tugas paling kritikal untuk anda lakukan pada hari tersebut. Tugas yang anda pilih ini mestilah kritikal dan memberi impak samada jika anda selesaikan atau impak jika tidak diselesaikan.

  4. Cipta zon senyap. 

    Putuskan hubungan anda dengan email, media sosial, internet dan ada sahaja yang boleh mengganggu fokus anda.

  5. Ruang kerja yang kemas.

     Ruang kerja yang kemas dan teratur dapat menjadikan minda anda lapang , kurang gangguan dari perkara tidak perlu dan memberi suasana kondusif untuk terus melakukan kerja.

  6. Bahagikan tugas besar kepada kumpulan kecil & tetapkan blok masa.

    Jika anda menetapkan 3 jam untuk selesaikan sesuatu tugas,anda boleh bahagikan blok masa kepada setiap 30 minit (6 blok masa)  atau 1 jam (3 blok masa). Cara ini lebih efisien untuk anda pastikan tiada aspek kerja yang tertinggal dari diselesaikan.

  7. Displin.

    Bukan mudah mahu displin untuk terus ‘MAKAN KATAK yang paling hodoh dan besar setiap hari, setiap pagi’. Ia memerlukan semangat dna keinginan willpower yang tinggi. Namun, jika urusan penting, sukar dan bear dilakukan dahulu, semangat kita masih belum terhakis dek gangguan sekeliling.

  8. Konsisten selama 21 hari

    Konsistensi adalah kunci utama dalam membentuk mana-mana habit. Cuba lakukan cara praktikal anjuran Brian Tracy dalam buku Eat That Frog! ini dan anda dapat rasaran tapa produktiviti dan efisiensi dalam lakukan kerja anda bertambah.

Apakah Eat That Frog! berbaloi untuk di baca?

Sudah pasti! Terutamanya jika anda Jika anda mendapati masalah bertangguh kerja sukar di atasi dan memberi impak kepada kualiti kerja dan hidup. Eat That Frog! menawarkan koleksi ringkas, mudah faham dan mudah amal untuk di cuba. Sebab-sebab bertangguh kerja bagi setiap orang adalah berbeza, taktik Tracy adalah agak pelbagai dan menyeluruh boleh menjadi rujukan yang fleksibel untuk pembaca, samada untuk diaplikasi kan di lapangan kerja, pelajaran mahupun tugasan keluarga.

Highly recommended!

8 Perkara yang Mesti Anda Buat Ketika Umur 20an

#1 – MENGEMBARA SOLO ATAU DUO.

Masa mengembara secara solo ini boleh digunakan meneliti semula tujuan, matlamat, dan impian hidup. Anda boleh memikirkan apakah perkara-perkara baru yang iungin anda cuba atau teroka, merasai budaya yang berbeza, belajar bahasa baru dan berjumpa dengan orang yang berbeza. Kembara sebegini memberi banyak peluang untuk anda, dan ruang untuk penambahbaikan agneda membangunkan pencapaian peribadi. Mengembara  bersendirian akan mengajar anda bagaimana bebas dan yakin diri d membuat keputusan.

#2 – ‘CARILAH’ DIRI ANDA.

Kerap kali kita meletakkan prioriti masa kita untuk memenuhi tuntutan orang lain, contohnya tanggungjawab kepada keluarga, majikan, ibubapa rakan dan lain lain. Masa pula seolah berjalan dengan laju, jika kita tidak berhenti dan tentukan masa untuk ‘mencari’ diri sendiri, kita hanya akan gunakan masa untuk orang lain, dan bukan diri sendiri. Cipta masa tertentu dimana anda memutuskan diri anda dari komitmen luar, untuk berikan fokus kepada diri sendiri. Contohnya, dalam masa 7 hari, tetapkan 1 kali untuk menilai objektif, agenda, impian yang anda mahukan untuk diri sendiri. Umur 20-an adalah masa terbaik untuk behenti dan berfikir sejenak ke mana arah hidup, apa impian yang ingin dicapai. Tanpa menentukan destinasi impian yang penting untuk diri sendiri, kita akan menjalani hidup mengikut ‘flow’, tanpa tujuan jelas. Apa yang anda perlu tentukan dan fikirkan?

Apa impian hidup anda?

Apa  perkara-perkara yang membuat anda berasa gembira?

Apa kekuatan diri anda? Bagaimana nak pertajamkan lagi kekuatan yangs edia ada.

Apa kekurangan diri yang perlu diperbaiki? Jangan pernah puas dengan prestasi serdahana atau ala kadar, kita menjadi versi diri yang terbaik.

#3 – AKRAB DENGAN BUKU

Buku adalah sumber utama dalam mendapatkan ilmu dan skil baru. Umur 20-an adalah peluang dan masa terbaik untuk anda menetapkan skil baru yang anda perlu asah dan ilmu terbaru yang perlu anda dapatkan, terutamanya jika anda baru saja bergelar graduan dan mahu melangkah ke alam pekerjaan. Skil yang banyak di kongsi melalui buku, adalah seperti mengurus kewangan, masa, memperbaiki produktiviti, presentation skills, menulis, skil mengurus dan melaksana projek, dan pelbagai lagi skill penting.

#4 – BUANG NEGATIVITY

Amat penting untuk anda memilih dan bersama dengan orang-orang yang positif dalam hidup anda. Bergaul dengan orang yang anda contohi, hormati  dan mahu berjaya seperti mereka. Anda tidak perlu meniru mereka sepenuhnya; tetapi yang penting ialah anda belajar daripada mereka. Orang yang berjaya dan positif akan memberi motivasi kepada anda dan mengingatkan anda bahawa anda berada di landasan yang betul. Mewujudkan persekitaran yang positif di sekeliling anda menarik kejayaan dan ia membuatkan perspektif anda terhadap hidup lebih jelas. Jadi tidak pernah membazirkan ruang dalam kehidupan anda untuk anasir atau ‘vibe’ negatif.

#5 – JANGAN TAKUT AMBIL RISIKO

Jika anda bosan dengan situasi anda berada sekarang, ini adalah masa yang tepat untuk nilai semula keadaan anda. Belajar untuk menimbang pro & con (kebaikan dan risiko) perkara yang berlaku di sekeliling anda. Kejarlah apa yang membuat anda bahagia. Berani untuk berhenti dan memulakan sesuatu semula.

#6 – IMBANGKAN KEHIDUPAN PERIBADI DAN PROFESIONAL

Amat penting untuk kita menguasai skil pengurusan masa. Mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga anda dan masa untuk belajar skil baru untuk membangunkan prestasi diri anda. Bagaimana anda persiapkan diri dengan skil baru, boleh dipelajari dari lelaki ini.

#7 – LAZIMI UCAPAN “TERIMA KASIH”

Berikan ucapan ini kepada mereka yang melakukan sesuatu atau berkorban untuk anda. Ibu bapa, kawan-kawan, guru, rakan sepejabat, majikan, pekerja, pelajar, pekerja sokongan dan pelbagai lagi golongan yang mungkin memberi manfaat dan mengajarkan anda ‘sesuatu’. 

#8 – BERHENTI MERUNGUT & BERI ALASAN

Jangan berfikir tentang perkara yang anda tidak boleh berubah. Tumpukan perhatian anda pada perkara yang anda boleh lakukan. Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda telah mencapai kejayaan kejayaan kecil. Dalam usaha untuk menjadi berjaya, anda mesti menerima dan ‘adapt‘ kepada perubahan dan tidak hanya merungut dan memberikan alasan. Dr Spencer Johnson menggambarkan dengan baik tentang skil menerima perubahan, dalam kisah tikus dan keju ini.

 

Apa Buku Yang Perlu Saya Baca Untuk Kaya & Berjaya? (Bukan Buku Kewangan!)

Untuk menjadi lebih bijak mengurus kewangan, seterusnya berjaya mengembangkan harta, rata-rata orang akan mengesyorkan Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki), The Intelligent Investor dan mana-mana buku mengenai Warren Buffet, Azizi Ali dan pelabur lain.

 

Semua rekomendasi ini adalah cadangan semua baik, sememangnya buku-buku seperti ini amat penting untuk anda menambah ilmi pengurusan wang termasuk hutang dan harta. Tetapi …

 

…anda tidak akan berjaya mengembangkan portfolio kewangan atau meningkatkan kekayaan anda sehingga anda betul betul berjaya membangunkan diri sendiri.

 

Sifat seperti disiplin, attitude yang positifkeyakinan diri, bijak mengurus masa, bijak menyusun prioriti, mengetahui bagaimana untuk bercakap dengan baik, mengetahui bagaimana untuk berhubung dengan orang lain, adalah sifat dan skill yang dimiliki oleh orang kaya, dan inilah yang anda perlu belajar dan bentuk dalam diri anda.

 

Untuk mencapai objektif ini, anda PERLU membaca semua buku-buku Dale Carnegie. Buku-buku Dale Carnegie ini telah membantu jutaan pembaca sejak puluhan tahun yang lalu, dan ia kekal penting dan relevant terutamanya di alaf 21.

1. Mulakan dengan ‘HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE”

2. Kemudian, baca “THE QUICK AND EASY WAY TO EFFECTIVE SPEAKING”

3. Dan kemudian, “HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING”

Sebenarnya, Dale Carnegie mempunyai banyak lagi buku yang mencapai tahap international bestseller, seperti “The Leader In You”.

Pengarang seterusnya anda perlu baca ialah Napoleon Hill.

4. Pertama, baca ‘THINK AND GROW RICH”

5. Kemudian, baca ‘OUTWITTING THE DEVILS”

Kebanyakan orang percaya bahawa membaca dan belajar tentang beberapa strategi pelaburan akan membuka jalan untuk mereka menjadi kaya dan berjaya. Walaupun ada kebenarannya, tetapi ia tidaklah sama penting dengan skil membina diri. Sebelum melabur dengan duit anda, laburlah pada diri sendiri, dengan mendapatkan ilmu pembinaan karakter, attitude yang baik.

Tiada kunci ajaib yang dapat membuka kekayaan.

Yang ada hanyalah mindset, tindakan, attitude, sikap yang membawa diri kita kepada kekayaan dan kejayaan.

Semua orang-orang kaya mempunyai lebih daripada skil mengurus kewangan semata-mata.

Mereka telah pertama menguasai diri mereka sendiri dan memastikan mereka yang mempengaruhi persekitaran mereka.

Artikel ini di terjemah dan di olah dari penulis asal, Cody-Shirk.

10 Buku Wajib Di Baca Oleh Setiap Eksekutif Dunia Korporat

INSPIRASI BOLEH BUAT ANDA PERGI JAUH

Apabila kita menamatkan pelajaran di universiti dan langkah seterusnya dalam hidup anda adalah fasa yang amat penting. Bagaimana anda melakukan anjakan dalam minda, tingkahlaku bermula saat itu, menentukan masa hadapan anda seterusnya. Tak kira anda adalah pelajar terbaik di sekolah ataupun universiti, memulakan hidup sendiri pada fasa ini adalah satu perjuangan yang bermula dari bawah.

Proses pembelajaran berterusan, pembentukan tingkahlaku dan habit yang bermula ketika umur awal 20 -30 tahun adalah amat penting. Ia bakal mencorak bagaimana kehidupan anda puluhan tahun mendatang.  Pernah dengar quotes ini?

“Do something today that your future self will thank you for”

Belajar dari pengalaman orang yang pernah melalui zaman susah payah ini hingga berjaya, adalah satu tindakan bijak. Banyak tokoh perniagaan, usahawan, motivator membukukan pengalaman hidup mereka; seperti Robert Kiyosaki, Richard Branson, Brian Tracy, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Lim Goh Tong dan lain-lain.

Jadi, kami senaraikan 10 buku bertaraf ‘international bestseller” yang ditulis oleh mereka yang melalui pengalaman hidup dari bawah hingga ke tangga korporat, dan berjaya dalam bidang masing masing. Seperti ribuan pembaca lain, kami pasti buku-buku ini dapat bantu anda memulakan kehidupan anda dan kerjaya anda.

#1 : Eat That Frog – Brian Tracy (Edisi BM)

2016_1_Eat_That_Frog__BM_rm15Produktiviti adalah segala galanya. Individu yang berjaya memastikan dirinya sentiasa bermanfaat. Dalam masa yang tertentu, orang yang produktif dapat menyelesaikan banyak urusan. Rakyat malaysia mahukan waktu kerja 6 jam sehari seperti mana warga sweeden. Untuk situasi itu menjadi kenyataan, skill meningkatkan produktiviti perlu diperolehi. Buku ini membawakan tips dan tricks untuk meningkatkan produktiviti individu, mengubah mind set bahawa anda perlu masa yang banyak untuk menyelesaikan sesuatu tugas, cara terbaik menyusun prioriti dalam tugasan, dan cara menghapuskan ‘procrastination’ dalam tugasan anda.

#2 : Rich Dad Poor Dad Increase Your Financial Intelligence (Edisi BM)

2016_1_Increase_Your_Financial_IQ-rm30No Debt, No Cry’, barangkali ini adalah quote yang sesuai untuk menggambarkan situasi ramai rakyat malaysia, tertutamanya yang baru memulakan fasa hidup berkerja dan berkeluarga. Individu yang mampu menjalankan tugas kerja dengan cemerlang dan berkesan, lazimnya mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Jadi, nulakan perubahan dalam diri anda, dengan mendapatkan ilmu pengurusan kewangan dan hutang yang berkesan. Hidup anda aman tanpa masalah kewangan dan ia membantu anda fokus dalam kerjaya anda.

#3 : Think and Grow Rich – Napoleon Hill (Edisi BM)

Think_And_Grow_Rich-RM29.90Jika anda sudah memulakan kerjaya anda di sektor korporate, servis, perniagaan, anda pasti sedar bahawa kemahiran interpersonal  & skil pengurusan emosi adalah sama pentingnya dengan kemahiran teknikal yang lain yang mereka disenaraikan di resume anda.

Buku ini menekankan tentang menerangkan satu pelajaran yang dipelajari penulis untuk  bangkit dari kemiskinan ke puncak kekayaan, dan sesiapa sahaja boleh berjaya. Dengan kombinasi pelbagai skil, seseorang yang mungkin di anggap ‘average’ boleh mengeluarkan potensi diri nya untuk berjaya. Buku klasik terbitan tahun 1937 ini menjadi salah satu buku utama dalam genre ‘business’, ‘management’ dan ‘self help’.

#4 : How To Win Friends and Influence People – Dale Carnegie (Edisi BM)

HOW_TO_WIN_FRIENDS_AND_INFLUENCE_PEOPLE_RM28Keyakinan diri yang tinggi, skil interpersonal, kebolehan menyampaikan mesej dengan baik dan mempengaruhi audiens adalah paket terbaik yang boleh dipunyai oleh seseorang. Buku yang ditulis oleh guru psikologi & ‘presentation skil’ ini menulis tentang psikologi interaksi dan pergaulan seharian dan bagaimana memahami attitude orang sekeliling untuk menyampaikan mesej dengan baik & sekaligus mempengaruhi audiens.

Buku ini juga berkongsi bagaimana untuk mengatasi konflik dan membina hubungan yang baik dengan orang sekeliling, rakan sepejabat, ‘managers’ dan ‘team members’. Bacaan ini pasti membuka perspektif baru kepada anda  dan seterusnya membantu anda meningkatkan prestasi kerja anda.

#5 : Start Where You Are – Chris Gardner (Edisi BM)

START-WHERE-YOU-ARE-RM35Sejak Chris Gardner melakukan transformasi daripada menjadi bapa tunggal yang hidup merempat di jalanan kepada jutawan, diabadikan dalam buku bestseller Nombor #1 New York Times yang berjudul The Pursuit of Happyness yang kemudiannya difilemkan dengan menggunakan judul yang sama, beliau dibanjiri dengan dua soalan. “Bagaimana kamu melakukannya?” dan “Bagaimana saya boleh melakukannya juga?”. Start Where You Areadalah jawapan Chris Gardner kepada dua soalan di atas. Dengan memfokuskan kepada isu sebenar yang memberi kesan kepada individu daripada pelbagai latar belakang, beliau sudah menyediakan peta menuju kejayaan. Buku ini menyertakan 44 pengajaran hidup yang menunjukkan kepada kita bagaimana menggunakan sumber yang tidak terbatas yang wujud dalam diri kita supaya bergerak ke satu arah, iaitu melangkah ke hadapan.

#6 : Speak To Win – Brian Tracy (Edisi BM)

Speak-to-Win-rm20Orang berjaya tahu apabila bijak berkomunikasi dapat membantu kita meraih penghormatan, menjadi aset berharga syarikat, mendapat bisnes baru, dan membantu mendapat perhatian orang berpengaruh yang boleh membuka pintu penting kepada kehidupan dan kerjaya. Selain daripada itu, keupayaan berucap dengan yakin kepada sebarang saiz ataupun jenis audiens adalah kunci utama bagi mendaki tangga profesional.

Di dalam Speak to Win, beliau mendedahkan teknik yang boleh digunakan bagi membentang dengan penuh mantap dan bercakap penuh persuasif. Buku ini juga mengajar bagaimana tampil yakin, positif, dan tenang walau siapa pun audiens. Bagaimana seorang pembentang yang hebat menggunakan bahasa badan, props, dan teknik vokal supaya audiens tertarik, mengurus audiens yang skeptikal dan menguasai skil menukar minda audiens mengenai subjek yang kritikal demi kejayaan anda.

#7: Predictable Results in Unpredictable Times – Stephen R Covey & Bob Whitman (Edisi BM)

2016_1_predictable results in unpredictable times_RM23Bagaimanakah anda dan organisasi dapat kekal sukses setiap saat? Tahun 2016 menyaksikan banyak syarikat gergasi dunia tersungkur. Berjuta-juta pekerjaan lenyap. Ekonomi baru yang luas tiba-tiba muncul dengan sekelip mata. Pasaran kerjaya dan perniagaan amat kompetetif. Bagaimana untuk pastikan anda sentiasa di hadapan dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju anda? Buku ini ada jawapannya!

#8: The 7 Habits of Highly Effective People – Stephen R Covey (Edisi BM)

The 7 Habits of Highly Effective People-rm29Sebagai individu dewasa yang bertanggungjawab mementukan hala tutu sendiri, amat penting untuk seseorang menyedari bahawa hidup ini bukan sekadar berlaku secara kebetulan. Secara sedar ataupun tidak, jalan hidup kita ini sebenarnya diatur oleh kita sendiri. Kita memilih untuk gembira, bertegas mahupun bertahan. Kita jugalah yang memilih untuk gagal, takut, dan bersedih. Pilihan di tangan kita. Masalah kita adalah apabila kita silap membuat pilihan, kita berputus asa dan memilih untuk membiarkan kesilapan itu mencorak masa depan kita. Membentuk sikap dan kelakuan yang efektif penting menentukan kejayaan seseorang individu, samada anda seorang pekerja, ibu bapa, guru, serta pelajar.

Buku ini menggariskan huraian praktikal yang baik bagi 7 tabiat efektif, iaitu; Sikap Pro-aktif, Mulakan Dengan Matlamat di Minda, Utamakan Perkara Penting Dahulu, Fikirkan Menang-Menang, Usaha untuk Memahami Dahulu, Kemudian untuk Difahami, Hubungan Sinergi. Semua skil ini adalah diperlukan untuk membentuk sikap dan minset anda untuk terus maju dalam kerjaya, bukan?

#9: Who Moved My Cheese – Dr Spencer Johnson (Edisi BM)

Who_Moved_My_Cheese_rm29Tahun 2016 ini, bank situasi berubah. Suasana kerjaya, pasaran adalah lebih kompetetif. Bagaimana kita memperbaiki skil kita agar sentiasa dapat memenuhi kehendak peserkitaran. Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih untuk berubah, kita menjadi berkuasa. Kita mempunyai kuasa untuk menentukan matlamat hidup dan mencapai impian kita. Dalam alam dunia yang sentiasa berubah ini, pasti ada kelebihannya apabila kita belajar beradaptasi dan sedia menikmati perkara yang lebih baik.

Who Moved My Cheese? ditulis dengan genre metafora, iaitu cerita mudah difahami, tentang misteri kehilangan keju dalam dunia tikus. Mulakan perubahan dengan membaca buku ini, Who Moved My Cheese? Ceritanya mudah difahami, namun impaknya sangat berkuasa. Berubahlah sebelum terlambat dan jangan terperangkap dalam zon selesa, kerana dunia di sekitar anda sentiasa berubah!

#10: Awaken the Giant Within  – Tony Robins (Edisi BM)

Awaken_Giant_Within_rm35Menerusi buku Awaken the Giant Within, Anthony Robbins akan membantu kita mengejutkan kuasa hebat yang selama ini tidur dalam diri kita. Dengan mengamalkan prinsip asas dalam penguasaan diri, kita semua dapat memacu dan membentuk masa hadapan yang kita impikan, sebagai individu yang akan menentukan masa depan sendiri dan keluarga. Dari sekecil kecil aspek seperti mengenali kekuatan dan kelemahan diri, sehingga bagaimana membuat keputusan yang memberi kuasa dalam hidup, kesemuanya ada dihuraikan dalam buku ini. Masih belum terlambat untuk mengeluarkan potensi sebenar hidup anda. Hidup ini terlalu pendek untuk sesuatu yang hambar, rutin dan membosankan!

Kebanyakkan buku buku ini adalah bertaraf international bestseller, yang telah diterjemah ke Bahasa Malaysia, untuk manfaat lebih ramai masyarakat massa tempatan. Jika anda perlukan sinopsis, reviu ataupun rekomendasi buku sebagai bahan bacaan dan rujukan, kami sedia membantu! 🙂