Lakukan Ini Ketika Bacakan Buku Untuk Anak Anda

 

Setelah anda mengaplikasi tips praktikal; 9 Cara Membacakan Anak Buku Cerita, ada satu lagi aspek paling penting yang wajib ibubapa lakukan, iaitu;Mengulang –ulang baca buku cerita yang sama dengan cara berbeza.  Membaca buku cerita yang sama beberapa kali, boleh menyebabkan anak rasa selesa.

Benarkah? Apakah manfaat membacakan buku cerita kepada anak berulang kali? Anak anak mudah rasa selesa dengan cerita dan situasi yang mereka 'familiar'.

Cerita yang sudah dikenal dan mudah di agak jalan ceritanya membuat anak merasa yakin dan selesa. Jika dibacakan sebelum tidur, tentu rasa selesa ini sangat membantu untuk menidurkan anak.

Yang paling penting, anda anda bakal mendapat 3 manfaat besar, yang paling penting dalam proses mendapatkan ilmu :)

baca-anak

Kredit gambar: https://goo.gl/77ma7D

#1 – Anak Mampu Menambah Kosakata (Vocab) baru.

Anak-anak lebih mudah mengingat kosakata baru dalam cerita sama yang didengar berulang-ulang daripada mendengar kosakata yang sama dalam cerita yang berbeza.

Ketika pertama kali mendengar sebuah cerita, barangkali anak akan cuba memahami jalan cerita.  Mungkin ketika pertama kali mendengar, anak kita akan mengetahui secara kasar jalan ceritanya. Kali kedua, ia mulai memperhatikan butiran lain, seperti latar belakang, watak utama, watak sampingan dan lain lain.

Dengan bercerita kisah yang sama berulang kali (di waktu berbeza), anak-anak memahami kosakata baru dalam konteks yang sama. Membaca cerita berulang-ulang membantu mereka berlatih mengaplikasi kosakata yang di pelajari.

#2 – Anak Belajar Berfikir Logik.

Selalunya, anak-anak tidak terus faham seluruh jalan cerita semasa pertama kali mendengarnya. Tetapi ketika mendengar cerita yang sama berulang-ulang, anak  mulai memahami struktur, pola, urutan, watak dan logik jalan ceritanya. 

Mereka akan mula faham peranan watak watak yang wujud daam certa dan juga kaitan antara sebab-akibat. Ini bakal membantu bubapa menyeltkan nasihat, dan pengajaran yang boleh diaplikasi d dunia sebenar.

#3 - Anak Melatih Daya Imaginasi

Ketika saya membacakan cerita "Misteri Makhluk Aneh", yang merupakan kisah hidupan marin, dan kisah "Cimut", tentang kisah komuniti semut, saya lihat anak saudara saya, Udin memberikan pandangan jauh, diselang seli dengan banyak soalan seperti "Batu karang tu haiwan ke tumbuhan?", "Kuda Laut tu apa?", "Bagaimana semut boleh tahu jalan balik rumah?"

Selain belajar kosakata baru, buku cerita dapat membuka 'dunia baru' kepada anak anak kita, dan ia baik untuk melatih daya imaginasi. Apabila cerita yang sama diulang baca, kita boleh mencuba cara (style) dan dialog berbeza dan ini memberi ruang anak kita berimaginasi sesuatu situasi berulang kali. Ia akan mencambahkan lagi ruangan dan daya imaginasi!

 

Selamat mencuba!

"Children are made readers on the lap of their parents""Emilie

 

Buku buku dengan jalan cerita mudah, menarik dan pelbagai latar belakang, boleh didapati di sini.

9 Langkah Bacakan Buku Untuk Anak

Seronok, bukan jika dapat melihat anak anda gemar berdamping dengan buku, berbanding gadjet, televisyen dan aktivit lain yang tidak sihat. Hobi membaca, tidak datang sendiri. Tabiat membaca ini dipupuk dari anak anda kecil, samada pengaruh dair ibubapa ataupun di sekolah.

Oleh kerana ada diantara ibubapa membesar tanpa atau menerima sedikit pengaruh buku, mereka berasa janggal untuk membacakan buku kepada anak mereka. Berita baiknya, kami berkongsi cara bagaimana ibubapa boleh lakukan sendiri proses membaca kepada anak-anak. Ikuti sahaja 9 langkah ini, ciptalah waktu membaca yang seronok dengan anak-anak.

 

#1 – BACA BUKU BERSAMA SAMA

Ini adalah langkah paling penting dalam proses ini. Sekiranya anak anda berumur sekitar 2-7 tahun, pastikan anda membaca buku bersama-sama mereka. Ia akan mengikat hubungan mesra dan seronok antara ibubapa dan anak. Keadaan membaca bersama ini yang menjadi pemangkin utama menyeronokkan anak anda, seterusnya memupuk minat mereka untuk sukakan buku. Masa membaca bersama sama ini boleh dijadikan ‘quality time’ bersama anak buat ibubapa berkerja yang sibuk.

 

#2 – BERI PELUANG ANAK MEMILIH BUKU YANG DIMINATI

Membaca mesti menjadi pilihan bukan paksaan. Biarlah minat mereka menjadi pendorong mereka. Jika anak anda adalah seorang anak laki-laki berusia 12 tahun, dia mungkin tidak berminat pada buku-buku yang dipenuhi oleh cerita-cerita tentang fantasi tuan puteri. Jadi, sediakanlah buku yang bersesuaian. Cara terbaik ialah membawa mereka ke kedai buku dan memberi peluang mereka memilih sendiri buku yang di minati. Lebih baik lagi, bantu anak anda memilih buku yang mempunyai nilai murni, menyeronokkan dan sesuai dengan usianya.

 

#3 – LAKONKAN WATAK

Naluri kanak kanak adalah bermain dan berseronok. Maka, jadikan sesi membaca bersama ini sesuatu yang menyeronokkan! Ibubapa boleh memilih sesuatu watak dan lakukan secara ringan sesuai dengan dialog dan cerita yang dibaca. Tidak ada anak anak yang tidak seronok melihan ibubapa mereka berlakon! 🙂

 

#4 – BERTANYA BANYAK SOALAN MUDAH

Sepanjang bercerita, cuba selitkan soalan mudah untuk membantu anak anda memahami kisah yang di baca. Jika mereka tidak faham apa yang dibaca, proses membaca menjadi hambar dan membosankan. Pastikan soalan mudah dan ringkas, ya!

 

#5 – BERTEKA TEKI DENGAN ANAK TENTANG CERITA YANG DIBACA

Uji pemahaman dan daya imaginasi mereka dengan berteka teki tentang apa yang seterusnya berlaku dalam cerita yang dibaca. Tiada jawapan salah ataupun betul, kerana ia bergantung kepada daya imaginasi anak-anak anda.

 

#6 – MASUKKAN PUJI-PUJIAN UNTUK ANAK SEMASA MEMBACA

Jika mereka dapat meneka dengan betul, menyebut perkataan dengan betul, mengingat maksud perkataan atau apa sahaja pencapaian kecil, berilah pujian sebanyak-banyaknya! Pasti ‘self-esteem’ anak anda akan meningkat, seterusnya mereka akan teruja untuk mencuba cabaran membaca yang lebih besar, sukar dan banyak.

 

#7 – TANYA PENDAPAT MEREKA

Pendapat mereka penting. Berikan mereka rasa yang ibubapa menghargai pendapat mereka. Bertanya pendapat semasa membaca khususnya, menggalakkan anak anda berfikir sendiri, berani menyuarakan pendapat & ekspresi, dan yakin diri.

 

#8 – KESAN KECENDERUNGAN ANAK ANDA

Secara alaminya, ibubapa pasti tahu apakah kegemaran anak dan apa yang tidak disukainya. Semasa proses membaca bersama, kita boleh mengesan kecenderungan anak. Contohnya, minat kepada kesenian & lukisan, muzik, bercerita, fantasi, nombor, alam semesta dan aspek lain. Apabila ibubapa berjaya mendorong anak mengikut kecenderungan mereka, anak-anak akan berasa dihargai dan disayangi. Ia juga dapat bantu ibubapa untuk melorongkan genre buku atau aktiviti seterusnya yang lain.

 

#9 – KAITKAN CERITA DENGAN KEHIDUPAN HARIAN

Kaitkan konten buku dengan aktiviti luar. Bawa perkara yang dipelajari dari buku ke dunia anak anda. Saya pernah membacakan Kisah “Monyet & Sang Kancil” dan “Kisah Anjing & Tulang”. Antara pengajarannya ialah supaya mendengar nasihat, bersikap empati dan tidak tamak. Kerap kali anak saudara saya mengulang nasihat ini kepada adiknya apabila bertembung dengan situasi tertentu. Kisah-kisah tauladan dari dunia haiwan, kisah persahabatan, setiakawan dapat memberikan banyak pengajaran untuk anak-anak. Nasihat dari ibubapa kepada anak juga boleh diselitkan.

 

Bermula dengan sebuah buku, dunia imaginasi anak anda bakal berubah. Tabiat positif ini akan di semai tanpa disedari hingga mereka dewasa. Umpama kata yang biasa kita dengar, "Readers are future leaders". Bermula dengan sebuah buku, anda sedang membentuk pemimpin masa hadapan. Jom cuba bacakan anak anda buku!

 

Jika si cilik anda berusia 2-7 tahun, anda boleh dapatkan buku cerita anak anak di pautan ini. Klik sahaja di sini.  Manakala, anak yang berusia 8-15 tahun boleh berjinak-jinak dengan buku seperti di pautan ini.