Pesan Za’aba Kepada Kaum Ibu….

Bahagia rasanya apabila semakin ramai pembaca muda yang melazimi karya Za’ba, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka ini. Mungkin kerana inti karya ini di sebut-sebut oleh beberapa figur berpengaruh; influencer dalam dunia buku seperti Tuan ZF Zamir dalam post beliau di sini, selain penerbit buku yang progressif seperti Jejak Tarbiah yang menerbitkan buku Revolusi Budi yang berinspirasikan pemikiran Za’ba.

Za’ba agak popular di kalangan massa, dengan karya beliau ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’. Namun, jika di ‘bedah’ karya beliau yang lainnya, seperti ‘Mencapai Keluhuran Budi’, pembaca akan terpukau dengan begitu jelas dan terangnya huraian idea yang cuba di sampaikan Za’ba, berkenaan pengamalan agama sebenar yang harus di hayati oleh orang melayu di zaman itu. Di sulami kritikan sosial dan huraian tentang hakikat serta konsep beragama, Za’ba juga memberi anjuran bagaimana seharusnya muslim perlu menggunakan akal kurniaan Allah dalam beragama.

Salah satunya, Za’ba berbicara tentang tanggungjawab ibu bapa.  Za’ba menekankan tentang betapa pentingnya bagi ibu bapa jalankan tanggungjawab mereka dahulu terhadap anak sebelum mereka menuntut hak dari anak untuk menghormati dan menjaga mereka pula.

Dalam mendidik anak-anak, saya kira Za’ba menekankan ‘substance is more important than form’. Aspek budi mesti ditekankan dalam mendidik anak-anak, bukan sekadar pengalaman agama secara luaran atau fizikal sahaja.

Agak terpukau saya apabila membaca pesan Za’ba kepada ibu-ibu, dengan memberi gambaran aspirasinya terhadap wanita (ibu) yang mencorak pendidikan anak dan keluarga. Bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan wanita atau ibu yang hebat dan terpelajar itu?

Ibu yang berpelajaran istimewa pada zaman kemajuan sekarang ini,

Ibu yang celik matanya mengetahui hal-hal dunia yang lebih luas dari kelongkong dapurnya dan ceruk-ceruk keliling rumahnya dan daerah kampungnya,

Ibu yang mengerti perkara-perkara lebih tinggi daripada berbualkan rantai emas dan kerabu intan dan sebagainya,

Ibu yang lebih bertanggungjawab daripada semata-mata hendak bersolek dan meniru-niru pembawaan Barat!

Sejak dari tahun 1920-an lagi Za’ba  menasihatkan golongan ibu bukan sekadar berbicara tentang kerja dapur, rantai emas dan bersolek semata-mata. Tetapi, peranan wanita dan ini adalah lebih dari itu, seiring dengan kaum bapa dalam pendidikan anak-anak dan pentadbiran rumahtangga, melayu suluhan agama dan ilmu.  Za’ba menyeru wanita menjadi woman of substance dan tidak hanya mementingkan perkara-perkara luaran. 

Dalam buku ini, Za’ba menghujahkan bahawa kebahagiaan, ketinggian dan kecemerlangan manusia perlu digarap melaui agama. Agama dapat membentuk, mendidik dan membesarkan manusia, sesuai dengan keadaan pada hari ini dan akan datang. Namun pemahaman agama yang verbena, menatijahkan pula medan berbeza. 10 rencana Za’ba yang dikumpulkan dalam buku ini, mengupas konsep-konsep asas dalam memahami, menghayati agama dan aplikasinya dalam hidup insan; termasuk:

1. Agama dan tujuannya.
2. Perlunya didatangkan agama.
3. Agama yang sebenar.
4. Mustahaknya pengetahuan agama.
5. Ibu bapa – guru yang pertama.
6. Cara-cara mendidik anak-anak.
7. Didikan di dalam urusan rumahtangga.
8. Kewajipan ibu bapa kepada anak-anak.
9. Kewajipan berjimat cermat.
10. Faedah berjimat cermat.

Bacakan Buku Untuk Anak, Kerana 7 Manfaat Ini.

Jangan sekali-kali anda fikir, anak terlalu muda atau mentah untuk di bacakan buku. Meskipun mereka masih belum lancar berkata-kata, atau belum pandai mengeja.

Ibubapa amat digalakkan membacakan cerita kepada anak-anak, seawal umur 1 tahun. Pemilihan buku mesti sesuai dengan peringkat umur anak, dengan gambar atau lukisan pelbagai warna dan saiz yang besar.

Koleksi buku di sini, amat sesuai sekali dengan anak-berusia 1 – 3 tahun. Dengan tema haiwan, lukisan yang menarik, warna yang pelbagai dan kontra memang mudah menarik minat anak kecil. Tanpa berfikir panjang, saya terus membelikan seluruh buku dalam set ini untuk dibacakan kepada si cilik di rumah 🙂

Apa manfaatnya membacakan buku buat anak kita?

#1 – Hubungan mesra yang terjalin secara spontan antara anak-ibubapa ketika aktiviti membaca meninggalkan kenangan manis dalam ‘zaman kanak-kanak mereka. Pastikan aktiviti membaca menyeronokkan, selesa dan bebas tekanan.

#2 – Buku cerita membantu mereka membesar dengan dunia imaginasi yang tidak dijangkau dengan peserkitaran sedia ada. ‘Melawat’ ke dunia marin/lautan, hutan, bandar besar, musim salji, contohnya.

#3 – Jadikan rumah kita permulaan habit membaca & belajar yang baik, jika mahukan sistem pendidikan yang lebih baik, mulakan dengan keluarga kita.

#4 – Kajian sains membuktikan aktiviti membacakan buku kepada anak-anak akan memberikan kesan kepada otak mereka. Ujian MRI telah dijalankan sewaktu kanak-kanak itu mendengar bacaan ibu bapa mereka dan menunjukkan aktiviti otak mereka menjadi lebih aktif, dikedua-dua bahagian kiri (kritikal, analitikal) dan kanan (kreativiti, emosi).

 

#5 – Membaca buku adalah plan pendidikan paling murah dan mampu milik tetapi efektif. Terdapat pelbagai skil yang bermanfaat untuk anak anda, melalui aktiviti membaca buku; seperti mengenal bunyi, mengenal bentuk abjad, mengenal pelbagai warna, bunyi haiwan, persekitaran, struktur bercerita, dan lain-lain.

#6 – Penerimaan anak-anak ke atas nasihat, teguran dari ibubapa adalah lebih baik ketika membaça buku atau bermain. Ibubapa boleh menyelitkan nasihat, pengajaran kepada anak-anak yang disesuaikan dengan jalan cerita.

#7 – Hubungan adik beradik juga bertambah mesra apabila ibubapa menjadikan aktiviti membaca buku secara berkumpulan dengan adik adik.

 

10 Idea Aktiviti Seronok Dilakukan Dengan Keluarga

#1 – Aktiviti Treassure Hunt

Sebenarnya aktiviti Tressure Hunt ini boleh membawa keseronokkan kepada ibubapa, dan terutamanya anak-anak. Dengan  tressure hunt, banyak nilai positif dapat diterap, selain dari keseronokkan!

Ibu atau ayah perlu lakukan perancangan sebelum aktiviti bermula.

  • Pilih tema Tressure Hunt
  • Sesuaikan dengan usia-anak-anak
  • Sediakan props untuk pemain untuk tambah keterujaan anak-anak
  • alat: Peta, clues, barang yang disorokkan
  • Hadiah jika dapat selesaikan semua clues

Anak-anak dapat belajar membaca peta yang ringkas, mencambah kemahiran berfikir, berdikari menyelesaikan masalah (clues), berkerjasama, saling membantu dan berseronok!

#2 – Perkemahan Ringkas

Jika rumah anda (atau ahli keluarga lain) mempunyai halaman, sebagai permulaan, bolehlah lakukan perkemahan di halaman rumah. Tinggalkan bilik tidur, pasang kemah, sediakan peralatan perkemahan seperti bekalan makanan, lampu suluh, tikar, stokin. Kenangan ini lebih manis bila anak-anak melihat ibubapa juga seolah sama-sama ‘bermain khemah-khemah’ bersama mereka.

#3 – Lihat Kembali Foto Keluarga #throwback

Gunakan masa yang anda tetapkan, seperti waktu petang dihujung minggu, dengan santai untuk melihat photo keluarga. Gambar ibu ayah, pakcik, makcik, serta atok dan nenek ketika masih muda.

Aktiviti ini menyeronokkan jika dilakukan secara santai dan disertaran pula sedikit kisah disebalik gambar untuk anak-anak.

#4 – Projek keluarga

Antara projek keluarga yang mudah dan murah dilakukan bersama ialah

  • Melukis & mewarna peta
  • Buat sabun natural & homemade
  • Membina semula bandar menggunakan kertas
  • Rantai & gelang menggunakan beads

Pastikan projek yang dipilih bersesuaian dengan minat dan umur anak.

#5 – Buku Skrap!

Buku skrap lebih seronok dibuat bila tiada ‘paksaan’ atau ‘deadline’ seperti kelazimannya di sekolah.

  • Pilih tema buku skrap, contohnya: “Serangga”
  • Bawa anak-anak berjalan di sekeliling taman atau rumah
  • Bawa kamera dan ambil semua gambar serangga yang dijumpai
  • Cetak, tampal gambar-gambar dalam buku skrap dan namakan semua serangga.

Yay, dah siap!

#6 – Cipta kenangan sambil belajar

Pilih perkara yang disukai oleh anak anda.

Contohnya, anak anda sukakan kapal terbang. Bawa anak ke kawasan lapangan terbang untuk lihat pelbagai kapal terbang memulakan perjalanan , terbang semakin tinggi ke arah langit dan  mendarat.

Contoh lain, aktiviti memancing ikan. Anak pasti stronok memilih umpan, memasang umpan, mengail dan meligst ikan-ikan yang berjaya ditangkap.

#7 – Masak bersama-sama

Resepi mudah dan sesuai dengan umur anak, seperti homemade ice cream, popsicle, cookies, pizza, kek batik dan banyak lagi.

#8 – Baca Buku Bersama-sama

Beri peluang anak anda pilih buku kegemaran atau yang baru dibeli, dan gunakan waktu hujung minggu untuk membaca buku bersama mereka. Lakonkan watak, pastikan seronok, pelbagaikan intonasi dan gaya. Jika anda tak biasa, dan perlukan cara untuk diikuti, boleh baca di sini.

Banyak manfaat boleh didapati dari aktiviti ini, anak anda boleh berimaginasi, mengenal ‘vocab’ baru, belajar tentang warna, gaya, watak, membina dialog dan pelbagai lagi. Boleh juga kita selitkan pengajaran dan nasihat.

Ia juga salah satu cara untuk memupuk minat anak anda terhadap buku.

Satu langkah ke hadapan lagi, jadikan membaca buku sebagai aktiviti tahunan, juga satu idea yang baik, seperti mana yang dilakukan oleh ibu ini.

#9 – ‘Pertandingan’ Bercerita

Lebih ramai, lebih seronok. Libatkan anak-anak anda, jiran atau rakan baik disekolah dalam aktiviti ini. Jangan jadikan aktiviti ini sebagai ‘competition’, pastikan santai, menyeronokkan dan penuh gelak ketawa. Untuk permulaan, anda sebagai ibubapa boleh mulakan dahulu. Berceritalah dengan gaya kanak-kanak, pelbagaikan intonasi, banyakkan pergerakkan dan gayakan watak dalam cerita. Kisah seperti Sang Kancil dan Buaya, Monyet Degil, Burung Gagak Yang Bijak, Harimau dan Tikus, Arnab Berlumba Lari dengan Kura-Kura; amat seronok diceritakan dengan kanak-kanak!

#10 – Picnic!

Bawa tikar, bekalan makanan, buku cerita, permainan anak-anak ke pantai atau taman berdekatan, dan ‘enjoy!’

Cara Kreatif Ibu Ini Jadikan Membaca Buku Aktiviti Bersama Keluarga

Ketika melihat gambar yang dikongsikan oleh Puan Siti Zuhrah ini, saya terus rasa gembira dan teruja. Sekeping gambar yang di kongsikan ini membawa banyak makna jika saya mahu memberi tafsiran sendiri.

Saya membayangkan aktiviti ini dilakukan bersama sama sebagai projek kecil mereka sekeluarga. Sebagai anak, pastilah mereka berasa seronok apabila ibu dan ayah juga terlibat bersama mereka.

Saya juga membayangkan mereka sekeluarga cintakan ilmu dan buku.

Saya membayangkan hubungan keluarga mereka rapat dan menyeronokkan, hingga aktiviti membaca buku yang paling mudah pun dilakukan bersama sama.

Kadang-kadang, sebagai ibubapa, kita prihatin dengan hobi anak kita, seboleh-bolehnya kita mahu mereka lakukan perkara bermanfaat, dan dapat menambah nilai kepada mereka. Saban tahun kita bawa mereka ke pesta buku untuk membelikan mereka bahan bacaan yang berkualiti.

Apa yang menarik perhatian saya, Puan Siti Zuhrah pergi selangkah lebih jauh lagi dengan mencipta ‘projek’ ini, bagi memastikan buku-buku mereka sekeluarga akan di baca, di telaah dan tidak berhenti sekadar ‘membeli buku’ sahaja.

Dengan 4 orang sekeluarga, ada 2 kotak disediakan mewakili 2 kategori “The Books We Want To Read” (Kotak #1)  dan “The Books We Finished Reading” (Kotak #2).

Setiap orang dalam keluarga disediakan bahagian (section) dalam setiap kotak. Apabila buku yang mahu dibaca telah selesai, buku tersebut akan dimasukkan ke kotak #2. Ada bahagian untuk Mama, Adik, Kakak & Ayah.

Dengan cara ini, anak-anak pasti teruja, terutamanya jika kotak #1 mereka tinggal sedikit dan berusaha memenuhkan kotak #2. Brilliant!

Saya pasti, ada ramai lagi ibubapa yang mempunyai pelbagai idea kreatif untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi yang menyeronokkan dalam keluarga.

Kata Puan Siti Zuhrah dalam status di Facebooknya:

“Pergi pesta buku memang rambang mata dibuatnya. Buku bagus dan harga berpatutan. Belek-belek satu… suka… ambil.

Sejam dua di sana tak terasa. Pulang ke rumah hasil belian memenuhi ruang rak yang masih berbaki. Hati rasa berbunga-bunga melihat deretan warna warni buku pelbagai judul tersusun rapi.

Persoalannya, buku yang dibeli bukan untuk disusun rapi semata tetapi untuk dibaca. Mahu baca itu yang kadangkala menjadi impian yang tak terlaksana. Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun, berkampunglah buku-buku baharu itu di rak. Hati yang membeli ini dihurung rasa bersalah.

Rasa bersalah tak membawa ke mana kerana nanti koleksi akan terus juga bertambah. Bila suka mana boleh tengok-tengok sahaja, mesti mahu memiliki. Jadi, terjadilah begini. Usaha mencabar diri sebenarnya.

Nak membaca seorang diri rasa tak suka. Dalam usaha memintarkan diri perlu juga kita ajak orang lain agar sama-sama pintar. Perjalanan menebus baca baru bermula. Moga menjadi kali ini.

Siapa yang ada rasa yang sama? Sep sikit!”

Menarik, bukan?

Idea ini menyebabkan saya pun mahu ‘tiru’ untuk projek kecil keluarga saya. Terima kasih, Puan Siti Zuhrah. Semoga berpanjangan pahala amal jariah ini buat puan sekeluarga.

Lakukan Ini Ketika Bacakan Buku Untuk Anak Anda

 

Setelah anda mengaplikasi tips praktikal; 9 Cara Membacakan Anak Buku Cerita, ada satu lagi aspek paling penting yang wajib ibubapa lakukan, iaitu; Mengulang –ulang baca buku cerita yang sama dengan cara berbeza.  Membaca buku cerita yang sama beberapa kali, boleh menyebabkan anak rasa selesa.

Benarkah? Apakah manfaat membacakan buku cerita kepada anak berulang kali? Anak anak mudah rasa selesa dengan cerita dan situasi yang mereka ‘familiar’.

Cerita yang sudah dikenal dan mudah di agak jalan ceritanya membuat anak merasa yakin dan selesa. Jika dibacakan sebelum tidur, tentu rasa selesa ini sangat membantu untuk menidurkan anak.

Yang paling penting, anda anda bakal mendapat 3 manfaat besar, yang paling penting dalam proses mendapatkan ilmu 🙂

baca-anak

Kredit gambar: https://goo.gl/77ma7D

#1 – Anak Mampu Menambah Kosakata (Vocab) baru .

Anak-anak lebih mudah mengingat kosakata baru dalam cerita sama yang didengar berulang-ulang daripada mendengar kosakata yang sama dalam cerita yang berbeza.

Ketika pertama kali mendengar sebuah cerita, barangkali anak akan cuba memahami jalan cerita.  Mungkin ketika pertama kali mendengar, anak kita akan mengetahui secara kasar jalan ceritanya. Kali kedua, ia mulai memperhatikan butiran lain, seperti latar belakang, watak utama, watak sampingan dan lain lain.

Dengan bercerita kisah yang sama berulang kali (di waktu berbeza), anak-anak memahami kosakata baru dalam konteks yang sama. Membaca cerita berulang-ulang membantu mereka berlatih mengaplikasi kosakata yang di pelajari.

# 2 – Anak Belajar Berfikir Logik .

Selalunya, anak-anak tidak terus faham seluruh jalan cerita semasa pertama kali mendengarnya. Tetapi ketika mendengar cerita yang sama berulang-ulang, anak  mulai memahami struktur, pola, urutan, watak dan logik jalan ceritanya. 

Mereka akan mula faham peranan watak watak yang wujud daam certa dan juga kaitan antara sebab-akibat. Ini bakal membantu bubapa menyeltkan nasihat, dan pengajaran yang boleh diaplikasi d dunia sebenar.

#3 – Anak Melatih Daya Imaginasi

Ketika saya membacakan cerita “Misteri Makhluk Aneh”, yang merupakan kisah hidupan marin, dan kisah “Cimut”, tentang kisah komuniti semut, saya lihat anak saudara saya, Udin memberikan pandangan jauh, diselang seli dengan banyak soalan seperti “Batu karang tu haiwan ke tumbuhan?”, “Kuda Laut tu apa?”, “Bagaimana semut boleh tahu jalan balik rumah?

Selain belajar kosakata baru, buku cerita dapat membuka ‘dunia baru’ kepada anak anak kita, dan ia baik untuk melatih daya imaginasi. Apabila cerita yang sama diulang baca, kita boleh mencuba cara (style) dan dialog berbeza dan ini memberi ruang anak kita berimaginasi sesuatu situasi berulang kali. Ia akan mencambahkan lagi ruangan dan daya imaginasi!

 

Selamat mencuba!

Children are made readers on the lap of their parentsEmilie Buchwald

 

Buku buku dengan jalan cerita mudah, menarik dan pelbagai latar belakang, boleh didapati di sini.