20 ‘Cover’ Buku Paling ‘Cool’ 2015 Berjaya Tarik Ramai Pembaca Gen-Y

Sememangnya agak cliche apabila kita mendengar kata kata “Dont judge the book by its cover”. Walaupun ada benarnya kata kata ini, namun cover buku sememangnya tarikan pertama untuk pembaca mendekati dan seterusnya membaca sesebuah buku. Gambar yang dipamerkan sebagai cover buku menjadi “first impression”“first guess” tentang isi kandungan sesuatu buku. Tak hairan lah mana mana kedai buku akan meletakkan buku buku yang mempunyai cover yang menarik, unik, indie, sebagai penghias kedai untuk menarik pencinta buku masuk ke kedai mereka. Cover buku sebegini, dapat menarik minat membaca golongan muda hipster (atau yang merasakan mereka hispter..ahems). Golongan hipsters adalah salah golongan muda yang berumur 20-30 yang menghargai kebebasan berfikir, tidak mengikut status quo kebudayaan, progressif, menghargai seni kreativiti bebas, dan terbuka dalam meng-ekspressi minat & pendapat mereka.

Cover buku berfungsi seperti canvas, yang menyampaikan mesej tertentu dengan cara tersendiri, samada dengan menarik minat, memberi provokasi, mencetuskan perasaan ingin tahu, mencuit hati, nampak cool atau kombinasi kesemuanya. Sesetengah cover buku boleh menyebabkan si pembaca suka mengusungnya ke sana ke mari sebagai bacaan santai ‘while on the go’. Orang sekarang memberi terma seperti ‘instagram worthy picture’ buat buku buku ini, selain kandungan buku yang memenuhi selera maembaca dan berfikir orang muda.

Kami kongsikan 20 cover buku yang yelah membuatkan kami terhenti berfikir apabila melihatnya, merenung, dan akhirnya tertarik untuk terus membaca kandungannya, serta buku buku yang paling laris di beli di kedai kami, oleh orang orang muda, khasnya gen-y.

#1: SEKOLAH BUKAN PENJARA, UNIVERSITI BUKAN KILANG

sekolah bukan penjoar, universitet bukan kilangPengarang himpunan esei di tangan saudara ini merupakan anak muda musim monsoon. Saya menjamin ia anak muda yang bercakap serupa bikin. Zul Fikri Zamir bukanlah anak muda yang kecanduan al Ghazali. Beliau mengenal ilmu dan mengetahui ia harus diamal.


#2: LALU AKU HIDUP SEBAGAI APA

lalu aku hidup sebagai apa rm20“Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?” merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna. Tulisan Hamka ini, meskipun kontennya serius & filisofikal, tetap menjadi pilihan kebanyakkan Gen-Y, berbeza dengan sambutan buku ini pada terbitan lain. Design yang agak kontemporari, dengan gaya ala poster ini berjaya menarik minat Gen-Y memilih dan membaca buku ini.


#3: DARI KLCC KE TANJUNG MALIM

cover3-20Dengan menggunakan photo kedai kopi (hipster) sebagai simbolik kisah perjalanan ulang alik Dari KLCC ke Tanjung Malim, cover buku tulisan Fraus Ahmad ini dipilih, tanpa perlu design yang berat dan padat

Buku ini adalah himpunan cerita-cerita yang ideanya tercetus sepanjang perjalanan pergi-balik beliau setiap hari. Memandangkan kedai kopi selalunya adalah salah satu tempat persinggahan sepanjang perjalanan untuk berehat, mencambah idea berfikir; maka pemilihan gambar di kedai kopi amat bersesuaian.

Ini adalah buku beliau yang kedua. Buku yang pertama, Dari Tanjung Malim Ke KLCC ‘laku keras’ di pasaran dan boleh didapati di toko-toko buku terkemuka tanah air. Selain dari kontennya yang mengajak pembaca berfikir, kami merasakan cover buku ini juga memainkan peranan dalam pencapaian jualan yang laku keras.


#4: KEMBARA AFGHANISTAN

cover4-rm25

Buku yang mempunyai gambar panorama Afghanistan & lelaki Afghan ini terus menarik kami untuk membaca isi kandungannya. Bukan sahaja gambar pemandangan di Afghanistan agak susah dijumpai di mana mana makalah tempatan, catatan kembara tentang negara ini juga jarang di kisahkan. Penulis mengembara ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan. Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan. Bagi kami, cover buku, tajuk dan kandungan buku ini adalah kombinasi mantap yang cukup untuk menarik sesiapa sahaja mendapatkannya.


#5: YAK BOK TE

Yak Bok te-rm20Lukisan kartun karya unik Amin Landak, merupakan cover yang tepat untuk buku ini. Ia seolah-olah teaser untuk pembaca meneka apakah kandungan di dalamnya. Mesej kandungannya berat, tapi disampai kan dengan lawak jenaka, santai dan bersahaja. Cover buku dan kandungannya adalah satu pemilikan berbaloi untuk kesemua pencinta buku.


#6: ALIF LAM LAM HA

alif lamlamha-rm20Desain cover buku ini seolah olah sengaja memberi clue kepada isi perbincangan buku ini. Statue itu seolah olah sedang memikirkan jawapan kepada persoalan “Bagaimana kita mengubah dengan buku?” yang menjadi motif utama penulisan buku ini. Buku ini adalah tulisan 15 anak muda yang bercerita tentang Kemanusiaan, Agama, Cinta, Politik dan Budaya

Novriantoni Kahar, aktivis-pemikir Indonesia memberi komentar; “Ini adalah renungan yang mustahak dari kaum muda Malaysia yang resah.  Sekelompok anak muda Indonesia pernah melakukan perenungan semacam ini di tahun 1990-an lewat buku Mencari Islam. Tapi kumpulan ini lebih luas lagi dari sekadar mencari Islam. Kalian mencari keMalaysiaan (Malaysianity) di antara keragaman puak dan agama yang kadang terbelah dan sering enggan bertukar-sapa. Dari tuan puan inilah struktur sosial masyarakat Malaysia yang terbelah dan mungkin cuma mengikat-ke-dalam itu (bonding), akan terjumpa jembatan (bridging)”


#7: MEMBEDAH P RAMLEE

membedah p ramlee rm25Melihatkan cover & tajuk buku ini sahaja telah cukup membuatkan kami terus membeli buku ini tanpa berfikir panjang. Gambar lama P. Ramlee yang diambil pada waktu waktu akhir kerjayanya seolah memberi tanda tanya, apakah sebenarnya yang bermain di kepala P Ramlee ketika menulis karya & mengarah filem? Adakah semata-mata untuk menghiburkan atau membuat kita ketawa & menangis?

“Mengapa Abang Ramlee tidak mahu berlakun lagi?
“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang. Kalau P. Ramlee berlakun siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya apa kelulusan P. Ramlee tu.”


#8: UTOPIA MASYARAKAT LAMBAK

Utopia Masharakat Lambak-rm25Gambar pada cover buku seolah olah satu ejekan sarkastik kepada tajuk buku ini. Utopia Masyarakat Lambak, dengan gamba orang kita melepak bermain dam haji di kedai kopi.

Sekali lalu, kita akan tersenyum sinis. Penulis dan designer cover buku ini sedang memberi provokasi kepada kita. Provokasi kepada akal dan minda kita.


#9: MASHARAKAT MELAWAN MAHASISWA

cover9-rm20Gambar Darth Vader menyampaikan skrol sarjana kepada mahasiswa yang telah bergraduasi. Ini bukan gambar biasa. Ada mesej sinikal yang mahu disampaikan. Belum pun mula membaca, cover buku ini telah buat anda tertanya tanya.

Mengapa Darth Vader yang memberikan skrol? Adakah pemberi skrol mahu di anggap sebagai kuasa ‘jahat’ di sesebuah empayar? Empayar apa?

Sebelum membaca untuk memikirkan mesej dalam kandungan buku ini, desain cover nya sudah berfungsi seperti teaser kapad pembaca untuk menyelak mukasurat seterusnya


#10: MAYBE BUKAN MAYBELIN

Maybe Bukan Maybeline RM15Design ala gambar vintage ini unik sekali. Gambar wanita yang berhias ala 60 an adalah senada dengan tajuk buku yang di pilih.

Cover buku potret vintage ini berserta tajuknya yang lain dari biasa, menyebabkan kita tidak dapat meneka terus apa kandungan buku ini. Intriguing!


#11: MAMPUSNYA SOKRATES MENEGUK RACUN

mampusnya socrates meneguk racun-rm25Gambar botol racun, secara terus menggambarkan tajuk buku ini. Meskipun agak ‘straight forward’, memilih gambar objek solo sebegini sebagai cover buku sememangnya unik.

“Sokrates percaya dunia selepas kematian?” adalah salah satu pertanyaan yang ada dalam sinopsis buku ini. Botol racun dalam cover buku ini adalah mungkin jawapan kepada persoalan itu.


#12: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WJICK

tenggelamnya kapal van der wjick-rm22Tanpa gambar kapal yang karma di lautan, buku Hamka terbitan baru ini berjaya menarik minute generasi muda. Ia adalah kisah tentang Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong.

Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.

Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia.

Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.


#13: ROSMOH PEREMPUAN PUAKA

rosmoh perempuan puakaKombinasi tajuk dan desain buku ini begitu mudah menarik pembaca untuk menoleh kali ke-2 apabila melihat buku di atas rak. Ini kisah Rosmah, anak gads Shahrizat disebuah kampung. Kisah ini adalah kisah misteri & lucu ala filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah”

Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk.

Namun, misteri tetap gagal dirungkai. Hantu wanita berpurdah terus menjadikan anak dara sebagai korban.

Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?


#14: ORANG PAHANG BERLAWAN BOLA DENGAN VIKING

orang pahang berlawan dengan viking rm20Ini kompilasi kumpulan cerpen :

Kisah berkenaan….Cinta Seorang Jurutera Jalan, Putera Gunung Tahan (Hardcore), Kisah Cinta Saintis dan Mekanik, Bang, Api Ada?, Cerita Cinta Tipu, N.H.K.L.M, Orang Pahang Berlawan Bola dengan Viking, Jefri, Palat Sepanjang Jalan

Desain vintage ala buku sekolah kebangsaan ini memang tarikan utama untuk pembaca yang sukakan style hipster.


#15: DIAGNOSIS

diagnosis-rm20Gambar yang jarang kita lihat ialah doktor tersadai kepenatan, doktor menangis, doktor buntu. Yang selalu kita lihat ialah doktor selalu bersedia, senyum, seolah tidak pernah penat, tiada perasaan, seperti tiada masalah atau konflik. Gamabr cover buku ini menidakkan segala anggapan itu. Cita cita mahu jadi doktor sebab  mahu kaya, berjaya, ada status, glamor dan superior?

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh  buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Penulis: Dr. Anwar Fazal (MD), Dr. Muhammad Aizzat Othman (MD) & Dr. Azah Isa (MBBS)


#16: TORA DATANG LAGI

Tora Datang LagiGambar kotak permainan TORA DATANG LAGI yang menjadi hiburan kanak kanak 90-an memang sangat mengujakan. Sekilas terpandang desain cover ini, kenangan kanak kanak selama lebih 20 tahun terus menerpa. TORA DATANG LAGI adalah simbol zaman kanak kanak yang menggembirakan, dan pasti buat anda tersenyum. Ibarat kata Fdaus Ahmad,  “Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingati, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”


#17: #VILLAGEPEOPLE

villagepeople-rm25Gambar watak pelbagai iaitu Kak Leha Bunting, Sarabanon, Naabella Hijabis dan Cikyam ‘lakonan’ insta-famous, Faizdickie sememangnya ‘familar’ dikalangan pengikut beliau di akaun instagram, yang beliau gelarkan #villagepeople.

Bagi yang ingin membaca semula dan menyimpan koleksi ‘komik’ yang dihasilkan Faizdickie ini, buku ini adalah jawapannya.

Tajuk dan desain gambar agak ‘predictable’. Ia mungkin bertujuan untuk menarik perhatian netizen yang rata rata mengikuti beliau di instagram, untuk mendapatkan ‘daily dose’ hiburan, kelucuan ataupun sindiran sinikal.


#18: BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL

budak hostel otaknya sewel-rm25Gambar yang paling tepat dengan tajuk buku ini pastinya imej atau momen yang sinonim dengan kehidupan di asrama. Kisah di asrama pasti buat kita mudah terhibur. Ia kisah budak hostel yg otaknya sewel, sgt sesuai dengan tajuknya serta gambar di cover buku ini. Kelakar dan menghiburkan. Kisah kenakalan dan kesengalan 4 orang penghuni asrama. Untuk anda yang pernah menghuni asrama, pasti ada di antara ramai ramai yang ada perangai seperti 4 orang ini. Ada plot twist, tidak bosan dan pengakhirannya tidak predictable.


#19: KOMIK TAZKIRAH TOK GURU

komiktokguru-rm12.90Tuan Guru Nik Abdul Aziz memang tak asing pagi buat rakyat malaysia berbilang kaum dan agama. Tambahan pula wajahnya yang redup tersenyum seperti terpampang pada cover buku ini. Buku ini akan menarik minat pembaca untuk mendapatkannya, pastinya untuk menikmati mutiara kata beliau yang dikompilasi, selain desain cover buku ini yang memaparkan beliau tersenyum mesra. Sesiapa yang merindui beliau, pasti ringan tangan membeli buku ini. Sebagaimana kita tahu, pemergiannya yang di tangisi jutaan rakyat malaysia. Buku ini sesuai untuk dihadam segenap lapisan umur, kerana bahasa yang Tok Guru gunakan adalah mudah, dan ia diolah melalui komik. Santai dan menyegarkan.


 #20: BERDIALOG DENGAN GEREJA

Berdialog Dengan Gereja-rm25Gambar interior gereja pastinya menarik perhatian kita yang rata rata tidak pernah mengunjungi atau tidak biasa melihat rekabentuk dalam gereja. Imej desain ini dipilih seolah olah untuk menceritakan usaha mencari kedamaian yang dirintis oleh Mujahid Yusof Rawa, antara dua agama utama di Malaysia. Tajuknya pula seolah memberi harapan baru pada kemampuan intelektual dan toleransi muslim di Malaysia.

Dengan gambar yang agak ‘prvokatif’ serta tajuk yang memberi kelapangan fikiran bagi yang membacanya, buku ini mempunyai tarikan tersendiri. Ia mengajak kita berani bertoleransi dan mencedok semaksimum mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman orang lain agar keputusan kita berlandaskan ajaran islam sebenar yang bertoleransi, bukan dari tanggapan dan bangsa yang sentiasa takut dan tertutup.

Sebagaimana Tok Guru Nik Aziz mencoretkan dalam prakata buku ini:

“Saya berpendirian dialog antara agama bukanlah bererti bertolak ansur dalam isu-isu melibatkan akidah. Hakikatnya ia lebih kepada membina keharmonian di antara penganut-penganut agama yang pelbagai agar tidak mudah terjebak dengan api permusuhan di dalam menangani isu-isu panas. Bukan menjadi rahsia bahawa ada pihak yang untung jika berlaku ketegangan di antara agama. Pihak sebenginilah yang tidak habis-habis meniup api membakar agar ia sentiasa marak di Negara ini. Justeru, kehadiran buku ini sebenarnya tepat pada masanya. Ia merupakan catatan ringkas Dr Mujahid semasa pengalaman beliau menangani isu-isu panas yang menggugat kedamaian antara agama di negara ini. Pengalaman beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dikumpulkan dalam buku ini bagi pembaca pelbagai kaum mengikut inisiatif dialog di atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)”

Demikian rumusan 20 desain paling menarik yang telah sedikit sebanyak membuka peluang dan minat baru dikalangan gen-y untuk membaca karya lama, berkualiti dan penuh makna!

Jika anda berminat mendapatkan mana mana buku di atas, bolehlah berhubung dengan kami! 🙂