Nabi Yusuf Menolak Godaan Wanita Cantik Kerana …

Surah Yusuf terkenal sebagai surah yang dibaca untuk melenyapkan kesedihan dan mengajar erti kesabaran. Abdullah Ibnu Mas’ud berkata: “Tidak ada seseorang yang sedang bersedih membaca surah Yusof melainkan Allah akan menghilangkan kesedihannya”

 

Surah Yusuf, surah untuk dibaca bagi orang yang sedang gelisah, orang yang berasa terpinggir tanah airnya, orang yang dianiaya dan dizalimi, orang yang berasa kesunyian dan untuk menguatkan hati agar Istiqamah terhadap tuntutan agama.

 

Buku ini membedah Surah Yusuf yang bertemakan “cinta” yang menyelubungi hidup Nabi Yusuf – cinta ayah, cinta adik beradik, termasuk cinta wanita; yang telah banyak membawa ujian sengsara buat Nabi Yusuf dari kecil hingga dewasa. Melalui surah ini, Allah mahu mengajarkan bagaimana kita harus menghadapi ujian pelbagai bentuk, sebagaimana di ilhamkan buat Nabi Yusuf sepanjang baginda berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan kesedihan.

 

Nabi Yusuf, dilahirkan di Palestin, berhampiran Hebron. Beliau dilarikan ke Mesir lebih kurang 1500 kilometer dari kampung halamannya dan dibesarkan oleh al Aziz (His Excellency), seorang menteri kerajaan Hyksos di Mesir yang berpusat di Bandaraya Memphis.

 

Bacaan yang mengujakan! 5 bintang bagi buku ini. Meskipun ia bukan membedah Surah Yusuf secara keseluruhan hingga ayat terakhir, tetapi amat meninggalkan kesan buat saya. Penulis berjaya membuatkan hati berasa sedih terkenangkan nasib Nabi Yusuf, seolah-olah ia berlaku kepada diri sendiri.

 

Saya juga agak tersentuh dengan respon Nabi Yusuf apabila digoda oleh Zulaikha, yang mana jawapan Nabi Yusuf dirakamkan dalam surah ini. Penulis mengulas, Nabi Yusuf tidak berani melakukan maksiat kerana terkenangkan kebaikan Allah kepada baginda selama ini.

 

Nah, sebab yang dirakamkan Allah ini begitu membuka mata. Memang adat kekasih, tidak sanggup menyakiti kekasihnya kerana mengenangkan kebaikan dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada kita. Ini rupanya sebab utama asbab Nabi Yusuf menolak melakukan maksiat dengan Zulaikha. Amat relevan untuk kita ambil iktibar.

Kassim Ahmad Mencari Jalan Pulang – Sebuah Ulasan

Sharina M Salim, salah seorang peserta Cabaran Buku Jalanan Titi, menghantar ulasan beliau yang ke-3 yang disiarkan di sini. Ulasan yang sama di sertakan di artikel ini:

Saya memulai bacaan ini dengan menyemak profil penulis yang disertakan dengan ringkas di laman Goodreads. Sejujurnya saya tidak pernah ambil tahu siapa Kassim Ahmad dan hanya mengenali beliau secara tidak langsung ketika saya masih belajar di kampus, kerana label yang diberikan kepada beliau “anti hadis”, figur yang  sesat yang membawa fahaman bahaya kerana boleh memesongkan akidah. Saya pun tidak pernah semak mengapakah beliau dikatakan anti hadis dan 10 tahun kemudian (kini), saya berpeluang membaca salah satu karya beliau yang diharamkan dan cuba memahami secara objektif mengapa ia diharamkan.

Seusai membaca profil ringkas beliau, saya terdiam sebentar kerana, beliau yang saya kenali dari akhbar dan tabloid sebenarnya mempunyai kepakaran lain yang selayaknya diketahui masyarakat generasi saya dan ke hadapan, dan bukan semata-mata dari karya-karya kontroversi beliau yang diharamkan seperti: “Hadis: Satu Penilaian Semula” dan buku yang saya baca (rujuk tajuk ulasan) ini.  Beliau rupanya menulis “The Characterization of Hang Tuah”, yang merupakan karya yang mengangkat namanya, dan menterjemah karya falsafah “Plato”, tulisan R.M Hare, cerita pendek berkisar kehidupan orang melayu, puisi, tulisan berkenaan teori falsafah dan keadilan sosial. Pada zamannya, beliau adalah seorang pemikir dan ahi falsafah yang dihormati. Lingkungan sahabat dan kenalan beliau yang disebut-sebut dalam buku ini, kesemuanya figur hebat yang dihormati dan masih membawa mej dan nama baik  hingga kini; antaranya Prof Ungku Aziz, A Samad Said, Prof Naquib Al Attas, Syed Husin Ali, Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Dr Siddiq Baba, Adibah Amin antara lainnya.

Buku “ Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam“ adalah tulisan memoir yang menceritakan kisah hidup, proses pendidikan formal dan tidak formal, perjalanan kerjaya beliau sebagai pemikir, ahli akademik, ahli falsafah, sasterawan dan ahli politik sayap kiri di tanah air. Beliau berkongsi bagaimana proses ini membentuk pemikiran dan sisi pandang beliau dan bagaimana sisi pandang ini berubah sesuai dengan kematangan beliau dan perkembangan yang berlaku di dunia luar.

Mengenali Pak Kassim dari buku ini, saya dapati beliau seorang yang suka berfikir dan komited mencari jawapan kepada persoalan persoalan yang timbul dari proses berfikir tersebut. Beliau bukanlah orang yang hanya mengikut ‘status quo’ tetapi berani memberi naratif baru dengan mencabar status quo yang dirasakan tidak selari dengan prinsip dalam al-quran. Antaranya, penilaian semula beliau terhadap watak Hang Tuah yang telah berzaman-zaman menjadi kebanggaan orang melayu (melalui tesis beliau – Perwatakan Hang Tuah). Beliau memberi tauladan alternatif kepada orang melayu, iaitu Hang Jebat yang memegang teguh prinsip kebenaran dan keadilan, yang selari dengan islam dan seruan al-quran. Beliau berpendapat, watak ini lah yang perlu ditauladani oleh orang melayu islam.

Beliau membesar dalam lingkungan kampung dan keluarga yang mempelajari al-quran – dari belajar membaca hinggalah menghafaz. Proses ini menyebabkan beliau tidak ‘puas’ belajar al-quran kerana tidak memahami langsung makna dan tafsiran ayat-ayat alquran dan atas inisiatif sendiri, beliau mencari pelbagai versi terjemahan quran untuk dibaca dan ini memberi kepuasan kepada beliau.

Mengakui bahawa beliau adalah penganut ‘Islam baka’ dan dalam proses ‘mengenali semula islam’, beliau dihantui oleh beberapa konsep yang dibincangkan dalam islam, yang mana pada ketika itu beliau gagal temui jawapan yang memuaskan – isu hamba abdi, kedudukan wanita, harta pusaka dan hukuman keras seperti potong tangan dan pancung kepala. Beliau terus mencari, membandingkan pelbagai sumber hinggalah menemui jawapan yang memuaskan. Bagi beliau, tiada apa yang salah dengan al-quran dan islam. Sesuatu dalam agama itu kedengaran pelik, tidak rasional, zalim dll adalah kerana kemungkinan kesilapan tafsiran, atau tafsiran lama yang belum diperbaharui dengan kaedah penyelidikan terkini yang lebih inklusif dan menyeluruh (integrated). Beliau percaya, ilmu dan cara mendapatkan ilmu itu harus berkembang mengikut arus zaman.

Beliau berani berkongsi, berdialog dan mempertahankan kepercayaannya meskipun terpaksa berhadapan dengan kritikan hebat, kerana beliau yakin dengan apa yang beliau fahami dan pegang. Menariknya, pendapat beliau berkenaan kritikan dan penilaian semula hadis-hadis yang bertentangan dengan prinsip al-quran; hasil dapatan pelbagai buku, bahan akademik dan tafsir al-quran; apabila dikongsi dengan ahli akademik, ulama, ahli politik, figur tertinggi dalam insititusi islam melalui dialog tertutup, tidaklah mengundang ‘kontroversi’ kerana suasana dialog tersebut kekal profesional dan objektif. Sehinggalah apabila beliau mengambil keputusan menerbitkan ulasan dan jawapan kepada kritikan ilmiah ke dalam bentuk buku dan diedarkan kepada massa, kontroversi pun bermula. Label anti-hadis kepada beliau umpama ‘cap mohor’, kekal ke atas batang tubuh beliau hingga kini, dibidas, di hina  di mimbar-mimbar khutbah dan akhbar. Watak pemikir, ahli falsafah, pendidik, sasterawan dan pejuang politik tidak lagi sinomim dengan beliau.

Mengapa kerajaan dan institusi islam di Malaysia ketika itu (dan kini) membuat keputusan untuk mengharamkan karya-karya beliau?

Mengurus perbezaan pendapat bukanlah kerja mudah, terutama apabila melibatkan masyarakat yang pelbagai tahap pendidikan, latar belakang dan tahap kefahaman; terutama bagi peringkat paling atas (kerajaan), boleh jadi kerana terdapat kembimbangan apabila perbezaan pendapat tersebut boleh menjadi ancaman kepada kestabilan sosial dan politik untuk jangka masa panjang jika tidak dibendung.

Kassim Ahmad ada menyebut bahawa beliau faham  (meskipun tidak bersetuju) mengapa sesetengah keadaan, ISA perlu di gunakan meskipun  bertentangan dengan hak assisi manusia, di atas prinsip “mudharat kepada individu terpaksa dikenakan untuk mengelak mudharat kepada umum yang lebih besar”. Jika prinsip yang sama digunapakai ke atas masyarakat yang masih belum matang menilai dan mengurus perbezaan, tentulah ia menjadi asbab mengapa karya beliau yang tidak selari dengan autoriti di haramkan, malah sesi dialog bersama beliau juga tidak dapat kebenaran untuk di anjurkan.

Sepanjang saya membaca buku ini, ada beberapa fakta, tafsiran yang membentuk kefahaman beliau, yang saya rasakan agak janggal dan belum pernah saya temui, lalu agak sukar saya mahu menerimanya. Antaranya:

1. Yakjuj & Makjuj, Dajjal, Al-masih dan Imam Mahdi adalah metafora.

2. Syurga dan Neraka bukanlah tempat, tetapi keadaan.

3. Tauhid dan konsep pengabdian kepada Allah adalah wajib dan ia sebahagian dari konsep monoetism. Tetapi, undang-undang, ibadah dan cara hidup dibenarkan dengan cara pelbagai dan beliau katakan ia selari dengan quran – 22:67

Jadi, bayangkan sahaja pendapat beliau berkenaan 3 perkara di atas disebar luas kepada masyarakat islam melayu yang mempunyai pelbagai tahap pendidikan, kematangan, latar belakang dan skil menafsir. Pertimbangan harus dibuat oleh karajan dan institusi agama bagaimana mengurus respons masyarakat terhadap antaranya 3 parkara tersebut, dan akhirnya berpendapat ia perlu dibendung dan tidak disebar luaskan. Namun, Kassim Ahmad menjadi mangsa keadaan kerana pendapat yang dipegangnya. Karya telah pun diharamkan, tetapi sayangya, imej beliau telah rosak dan sukar dibaiki lagi meskipun setelah puluhan tahun. Kepakaran beliau yang lainnya tidak lagi dipeduli.

Ada cara lain yang mungkin boleh digunakan badan berautoriti dalam mengurus karya yang ‘kontroversi’ ini, tanpa perlu diharamkan. Penghasilan sebuah karya telah melalui proses fikir, penyelidikan pelbagai sumber; lalu lahirlah idea idea dalam bentuk buku. Idea yang salah atau jahat sekalipun, mestilah dilawan dengan idea yang dirasakan benar. Kerana, kebenaran akan menang, idea yang ‘salah’ pasti akan dikalahkan oleh kebenaran. Sesi dialog, perbincangan secara berhemah adalah cara bagaimana idea ‘salah’ ini boleh dikalahkan dan dipatahkan, bukannya melalui pengharaman buku atau risalah.

Pendapat peribadi saya terhadap Kassim Ahmad – beliau seorang anak melayu yang kritis, berani berfikir, tekun, spiritual dan idea beliau wajar diadili secara objektif kerana, ada beberapa pendapat beliau yang lain, saya rasakan wajar direnung, selaku beliau seorang pendidik, sasterawan, ahli falsafah, yang percaya dengan prinsip keadilan sosial mengikut acuan islam, melalui Al-Quran. Buku beliau penuh dengan nota kaki dan rujukan beliau adalah ayat-ayat Al-Quran yang pada tafsiran beliau, menyokong pendapatnya. Tidak dinafikan, pada peringkat peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan penafsiran beliau dalam beberapa perkara dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana masyarakat terbanyak memberi respon masing-masing yang pelbagai. Pastilah bakal memberi masalah kepada autoriti jika tidak ditangani dengan baik.

Oleh kerana beliau adalah sasterawan, saya merasakan kerana itu beliau cenderung menganggap beberapa istilah dalam al-quran adalah metafora semata mata dan tidak patut difahami secara literal. Beliau pernah menulis sajak bertajuk “Sidang Ruh”, yang mana ada istilah kontroversi “Tuhan telah mati”. Sedangkan yang beliau maksudkan ialah “kezaliman yang terlalu bermaharajalela kerana manusia menganggap Tuhan telah mati”, bukanlah bermaksud beliau tidak lagi percayakan Tuhan dan menjadi atheis. Bahkan beliau menulis ulasan kritikan kepada Richard Dawkins (seorang saintis dan atheis) atas karyanya The God Delusion.

Istilah ‘pulang’ dalam buku ini membawa maksud, beliau telah kembali berjalan atas jalan yang lurus setelah berjuang di sebelah kiri (memilih acuan al quran berbanding teori sosialism dari Karl Marx, Lenin dll).

Satu ayat Kassim Ahmad yang saya akan ingat – Berfikir itu memerlukan keberanian.

Gadis ini Ditembak Hanya Kerana Mahu Ke Sekolah!

Ini adalah buku kedua memoir kisah kanak-kanak yang saya baca, selepas buku “A Child Called It” kisah benar tulisan David Pelzer.

Ia berkisar tentang seorang kanak kanak perempuan yang membesar dikalangan masyarakat yang konservatif, ditembak kerana mempertahankan haknya untuk mendapat pendidikan sebagaimana kanak kanak lelaki. 

Watak berani dan yakin diri oleh kanak kanak yang bernama Malala ini memang berlainan dengan kawan kawan yang lain. Ketika ramai yang akur dengan tekanan Taliban yang menghalang pelajar perempuan ke sekolah, Malala tidak gentar dengan ugutan yang diterima. 

Setelah membaca buku ini, saya yakin sekali bahawa ‘Malala tidak wujud dengan sendirinya atau secara kebetulan’. Asuhan dan acuan ayahnya, Ziauddin Yousufzai yang begitu berlainan sekali dengan lelaki kebiasaan di kawasan itu telah ‘melahirkan malala’.

Ayahnya menganggap potensi perempuan dan lelaki sama. Sebagaimana lelaki perlu kesekolah, begitu juga perempuan. Ayahnya juga menghormati kebebasan anaknya dalam berpendapat, bertanya soalan, mencari ilmu, berani menyatakan kebenaran.

Terdapat 2 perkara yang menarik perhatian saya ketika membaca:

1- Definisi amal soleh.

Amal soleh selalunya hanya di kaitkan dengan aktiviti di masjid, bersedekah harta, memberi nasihat keagamaan. Tanpa sedar, kita telah mengiktiraf fahaman sekular yang mana amal soleh tanya berkait dengan masjid, dan tidak pula berkait dengan amalan kehidupan harian.

Definis amal soleh amat luas, jika kita memperakui kesyumulan islam dan percaya islam itu rahmat kepada semua, pasti kita percaya bahawa amal soleh merangkumi semua jenis kebaikan dalam aktiviti seharian manusia. Kata-kata dalam buku ini ada benarnya: 

“If people volunteered the same way to construct schools or roads or even clear the river of plastic wrappers, by God, Pakistan would become a paradise within a year. The only charity they know is to give to mosque and madrasa”

2- Masyarakat yang melahirkan extremism.

Taliban & kumpulan ekstrimis juga tidak wujud dengan sendirinya. Ianya bukan semata-mata lahir dari interpretasi agama yang sempit. Status pendidikan, sosial & ekonomi juga menyumbang kepada kelahiran ekstrimis. Dalam hal ini, agama tidak lebih sebagai alat semata-mata.

“A khan’s daughter cant marry a barber’s son and a barber’s daughter cant marry a khan’s son. We Pashtun love shoes but dont love the cobbler; we love our scarves and blankets but do not respect the weaver. Manual workers made a great contribution to our society but receive no recognition, and this is the reason so many of them joined the Taliban – to finally achieve status and power”

Penulis begitu ‘descriptive’ sekali apabila menceritakan keindahan Swat, (yang mendapat jolokan ‘Switzerland of the East’ menyebabkan saya yang membaca kerap berhenti dan membayangkan kehidupan penduduk Swat yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan juga tinggalan sejarah.

Terdapat banyak runtuhan patung buddha di sekitar kawasan ini, kerana ia merupakan kawasan yang pernah di diami oleh penganut Buddha pada abad ke 18. Mereka menginap di kawasan ini kerana tertarik dengan keindahan dan ketenangan Swat yang ideal untuk aktiviti meditasi.

Bagi saya, hero dalam kisah ini ialah bapanya. Besar pengaruh bapanya dalam diri Malala. Banyak pengajaran dapat dipelajari dari Ziauddin Yousufzai.

Bapanya berkata dalam satu majlis dengan rendah diri:

“In my part of the world, most people are known by their sons. I am one of the few lucky fathers known by his daughter”

Ia bacaan yang ideal untuk lelaki, para bapa muda, sebagai pengajaran bagaimana melahirkan ‘Malala’, juga mengenali sifat-sifat & pemikiran ala-Taliban yang perlu dijauhi dalam mendidik anak-anak.

Ini Dia Propaganda Ahli Politik Sekarang Yang Dilaung Firaun Terdahulu

Selalu kita dengar dalam ucapan ahli politik, mereka akan menyebut “Ini tanah kita”, “Negeri kami untuk kami” dan yang sama dengannya. Inilah antara propaganda yang berkesan dalam ucapan ahli politik ketika mempromosikan kempen pilihanraya.

Berjalan Melihat MentafsirUstaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz menulis dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir. Terbitan PTS Publishing House pada halaman 235-236.

Selain senjata ini, senjata dengan memburukkan pihak lawan juga sering digunakan orang-orang politik sekarang ataupun yang dulu-dulu. Rupa-rupanya ia adalah senjata ahli politik purba, iaitu Firaun. Propaganda ini tetap masih diikuti oleh orang-orang politik sekarang.

Firaun adalah seorang ahli politik yang licik dan bukannya seorang warga patriotik yang benar-benar mencintai negaranya. Kita sedia maklum orang politik sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kedudukan mereka.

Allah merakamkan kisah licik Firaun ini di dalam al-Quran:

"Firaun berkata “Patutkah engkau datang kepada kami bagi mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, wahai Musa?” – Surah Taha, ayat 57

Firaun sengaja membangkitkan perkataan ‘bumi’ atau ‘negeri kami’ ketika berbicara kepada rakyat bawahan sebagai suatu strategi bagi menakutkan rakyatnya akan bahaya menjadi pengikut perjuangan Nabi Musa a.s.

Ini antara contoh propaganda yang pernah disebut oleh ahli politik kita yang mirip-mirip propaganda Firaun:

“Jangan gadai nasib anak cucu dan nasib negara kita dengan membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya”

Ada juga yang memberi ucapan dengan memburuk-burukkan seteru politik.

“Mereka semua mabuk, jangan percaya”

“Jika tidak kekalkan pemerintahan sekarang, semua dari kita akan miskin selepas ini dan dijajah oleh bangsa lain.”

Itu antara seruan-seruan yang pernah disebut dan kita sendiri barangkali pernah mendengarnya. Pihak lawan biasanya dipropagandakan sebagai manusia jahat dan berhasrat merebut kebebasan rakyat, sedang yang berbicara itu sebenarnya iblis yang bersebati dalam jasad manusia.

Pendekatan ini biasanya berjaya mempengaruhi rakyat bawahan yang dangkal ilmunya. Lebih bodoh rakyat bawahan, maka lebih mudahlah propaganda disuntik masuk ke dalam minda mereka. Allah berfirman,

“Dengan demikian, maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mematuhinya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik.” – Surah Az-Zukhruf, ayat 54

Beginilah kitaran hidup manusia di dunia ini. Ia akan sentiasa berulang dengan watak, masa dan lokasi yang cuma berbeza tetapi kontennya tetap sama.

Jadikan sebagai pengajaran sesama kita.

Tulisan oleh: Editor Baca Reviu 

10 Buku Asal Usul & Perbandingan Agama

 

Compassion and tolerance is not a sign of weakness, but a sign of strength

Di saat isu sensitivi agama di jaja oleh pihak yang mahu menangguk di air keruh, setiap daripada kita wajib mencari ilmu agar kita tidak terpedaya dan sell bertindak dengan asas hujah dan akhlak yang baik. 10 Buku buku ini dipilih untuk menambah nilai pd diri anda dan orang sekeliling dengan ilmu perbezaan agama, supaya kita lebih memahami & menghormati agama sendiri dan orang lain.

Knowledge is power. Andalah duta untuk membawa wajah agama dengan penuh hormat dan kasih sayang kepada penganut lain. Selamat membaca dan berdiskusi secara ilmiah!

 

#1 – Islam The Misunderstood Religion

RM 21

It is surprising that Islam is gaining momentum in the West amidst negative media coverage. The surge of new converts on hostile ground proves that Islam is a true religion that needs reckoning by the West. On 7th October 2002, it was reported in St. Petersburg Times that“Every year, about 20 000 people in the United States convert to Islam, according to a study conducted by the Council on American-Islamic Relations.”

On 22nd February 2004, Nicholas Hellen and Christopher Morgan reported in The Sunday Times that “More than 14 000 white Britons have converted to Islam after becoming disillusioned with western values, according to the first authoritative study of the phenomenon. Some of Britain’s top landowners, celebrities and the offspring of senior Establishment figures have embraced the strict tenets of the Muslim faith.” The intention of writing this book is not to create enmity or dissension, but to convey the truth about Islam. We pray to Allah that it will benefit everybody, Muslims and non-Muslims alike.

#2 – Tuhan Untuk Semua

RM 11

Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan?  Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?”

Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal. Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam.
Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit. Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

#3 – Jesus Adalah Muslim?

RM 15

Mengapa Penulis Menggunakan Nama Jesus Bukan Nabi Isa? Sebahagian pembaca pasti tertanya-tanya, mengapa penulis meletakkan judul buku ini sebagai “Jesus adalah Muslim”? Mengapa penulis tidak menggunakan nama Nabi Isa menggantikan nama Jesus?

Dalam hal ini, umat Islam mengenali Nabi Isa (7-2SM – 30–36M) sebagai nabi dan rasul yang diturunkan selepas Nabi Musa (1391–1271SM) dan sebelum Nabi Muhammad (570-632M). Umat Kristian pula memanggil beliau sebagai Jesus yang bukan sahaja seorang nabi, bahkan jelmaan Tuhan di dunia. Dalam ajaran Triniti, beliau disebut sebagai Tuhan Anak. Al-Quran tidak menyebut Nabi Isa dengan nama Jesus. Nama itu berasal daripada bahasa Yunani (Greek), iaitu bahasa asal Perjanjian Baru. Nama Jesus dalam bahasa Ibrani adalah Yoshua atau Yusa. Dalam Ensiklopedia Lintas Agama yang ditulis oleh Abujamin Roham, orang Kristian menganggap Jesus sebagai Tuhan, bukan manusia biasa.

#4 – Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian

RM 10

“Dan segala keselamatan serta kesejahteraan pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula.” (Surah Maryam, ayat 33)

Bukankah ayat 33 dalam surah Maryam di atas adalah pengakuan Nabi Isa a.s. sendiri? Pengakuan yang baginda mati pada hari baginda disalib? Sekiranya Al-Quran sendiri mengatakan begini, kenapa kononnya Islam menolak kematian Nabi Isa disalib?

Bagaimana kita sebagai orang Islam ingin menjawab isu ini? Ini baru satu soalan. Di dalam buku ini ada 19 lagi soalan yang menggugat keimanan.

Insya Allah jawapan yang diberikan akan mencerahkan dan memasak kembali iman dalam diri.

 

#5 – Tuhan Lebih Saintifik

RM 16

Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan. Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.
Di awal cerita, impian Dr.Donald bertekad untuk mengembangkan fahaman dan ajaran Ateis di seluruh Malaysia di mana beliau mensasarkan pelajar-pelajar ketika sesi kuliah, beliau memberi persoalan-persoalan yang membingungkan pelajar. Sehinggalah kedatangan pensyarah baru iaitu Dr.Ahmad Zahidi yang bukan sahaja pakar bedah jantung malah bertauliahkan agama, beliau yang membantu menjawab persoalan-persoalan tersebut, malah Dr.Donald mengajaknya berdebat berkaitan Tuhan.
Adakah Dr.Donald menang dalam perdebatan tersebut? Adakah Dr.Donald berjaya mempengaruhi pelajarnya tentang fahaman Ateis? Adakah Dr.Ahmad Zahidi dibuang kolej disebabkan laporan warden asrama atas tuduhan ajaran sesat? Apakah penghujung cerita Dr.Donald, masih berpegang fahaman Ateis atau sebaliknya?

#6 – The Choice – Dialog Islam Kristian

RM 26

 

The Choice (Pilihan) merupakan sebuah nukilan perdebatan Ahmed Deedat dengan beberapa paderi atau pendeta Kristian. la merupakan dialog dan diskusi teologi yang begitu padat dengan informasi dan perbandingan. Apa yang diketengahkan oleh Ahmed Deedat adalah perdebatan bukanlah untuk menentukan menang atau kalah. Tetapi kemuncaknya ialah menyatakan dan membuktikan tentang kebenaran dan kesyumulan Islam itu sendiri. Dengan hujah dan bukti-bukti yang dibawakan akan memberikan kita destinasi mana yang sebenarnya, sepatutnya kita tempuhi. Perdebatan di antara Ahmed Deedat dengan paderi atau pendeta Kristian ini juga sering menjadi bahan rujukan dan perbualan dalam menghurai diskusi perbandingan agama.

Semoga dengan membaca buku ini, cahaya iman dan hidayah itu akan terus teguh di hati setiap muslim.

 

#7 – Kau Sembah Apa?

RM 25

Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini. Penulis menyentuh asas, sejarah, konsep, salah faham dan pebezaan mazhab dlm agama islam, buddism, taoism, kristianiti, hinduism, sikhism. Antara persoalan & perbincangan yang ‘thought provoking’ dalam buku ini yang menjadikan ia menarik untuk dibaca (tidak membosankan):  Apakah yang islam anjurkan kpd umat islam yang hidup dalam masyarakat majmuk, Bagaimana menggunakan Quran sebagai alat yang ampuh untuk memberi kefahaman tentang islam?, Adakah Bible Relevan untuk Umat Lain,  Mazhab Perkembangan Mazhab Kristian, Bagaimana agama agama datang ke Tanah Melayu? Bagaimana dialog sebagai jalan terbaik untuk memupuk persefahaman?

#8 – Al-Quran, Hadis & Bible

RM 20

Statistik agama di dunia menunjukkan Islam dan Kristian adalah dua agama yang mempunyai penganut yang terbesar. Kedua-duanya menjadi agama yang popular diamalkan di seluruh dunia. Bahkan ayat al-Quran juga menunjukkan hubungan yang lebih mesra antara Islam dan Kristian berbanding agama-agama lain. Buku ini bukanlah bertujuan mengajak orang Islam menjadi murtad atau memaksa orang Kristian mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi ia mahu membuka ruang untuk kita menilai persamaan serta perbezaan Islam dan Kristian dari sudut akademik dan kajian.

Selain itu, kandungan di dalamnya membahaskan isu-isu akidah, akhlak, ibadah dan teori agama berdasarkan sumber rujukan utama Islam dan Kristian. Ia menjadikan rujukan al-Quran dan Hadis berada di samping Bible dalam setiap perbahasan. Dengan adanya buku ini, diharapkan pemikiran para pembaca akan lebih meluas dan ilmu menjadi semakin bertambah.

#9 – Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal Daripada Islam?

 

Buku ini, bermula dengan persoalan, sebagaimana tajuknya. Kandungan buku ini membawakan perbincangan tentang:

  1. Mengapa agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?
  2. Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?
  3. Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?
  4. Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam hidupnya tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?

Jawapan kepada empat soalan ini hanyalah satu. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang telah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu, yang diturunkan melalui wahyu oleh Tuhan yang satu. Ikuti perbincangan mengapa jawapan kepada persoalan ini di nyatakan begitu oleh penulis.

Penulis juga menyatakan. sekiranya agama Islam ini tidak ada kaitan dengan nabi terdahulu, Nabi Muhammad tidak perlu bersusah payah untuk mengkhabarkan mengenai orang Yahudi, Nasrani, Sabien, dan Majusi kerana Baginda berbangsa Arab, manakala kesemua kelompok itu bukanlah daripada kalangan bangsa Arab. Anda setuju atau tidak? 

 

#10 – Aku Masuk Islam Kerana Nabi Isa

RM 15

Siti Rahmah dilahirkan dengan nama Kris Rona Yunita. Dulunya beragama Kristian Protestan. Dulunya ia sangat membenci Islam kerana menurutnya Islam adalah agama yan suka peperangan, beristeri banyak, ibadah yang susah dan larangannya adalah hal-hal yang nikmat.

Masa lalunya sangat kelam. Ia berkahwin kerana hamil lalu bercerai, ketagihan dadah, menjadi GRO di tempat hiburan malam. Bahkan pernah membunuh bayinya sendiri. Kemudian Ia masuk Islam. Namun Ibu dan keluarga besarnya menentangnya bahkan menganggapnya sudah GILA. Dan memaksanya agar kembali keagamanya yang lama.!

“Jarang ada orang yang secara jujur mau mengungkapkan masa lalunya yang kelam penuh dosa, dan yang anehnya lagi dia belajar Islam dari Injil?