8 Buku Cerita Bina Karakter Positif & ‘Self-Esteem’ Anak Anda

Kata Konfucius,

Anda tidak akan buka buku tanpa belajar sesuatu

Benar, bukan?  Buku umpama magis yang hebat. Buku membuka dunia baru imaginasi, memberi peluang pembaca (si cilik kita) untuk menerawang jauh ke dunia lain tanpa meninggalkan keselesaan rumah. Buku merangsang minda, meningkatkan pengetahuan, mengembangkan perbendaharaan kata dan juga memberi pelajaran hidup yang penting.

Kami membawakan 8 buku kanak kanak yang dapat membina karakter positif yang penting kepada anak kita, antaranya seperti yakin diri, empati, pemurah, menghormati dan berkerjasama. Kesemua karakter ini amat penting untuk dikenalkan sejak dari usia muda, iaitu zaman kanak-kanak.

Siri Buku Kanak-Kanak yang diterjemahkan dari penulis asas ini  adalah satu contoh siri buku kanak-kanak yang mengajar nilai-nilai positif. Buku-buku ini mempunyai cerita dalam dwibahasa, ilustrasi menarik dengn grafik warna kontra, kertas kulit berkualiti dan cerita yang diselitkan dengan nilai positif. Jangan tidak tahu, buku-buku yang diterjemah kan ini di syorkan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia. Dalam artikel ini, kami rekomen 8 buah buku yang mengajarkan nilai-nilai positif yang penting dalam membina karakter si cilik anda.

Buku #1: Mengapa saya Berani? – Heidi & Daniel Howarth

Mengapa Saya BeraniBuku ini mengajar bahawa hidup tidak selalu senang dan tidak selalu gembira. Anak kita didedahkan bahawa mereka perlu berani hadapi pelbagai cabaran dan atasi perasaan takut.

Kisah ini menceritakan sifat berani anak-anak penyu. Kita dapat ikuti pengembaraan anak-anak penyu dari tempat dia dilahirkan, melalui pengembaraan yang bahaya. Bagaimana anak-anak penyu menghadapi risiko yang bahaya seorang diri?

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Berani mengambil risiko
  • Bijak mengawal perasaan takut.

Buku #2: Mengapa saya Takut?- Heidi & Daniel Howarth

Mengapa Saya TakutPerasaan takut tidak bermaksud kita lemah. Kisah istimewa ini berkongsi pengalaman menarik anak harimau bintang melawan rasa takut dan reaksinya apabila dibuli dan di ejek haiwan lain.

Berjayakah anak harimau bintang melawan rasa takut dan bangkit dari terus dibuli?

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Yakin dan percaya pada potensi diri sendiri
  • Empati dan tidak sewenang-wenang membuli orang lain

 

Buku #3: Mengapa saya Sedih?- Heidi & Daniel Howarth

Mengapa Saya SedihPernahkan anak kita didedahkan bagaimana cara beruang kutub dan keluarganya berjuang untuk hidup? Bagaimanakan anak beruang kutub bangkit dari rasa sedih dan kecewa? Bagaimana beruang kutub dan keluarganya berkasih sayang sebagai satu keluarga?

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Memahami bahawa sifat kasih sayang dan sokongan keluarga boleh menghilangkan rasa sedih, meningkatkan rasa berani serta yakin diri.
  • Anak kita belajar menghargai ahli keluarga.

 

Buku #4: Mengapa saya Gembira?- Heidi & Daniel Howarth

Mengapa Saya GembiraCerita ini membawa anak anak menerokai pengalaman anak panda yang belajar untuk hidup di hutan buluh. Pemandangan yang indah di negara China menggembirakan anak panda. Ikuti kisah bagaimana ibu panda berusaha membuatkan anak panda gembira.

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Belajar berterima kasih dan bersyukur
  • Kasih sayang ibu dan ayah penting untuk ’self-esteem’ anak

 

 

Buku #5: Seronoknya Membantu Kawan – Christina Falcon Maldonado & Joseph Maria Cardona.

Gobi: Seronoknya Membantu KawanIni kisah Gru dan Pick mengadakan sambutan hari lahir secara mengejut untuk Gobi. Gobi berasa gembira dengan sambutan hari lahir itu. Mereka makan dan bermain bersama-sama. Tangisan seekor rama-rama mengejutkan Gobi, Gru, dan Pick. Selepas disiasat, rupanya-rupanya si rama-rama tidak dapat menyertai kumpulan kawan-kawan kerana kakinya tersangkut pada kepompong. Gobi dan rakan-rakannya cuba membantu menghantar si rama-rama.

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Membuat orang lain rasa gembira adalah perbuatan terpuji
  • Membantu kawan yang dalam kesusahan dan prihatin adalah sifat yang baik

Buku #6: Boleh Gobi Bantu: Awak Percayakan Saya? – Christina Falcon Maldonado & Joseph Maria Cardona.

cov_bgb01-awak_percayakan_sayaGobi keluar daripada menuju ke hutan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan, kerana dia mahu membuktikan kebolehan dirinya berdikari tanpa bantuan sesiapa. Namun bahaya tidak memilih mangsa, Gobi sesat mencari jalan pulang. Mujurlah bantuan tiba, namun ada pihak yang tidak senang dan cuba mengganggu Gobi. Dalam kembara ini, Gobi belajar bercakap benar dan bertahan dengan kebenaran tersebut. Dapatkan Gobi di selamatkan? Berbaloikah kejujuran Gobi?

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Bercakap benar dan jujur perlu dipraktikan setiap masa
  • Jangan sekali kali menipu kerana kepercayaan yang hilang tidak dapat dikembalikan.

Buku #7: Berbeza Itu Menyeronokkan – Christina Falcon Maldonado & Joseph Maria Cardona.

cov_bgb03-berbeza_itu_menyeronokkanDilahirkan dengan rupa paras yang berbeza sedikit sebanyak membataskan pergaulan Gobi bersama gorila-gorila yang lain. Dengan kulit yang sensitif dan warna bulu yang berbeza, Gobi hanya boleh bermain pada waktu malam. Pada suatu malam, Gobi berasa bosan dan keluar bersiar-siar mencari sahabat. Malangnya, semua binatang di dalam hutan itu enggan berkawan dengannya.

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Perbezaan fizikal perlu dihormati dan tidak seharusnya menjadi sebab untuk membuli.
  • Sikap empati dan memahami masalah & kekurangan orang lain adalah sikap yang baik

Buku #8: Kumpulan Kami Hebat! – Christina Falcon Maldonado & Joseph Maria Cardona.

Kumpulan Kami HebatPerbezaan fizikal dan jenis tidak membataskan hubungan persahabatan. Ketika Gobi sedang asyik bermain bersama Gor, Gru, dan Pick, mereka dikejutkan dengan tangisan seekor anak zirafah yang terjatuh ke dalam lubang. Mereka bersatu bagi menyelamatkan anak zirafah itu. Mereka menggunakan kreativiti masing-masing bagi mangangkat anak zirafah yang keletihan itu.

Pengajaran & Nilai Positif dalam Pembinaan Karakter: 

  • Prihatin dengan masalah orang lain serta suka membantu
  • Skil berkerja sama dalam kumpulan adalah skil kehidupan yang penting untuk ’survival’

 

Jika anda masih ragu ragu bagaimana cara praktikal untuk mula membacakan buku cerita kepada anak dengan berkesan, anda boleh ikuti 9 langkah mudah di sini. Jangan gusar jika anda atau anak rasa kekok, anda perlu perlahan-lahan mengenalkan dunia buku kepada mereka, tanpa paksaan dan pastikan ianya menyeronokkan.

Apabila sudah hilang kekok, bolehlah anda amalkan tips paling penting dalam proses membacakan anak buku. Apakah tips tersebut dan manfaatnya anda boleh lihat di sini.

Jika anda mencari lebih banyak tajuk buku cerita dengan plot menarik yang membantu anak anda belajar membaca, ada lebih 20 tajuk buku untuk di pilih di sini, pada harga yang berpatutan. Selamat mencuba!

 

warungbooku