Buku Terbaik Ramlee Awang Murshid

Dari observasi kami, Ramlee Awang Mursyid adalah antara novelis yang beruntung kerana mempunyai ribuan peminat yang sentiasa mencari-cari, membeli, mengumpul karya² beliau. Tribe beliau amat setia dengan setiap karya yang beliau hasilkan.

Ikut pengalaman kami, kebanyakan pembaca novel RAM yang kami jumpa kesemuanya mempunyai hampir kesemua buku tulisan RAM.

Siapa  Ramlee Awang Murshid?

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah penulis novel berunsur thriller dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1986-2010. Ramlee Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah 4 kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan Novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Ia meninggalkan kenangan paling manis kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan hampir 30 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Antara lain, Novel Bagaikan Puteri, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Listopia Karya Ramlee Awang Murshid

RAM mempunyai kelab pembaca dan mereka setia berkongsi review dan sinopis dari setiap karya RAM.

Dari Laman Goodreads pula, kami senaraikan senarai karya terbaik dari Ramlee Awang Murshid. Kesemua 29 buah novel mempunyai rating 4 atau lebih, daripada 5 bintang.

Jika anda lihat pula bilangan pembaca yang memberi review ini, boleh dikatakan ramai yang menyumbang kepada rating yang tinggi ini. Bukan 1, 2 pembaca.

Hebat!

Anda boleh semak listopia ini untuk mengetahui karya-karya RAM yang telah di undi oleh pemaba di lama Goodreads.

Jika anda sememangnya pembaca karya Ramlee Awang Murshid, sudahkan anda mendapatkan kesemua karya terbaik ini?

Kebanyakkan pembaca menghubungi kami untuk melengkapkan koleksi novel RAM. Tak kurang juga yang cuba berjinak jinak dan mahukan sinopisis, review dan rekomendasi dari kami. Karya RAM antara paling ramai pengikut setia sepanjang kami menjalankan operasi di warung kami.

 

warungbooku