Anda Masih Belajar di IPT? Baca 5 Buku Ini Sebelum ‘Grad’

Do something today, that your future self will thank you for

5 buku yang kami rekomen ini mencakupi perancangan dan persediaan yang anda boleh lakukan sebagai pelajar IPT. Selain dari buku nota yang tebal-tebal perlu anda baca, curi masa untuk lakukan persediaan untuk masa depan anda. Seleksi buku ini menyediakan anda para relajar IPT; cara menjana dan menyimpan pendapatan, perancangan kewangan, ilmu membina bisnes, dan persediaan & inspirasi mengembara.

#1 – Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima – Azraei Muhamad

Enam Angka Menjelang Dua Puluh LimaBuku ini ditulis utk SIAPA? Paling ideal dibaca untuk anda yang masih lagi belajar di IPT. Selain dari buku teknikal atau nota pembelajaran, curi curi lah masa untuk baca buku begini, sebagai salah satu persiapan anda menghadapi masa depan yang belum tentu.

Penulis mengkhususkan buku ini untuk budak-budak baru masuk universiti dan teruja dapat duit PTPTN. Untuk budak yang baru masuk kerja dan mengidamkan beli Lancer EVO walaupun gaji masih layak terima BR1M. Untuk yang tengah garu kepala nak cari duit buat kahwin. Untuk yang merungut rumah harga mahal nokhorom dan marah kerajaan tak buat apa-apa. Dan untuk pada (bakal) ibu bapa yang tak puas hati kenapa ibu bapanya dahulu tidak buat simpanan juta-juta masa dia kecil dahulu. Kau nak terus merungut? Atau kau nak mula ambil tindakan dan ubah masa depan? Your future, starts with you today.

#2 – Rich Dad Poor Dad (Edisi BM) – Robert Kiyosaki

RM 21Ramai beranggapan buku ini hanya untuk bacaan orang dewasa yang telah berkerja. Hakikatnya, bila anda telah berkerja, amat surah curi masa untuk membaca! Jadi, semasa anda di IPT adalah waktu terbaik untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan. Buku Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race.  Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. Lebih awal anda sedar dan bersedia, bukankah lebih baik? Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh, membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang, mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja dan menjadikan wang bekerja untuk kita. 

Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” – Robert T. Kiyosaki

#3 – Rancang wang Sejak Jatuh Cinta – Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad

RM 25

Zaman sekarang, sudah menjadi trend pelajar IPT bercinta dan rancang untuk berkahwin selepas bergraduasi. Tapi, mereka terlupa satu perkara yang penting sepanjang mereka bercinta, iaitu merancang masa depan kewangan untuk berkahwin dan selepas berkahwin. kata-kata ‘I Love U’ tidak mampu membayar kos perkahwinan, mas kahwin apa lagi kos pampers dan susu anak. Mereka yang bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan anda daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan anda daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

#4 – Harta Rampasan Perang – Khairul Anuar

Harta Rampasan Perang“Ini buku hartanah untuk golongan muda. 

Mahu saja aku membina semula kampong aku yang telah hilang ini dengan membina semula rumah nenak aku yang telah roboh itu dan menjadikannya untuk sewaan. Mungkin sebelum kampong aku ini hilang menjadi satu lagi taman perumahan, aku akn dapat mendapat menjadikan ia tempat aku berkongsi kenangan yang sedikit aku ada di dalamnya.

Ingat, rumah tidak mudah untuk dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain. Ada yang berparang dan berpistol untuk mendapat hak untuk sebuah rumah.

Apabila ia diperoleh dan dimiliki oleh seseorang maka ia ibarat Harta Rampasan Perang”

Kalau baca buku sebegini pun tak mahu, jangan dikisahkan bila peratusan pemilikan hartanah bumiputera kekal rendah saban tahun!

#5 – Memulakan Bisnes Sendiri – Ainon Mohd

RM 14

Jangan ingat anda ada diploma atau degree, anda akan terus digajikan oleh syarikat syarikat di luar sana. Kadangkala, walaupun sudah puas menghantar resume untuk memohon pekerjaan tetap, kerja idaman anda masih  belum kunjung tiba. Adalah satu tindakan bijak untuk anda bersedia dengan minda terbuka, untuk mendapatkan ilmu dan lakukan persedian untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Paling tidak, dengan ilmu dari buku ini, anda boleh bermula dengan diri sendiri dan menjana pendapatan sendiri. Buku yang dicetak semula ini menyediakan panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini ialah ciri ciri yang perlu ada untuk usahawan, formula berjaya dalam bisnes, risiko perniagaan, bagaimana menjalankan bisnes part time, memilih jenis & model perniagaan, jenis produk dan servis, apakah perkara baik yang membahayakan bisnes, penyelesaian masalah kewangan bisnes, dan pemilihan rakan kongsi dan bagaimana menghadapi persaingan dalam bisnes. Buku ini ditulis oleh usahawan yang bermula dari bawah dan telah terbukti berjaya.

#6 – Travelog Mr. Traveller – Meor Farid Asyradi Meor Zahidi

RM 25

Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah secara solo. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Kenapa kami rekomen buku ini untuk anda yang masih belajar di IPT? Kerana di usia anda, amat penting untuk anda menyimpan cita cita mengembara, tidak semestinya ke Eropah. Dalam buku ini, penulis telah barkongsi segala persediaan rapi yang dilakukan untuk pengembaraan ini, dengan kos yang rendah! Pengembaraan akan membuka minda anda dan pengalaman anda. Jika anda dah baca 4 buku di atas ini, pasti ada sudah cukup duit tabung untuk mengembara seperti tuan penulis ini. Lepas grad, sebelum kerja, pergilah mengembara!

Kalau kamu kembara di luar Eropah, banyak sangat catatan kembara orang muda di pelbagai pelusuk benua untuk dijadikan inspirasi. Cuba lihat di sini.

 

warungbooku

One Comment