Belum Terlambat Untuk Perbaiki Diri, Pastikan Anda Cuba Langkah Ini

Semua orang ada peluang dan potensi berjaya. Kami kongsikan 8 langkah berkesan memperbaiki diri yang boleh anda cuba, tanpa mengira usia, latar belakang dan pekerjaan anda.

1. Detox Media Sosial

Tetapkan masa untuk anda putuskan hubungan dengan media sosial dari telefon anda, buat beberapa jam lama sehari. Mulakan dengan langkah mudah, contohnya “berpuasa” media sosial dari jam 8 malam, setiap hari.

2. Keajaiban Meditasi

Bagi orang islam, solat adalah aktiviti meditasi yang berkesan untuk menajamkan skil fokus. Sebagai tambahan, tetapkan beberapa waktu untuk diri anda untuk melakukan refleksi tentang pencapaian dan pengajaran yang anda dapat pada hari tersebut untuk anda lebih maju ke hadapan. Latihan meditasi ini memberi manfaat jangka masa panjang kepada anda – Anda menjadi lebih fokus dan dapat melakukan sesuatu pekerjaan dalam prestasi diri yang optimum.

3. Bacalah!

Jadikan membaca buku sebagai gaya hidup, bukan sekadar hobi. Kurangkan peruntukan masa untuk menonton televisyen semata-mata dan pastikan membaca buku adalah aktiviti yang anda lazimi setiap hari. Sebagaimana makan, minum atau bersukan menjadi gaya hidup anda, begitu juga membaca buku. Terlalu banyak buku yang dapat membantu anda memperbaiki diri secara langsung, seperti: Skil lakukan pembentangan, skil mengurus kewangan, skil lakukan ucapan umum, skil komunikasi dan lain lain. Anda sebenarnya sedang membentuk dan membangunkan diri anda dengan ilmu yang anda dapat dari buku.

4. Pilih dan lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal sememangnya baik untuk perkembangan emosi, fizikal san intelek yang optimum; ini disokong oleh banyak kajian saintifik. Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan personaliti dan minat anda. Bagi saya, saya gemarkan yoga!

5. Mula Urus Kewangan Anda

Langkah pertama mengurus kewangan ialah mula menjejak perbelanjaan anda. Berhenti berbelanja secara boros tanpa keperluan. Walaupun pendapatan anda kecil, pastikan anda simpan sebahagiannya untuk masa hadapan. Your future self will thank you later!

6. Sebarkan Kata-Kata Positif

Letakan jadual berkala atau reminder di telefon bimbit anda untuk bertanya khabar atau menghantar mesej positif dan menggembirakan ahli keluarga dan kawan-kawan. Melabur masa dan usaha untuk menjalin hubungan sosial yang baik dapat membantu anda menjadi seseorang yang gembira, positif dan optimis dengan masa hadapan.

7. Amalkan gaya hidup minimalis

Lihat sekeliling anda, adakah anda banyak menyimpan barang atau perkara yang tidak perlu dan tidak penting? Baju hingga penuh 3-4 almari? Kasut melebihi 30 pasang atau beg hingga penuh ruang di bilik? Lupuskan barang-barang yang tidak membawa sebarang manfaat dalam hidup anda. Cuba hidup dengan perkara asasi dan rasakan keindahan dan kebebasan gaya hidup minimalis ini.

8. Keluarlah mengembara

Jangan duduk di suatu tempat tanpa keluar mencari pengalaman baru. Tidak semestinya perlu keluar negara. Kita boleh rancang untuk mengembara ke negeri-negeri di Malaysia yang belum pernah kita jejaki. Pengembaraan sebegini membuka minda, meluaskan perspektif anda dan menjadikan anda lebih bersifat empati, terbuka, toleran dan memahami.

warungbooku