Mengapa Perlu Beli Buku Secara Online

Zaman teknologi serba mudah ini, boleh dikatakan semua barang keperluan boleh dibeli tanpa memerlukan kehadiran  fizikal pembeli, termasuk lah buku.

Pelbagai kemudahan membeli buku boleh didapati, lebih mudah untuk seisi keluarga mendapat ‘bekalan’ buku buat bacaan sekeluarga.

Lebih ramai orang berusaha memperbaiki tahap produktiviti masing masing, dek kerana pelbagai kerja dan urusan perlu diselesaikan. Dengan itu, lebih ramai pembaca kini beralih kepada internet apabila mereka perlu mendapatkan bahan bacaan atau buku.

Sebab paling utama mengapa kita semua perlu membeli buku secara online:

#1 – Elak trafik, jimat kos dan masa

Siapa lah yang suka trafik di Malaysia, lebih lebih lagi di Kuala Lumpur? Tidak berbaloi langsung kita menggunakan masa dengan menempuh trafik dan pusat membeli-belah yang sesak untuk mendapat bahan bacaan, sedangkan ada pilihan lain yang lebih efisyen, iaitu pembelian buku secara online.

Selain itu, kos pengangkutan (kos tambang LRT, Bas, minyak, tol, dan penggunaan kereta) dapat dijimatkan 100%!

#2 – Peluang mencari buku lebih cepat dan mudah

Anda tidak perlu untuk melawat banyak kedai-kedai buku yang anda di kawasan anda dan membuang masa mencari dari satu rak ke rak yang lain untuk mencari buku yang anda mahu. Melalui pembelian secara online, anda hanya perlu tahu tajuk buku, nama penulis untuk mendapatkan buku tersebut.

Terdapat banyak kedai buku online yang mempunyai fungsi e-commerce, media sosial seperti Facebook, Instagram dan website untuk memaparkan tajuk buku terkini, bestsellers dan popular yang membolehkan anda lakukan research sebelum buat keputusan membeli.

#3 – Baca Ulasan dan Penilaian

Sesetengah kedai online mempunyai felo buku yang mempunyai banyak maklumat berkenaan buku, dapat membantu anda dalam menjawab segala persoalan anda berkenaan buku. Resensi, ulasan dan senarai rekomendasi yang disediakan juga membantu pembaca membuat keputusan sebelum membeli buku yang sesuai dengan citarasa anda. Jika anda perlukan rekomendasi, anda boleh lihat di sini.

#4 – Diskaun Diskaun Diskaun

Oleh kerana kedai-kedia buku ini beroperasi secara online, mereka mempunyai margin keuntungan yang lebih berbanding kedai buku fizikal yang perlu membayar kos premis dan overhead yang agak tinggi. Oleh itu, banyak kedai-kedai buku online lazimnya menjalankan promosi khas dan mempunyai kapasiti untuk menawarkan diskaun dan tawaran hebat kepada pembaca.

Tawaran diskaun lazimnya diberikan sempena hari perayaan di Malaysia, sambutan dan keraian berkenaan buku & pembaca seperti (Hari Buku Sedunia, Hari Penulis, Hari Sambutan Kanak-Kanak, dan lain-lain), hinggalah hari sambutan ulangtahun penubuhan kedai buku tertentu. Anda hanya perlu bertanya kepada mereka! 🙂

#5 – Free Shipping

Tawaran PERCUMA POS LAJU adalah antara tawaran yang paling hebat dan amat digemari pembaca. Kebanyakkan kedai buku online menawarkan penghantaran percuma apabila nilai minima pembelian dicapai. Contohnya:

Kinokuniya menawarkan minima RM300

MPH Online menawarkan minima RM120

Bookxcess menawarkan minima RM200

warungbooku menawarkan minina RM80

Jadi membeli buku  secara online sememangnya memberi penjimatan dalam pelbagai aspek. Jimat wang dan masa, berbanding membeli buku di sedia buku fizikal.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk membeli buku secara online ?

Pilih buku dan senaraikan buku yang ingin di beli

Hantarkan order anda kepada kedai buku online yang dipilih

Berikan maklumat penghantaran seperti Nama, Alamat Penerima, No Telefon & Email

Tunggu sahaja buku-buku anda tiba di hadapan pintu rumah!

warungbooku