Lakukan Ini Ketika Bacakan Buku Untuk Anak Anda

 

Setelah anda mengaplikasi tips praktikal; 9 Cara Membacakan Anak Buku Cerita, ada satu lagi aspek paling penting yang wajib ibubapa lakukan, iaitu;Mengulang –ulang baca buku cerita yang sama dengan cara berbeza.  Membaca buku cerita yang sama beberapa kali, boleh menyebabkan anak rasa selesa.

Benarkah? Apakah manfaat membacakan buku cerita kepada anak berulang kali? Anak anak mudah rasa selesa dengan cerita dan situasi yang mereka 'familiar'.

Cerita yang sudah dikenal dan mudah di agak jalan ceritanya membuat anak merasa yakin dan selesa. Jika dibacakan sebelum tidur, tentu rasa selesa ini sangat membantu untuk menidurkan anak.

Yang paling penting, anda anda bakal mendapat 3 manfaat besar, yang paling penting dalam proses mendapatkan ilmu :)

baca-anak

Kredit gambar: https://goo.gl/77ma7D

#1 – Anak Mampu Menambah Kosakata (Vocab) baru.

Anak-anak lebih mudah mengingat kosakata baru dalam cerita sama yang didengar berulang-ulang daripada mendengar kosakata yang sama dalam cerita yang berbeza.

Ketika pertama kali mendengar sebuah cerita, barangkali anak akan cuba memahami jalan cerita.  Mungkin ketika pertama kali mendengar, anak kita akan mengetahui secara kasar jalan ceritanya. Kali kedua, ia mulai memperhatikan butiran lain, seperti latar belakang, watak utama, watak sampingan dan lain lain.

Dengan bercerita kisah yang sama berulang kali (di waktu berbeza), anak-anak memahami kosakata baru dalam konteks yang sama. Membaca cerita berulang-ulang membantu mereka berlatih mengaplikasi kosakata yang di pelajari.

#2 – Anak Belajar Berfikir Logik.

Selalunya, anak-anak tidak terus faham seluruh jalan cerita semasa pertama kali mendengarnya. Tetapi ketika mendengar cerita yang sama berulang-ulang, anak  mulai memahami struktur, pola, urutan, watak dan logik jalan ceritanya. 

Mereka akan mula faham peranan watak watak yang wujud daam certa dan juga kaitan antara sebab-akibat. Ini bakal membantu bubapa menyeltkan nasihat, dan pengajaran yang boleh diaplikasi d dunia sebenar.

#3 - Anak Melatih Daya Imaginasi

Ketika saya membacakan cerita "Misteri Makhluk Aneh", yang merupakan kisah hidupan marin, dan kisah "Cimut", tentang kisah komuniti semut, saya lihat anak saudara saya, Udin memberikan pandangan jauh, diselang seli dengan banyak soalan seperti "Batu karang tu haiwan ke tumbuhan?", "Kuda Laut tu apa?", "Bagaimana semut boleh tahu jalan balik rumah?"

Selain belajar kosakata baru, buku cerita dapat membuka 'dunia baru' kepada anak anak kita, dan ia baik untuk melatih daya imaginasi. Apabila cerita yang sama diulang baca, kita boleh mencuba cara (style) dan dialog berbeza dan ini memberi ruang anak kita berimaginasi sesuatu situasi berulang kali. Ia akan mencambahkan lagi ruangan dan daya imaginasi!

 

Selamat mencuba!

"Children are made readers on the lap of their parents""Emilie

 

Buku buku dengan jalan cerita mudah, menarik dan pelbagai latar belakang, boleh didapati di sini.

warungbooku