‘Walk The Talk’ Seperti Mark Zuckerberg

Seperti orang lain, setiap tahun, Mark Zuckerberg juga menetapkan azam baru atau target yang ingin beliau capai. Kesemua azam beliau agak ekstrim kerana sememangnya beliau mahu mencabar diri sendiri dan melihat sejauh mana beliau boleh merealisasikan.

Antara cabaran yang beliau telah ambil antaranya ialah, belajar bahasa Mandarin, memakai tali leher setiap hari, berjumpa orang di luar dunia Facebook setiap hari, menjadi separuh vegan (dengan hanya memakan daging yang disembelih sendiri),  menulis nota terima kasih setiap hari dan pada tahun ini, beliau telah meletakkan azam untuk MEMBACA BUKU BARU SETIAP 2 MINGGU. Idea azam tahun 2015 ini asalnya datang dari pada Cynthia Greco, seorang pengurus di MediaOnePA/York Newspaper Company yang mencadangkan Mark membaca buku setiap bulan dan buku yang menjadi pilihan untuk dibaca ialah buku yang di pilih oleh orang lain.

Mark tertarik dengan cadangan itu, terapi beliau menukarkan sedikit, dan menjadikan azam tahun 2015 kepada: Membaca buku baru yang dicadangkan orang lain setiap minggu, dan memberi penekanan untuk mempelajari tentang budaya, kepercayaan dan sejarah.

Mark berkata,

 Saya teruja dengan cabaran membaca ini. Saya mendapati membaca buku adalah sangat memuaskan dari segi intelektual. Buku membolehkan anda untuk menerokai sepenuhnya sesuatu topik dan membenarkan anda untuk memahaminya lebih dalam berbanding media lain. Saya tidak sabar untuk beralih dari diet (membaca) media kepada membaca buku

Untuk menjayakan azam beliau, Mark Zuckerberg telah membuka sebuah Facebook Page baru bernama A Year Of Books. Anda boleh mengikuti cabaran dan membaca buku yang sama dengan beliau melalui laman ini. Beliau juga meminta pengguna untuk berbincang mengenai konten buku ini di laman tersebut.

A Year of Books

Kini, seramai 552,552 pengguna Facebook sudahpun menekan “like” di page tersebut. Ramai ‘kaki buku’ di kalangan netizen, penulis buku mahupun usahawan berjaya seperti Richard Branson, filantrofis Melinda Gates juga aktif dalam perbincangan buku yang di lakukan secara online melalui Facebook.

Melalui cadangan tajuk buku yang datang dari pelusuk dunia, aktiviti ‘Book Discussion’ yang dianjurkan secara online melalui Laman A Year Of Book, ramai telah mendapat manfaatnya, samada memberi idea tajuk buku yang akan di baca, ataupun memahami sesuatu subjek melalui diskusi online, memberi inspirasi untuk membaca buku atau sekadar menggalakkan minat membaca buku.
 
 
A Year of Books
A Year of Books 

A Year of Books

Buku pertama yang terpilih pada tahun 2015 ialah THE END OF POWER  ditulis oleh Moises Naim. “Ia adalah sebuah buku yang menerokai bagaimana kuasa di dalam dunia ini diberikan lebih kepada individu yang dahulunya hanya dipegang oleh kerajaan, tentera dan organisasi,” Mark menulis. Buku ini mencatatkan rekod apabila jalan di Amazon habis pada awal buku ini dipilih.

Terkini, bilangan buku yang di baca sudah mencecah ke angka 22. Buku yang ke-22 ialah WORLD ORDER.

Ok, cukup cerita tentang Mark Zuckerberg dan azamnya. Anda pula bagaimana?

Dari segi pembacaan buku, berapa buah buku yang telah anda baca sepanjang tahun 2015?

Apakah nilai tambah yang anda perolehi dari buku buku yang telah anda baca?

Berapa ramai orang sekeliling anda yang terinspirasi dengan hobi membaca & buku buku pilihan anda?

Adakah anda cuba keluar dari zon selesa membaca genre buku yang berlainan dari kebiasaan?

Anda boleh memperbaharui azam anda sentiasa, dengan syarat, perlu perbaiki strategi anda untuk mencapai azam tersebut. Sebagaimana Mark Zuckerberg, azam beliau setiap tahun hanyalah SATU sahaja. Tetapi beliau komited dengan azam tersebut, konsisten melakukannya hingga ia memberi impak yang besar kepada dirinya, pengikutnya di Facebook, pengusaha buku, penerbit buku dan ramai lagi!.

Jom kita contohi Mark Zuckerberg; Walk The Talk. Sama sama berusaha menjayakan azam yang di letakkan untuk tahun hadapan!

Sumber: Forbes

warungbooku

One Comment