Cipta Masa Depan Cerah Dengan 8 Habit Ini

Perbezaan besar antara orang kaya dan berjaya terutamanya self made millionaires, dengan orang kebanyakkan bukanlah semata-mata jumlah harta. Perbezaan terbesar antara dua golongan ini adalah tabiat atau tingkahlaku, cara fikir, cara menyelesaikan masalah dan matlamat hidup.

Boleh di rumuskan, orang yang kaya dan berjaya mempunyai rutin sebegini:

#1 –  Sentiasa Membuat To-Do-List.

Tidak membiarkan masa berlalu sia-sia, mereka merancang seluruh aktiviti mereka dengan senarai kerja yang mahu disiapkan utk hari tertentu, dalam minggu atau bulan tertentu. Bermula dengan rancangan tahunan, seterusnya bulanan, mingguan, harian dan aktiviti setiap jam.  Elon Musk, bila di tanya bagaimana beliau merancang aktivitinya,  beliau berkata aktiviti harian dirancang dengan to-do-list dan dipecahkan mengikut jam, dalam sehari.

#2 –  Bangun Awal.

Bangun 2-3 jam sebelum mula bekerja (contohnya jam 5 pagi). Mereka menggunakan masa ini untuk merancang aktiviti harian, menyediakan persiapan kerja, dan menentukan objektif yang spesifik untuk dicapai pada hari itu.

#3 – Membudayakan Ilmu

Tanpa jemu, mereka sentiasa mendapatkan ilmu pelbagai bidang, samada mendengar bahan ilmiah berbentuk audio ketika dalam perjalanan. Tak kira samada ia adalah lecture talk, audio books, mereka yang berjaya jarang sia-siakan masa tanpa aktiviti bermanfaat. Ada banyak pilihan untuk ini, contohnya podcast TED Talk, BBC Podcast, Bayyinah TV dan Audible (Aplikasi untuk buku audio).

#4 – Jalin Hubungan Sosial Dengan Masyarakat

Jarang kita lihat orang yang berjaya hanya duduk terperap di rumah. Meskipun seorang introvert, orang yang berjaya dan kaya lazimnya melibatkan diri dengan persatuan, kumpulan tertentu yang sesuai dengan minat. Mereka lazimnya menetapkan beberapa jam, contohnya 5-7 jam setiap bulan untuk aktiviti sosial, persatuan atau komuniti. Melalui cara ini, mereka dapat menambah kenalan, selain menghubungkan mereka dengan jaringan berbakat dan enthusiasts dalam sesuatu bidang. Mereka menggunakan sesi minum kopi yang santai dengan usahawan atau individu yang memberi nilai tambah kepada mereka.

#5 –  Tetapkan Masa Untuk Membaca.

Menghabiskan masa 1 jam setiap hari untuk membaca bahan ilmiah. Ada kami sebutkan tentang manfaat kuasa 1 jam 1 hari di sini. Fokus dengan apa matlamat penambahbaikan diri yang ingin anda capai, cari bahan ilmiah atau buku yang dapat membantu, dan fokus membaca dan mempraktikkan ilmu selama 1 jam 1  hari. Selepas seawal 3 bulan, anda pasti rasa perbezaan diri anda yang baru! Jika anda mahu asah skil menguruskan masa dan produktiviti, buku-buku International Bestsellers terjemahan dari Bahasa Inggeris seperti ini adalah pilihan yang baik.

#6 – Latih Diri Membentuk Habit Positif.

Samada mahukan cara hidup sihat, membina displin, mengasah skil tertentu, mereka yang berjaya, sentiasa mahu melatih diri membentuk habit positif. Benarlah, mereka yang berjaya sebenarnya tidak berjaya dengan sendirinya. Tabiat baik tidak berlaku dengan tiba-tiba. Ia perlukan latihan. Mereka melatih diri untuk mengamalkan tabiat dan minda positif sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka berjaya dan menjadi jutawan.

#7 –  Tidak Habiskan Masa Menonton TV.

Anda pernah lihat iklan kereta Bentley, Porche, atau Jaguar keluar di kaca TV setiap malam (waktu prima)? TIDAK PERNAH, bukan? Kerana marketing strategists Jaguar tahu, kumpulan sasaran mereka tidak menghabiskan masa menonton TV! Kumpulan sasaran mereka; golongan berjaya dan kaya yang sentiasa produktif dengan urusan yang bermanfaat dan memberi impak. Hampir semua mereka yang berjaya tidak menonton TV,  atau hanya menonton TV kurang daripada 1 jam setiap hari. Selain daripada membuang masa, menonton TV tidak dapat menambah nilai maksima berbanding membaca buku ataupun mendengar bahan ilmiah. Jadi, hadkan masa menonton TV dalam bentuk jam, setiap minggu. Contohnya: Tonton TV hanya 3 jam seminggu.

#8 – Menyediakan Vision Board Matlamat Hidup.

Kuasa visualisasi tidak boleh dinafikan. Jangan biarkan impian anda hanya terpendam di dalam minda tanpa diterjemahkan dalam bentuk visual. Sediakan matlamat anda dan pastikan anda letak di tempat yang boleh dilihat setiap hari. Visual boleh menggerakkan kuasa separuh sedar anda untuk berusaha mencapai matlamat yang ada tetapkan.

Untuk Jadi Produktif, Mengapa Perlu Belajar Tangguhkan Kerja Seperti Strategi Ini…

 

Brian Tracy menulis dalam buku Eat That Frog!, penyakit utama dalam menyiapkan kerja ialah BERTANGGUH-TANGGUH. Dalam buku ini, sebahagian besar teknik di berikan oleh Brian Tracy ialah teknik berkesan mengatasi tabiat buruk SUKA BERTANGGUH.

Menurut Brian Tracy, analogi menarik dan mudah difahami bagi menerangkan situasi sikap bertangguh ialah umpama “MAKAN KATAK”. Siapa yang sanggup makan seekor katak, jika ada pilihan lain menunggu? Brian Tracy mengulas lanjut…

Katak yang besar dan hodoh adalah analogi kerja yang penting, besar dan mencabar. Sebaliknya, katak yang kecil dan comel, umpama kerja yang mudah dan tidak penting.

Bagaimana elak sikap bertangguh dengan memahami analogi MAKAN KATAK ini? Begini:

Mulakan hari anda dengan melakukan kerja yang paling sukar dan besar

Mengapa?

Secara analogi nya Brian Tracy mencadangkan, jika anda ada beberapa pilihan katak untuk dimakan hari tu, makan dahulu katak yang besar dan hodoh, barulah diikuti kata-katak yang lain. Strategi memulakan hari dengan kerja yang paling penting dan mencabar dapat mengelakkan anda dari bertangguh dari menyelesaikan urusan harian, kerja mahupun tanggungjawab keluarga.

Strategi ini, tidak mudah dilazimi dan ia perlu di latih. Secara lumrah, jika kita ada 5 urusan perlu di selesaikan dalam sehari. Tahap kritikaliti dan keutamaan kerja semuanya tidak sama. Lazimnya kita cenderung memulakan dengan kerja paling mudah dan tidak penting dan mengelak untuk selesaikan kerja sukar dan penting. Akibatnya, masa prima kita hanya digunakan untuk selesaikan kerja remeh, dan kerja penting yang berimpak tinggi masih lagi tertangguh dari satu hari ke hari yang lain.

Cara begini perlu di ubah. Strategi ini menuntut kita untuk latih diri mendahulukan urusan atau kerja yang penting dan belajar bertangguh melakukan kerja-kerja remeh dan tidak penting selepas urusan penting diselesaikan. Dalam bahasa analogi Brian Tracy, makan dahulu katak besar dan hodoh, tangguhkan dahulu untuk makan katak kecil dan comel.

Untuk membiasakn diri dalam strategi MAKAN KATAK yang paling HODOH ini, Brian Tracy berkongsi cara praktikal dan terbukti berkesan.

Bagaimana?

  1. Senaraikan tugas, tulis di atas kertas.

    Jadikan ia satu habit dan kelaziman. Jangan biarkan senarai kerja anda terperap di dalam ‘kepala’ sahaja. Rancang dan tulis semua tugasan anda di kertas atau jurnal harian.. Ini dapat menggerakkan minda separa sedar anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi  implimentasi strategi menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

  2. Susun semula prioriti: Patut vs. Perlu.

    Katakan anda ada 10 uruapan, kenal pasti dan susan mengikut prioriti. Amalkan 80/20 rule untuk kemal-asti kerja atau urusan yang memberi nilai tambah tertinggi, paling penting dan yang memberi impak besar .

  3. Pilih tugas yang paling penting.

    Setelah anda menyenaraikan, meyusun tugas penting, separa pentinf dan kurang penting, pilih satu tugas paling kritikal untuk anda lakukan pada hari tersebut. Tugas yang anda pilih ini mestilah kritikal dan memberi impak samada jika anda selesaikan atau impak jika tidak diselesaikan.

  4. Cipta zon senyap. 

    Putuskan hubungan anda dengan email, media sosial, internet dan ada sahaja yang boleh mengganggu fokus anda.

  5. Ruang kerja yang kemas.

     Ruang kerja yang kemas dan teratur dapat menjadikan minda anda lapang , kurang gangguan dari perkara tidak perlu dan memberi suasana kondusif untuk terus melakukan kerja.

  6. Bahagikan tugas besar kepada kumpulan kecil & tetapkan blok masa.

    Jika anda menetapkan 3 jam untuk selesaikan sesuatu tugas,anda boleh bahagikan blok masa kepada setiap 30 minit (6 blok masa)  atau 1 jam (3 blok masa). Cara ini lebih efisien untuk anda pastikan tiada aspek kerja yang tertinggal dari diselesaikan.

  7. Displin.

    Bukan mudah mahu displin untuk terus ‘MAKAN KATAK yang paling hodoh dan besar setiap hari, setiap pagi’. Ia memerlukan semangat dna keinginan willpower yang tinggi. Namun, jika urusan penting, sukar dan bear dilakukan dahulu, semangat kita masih belum terhakis dek gangguan sekeliling.

  8. Konsisten selama 21 hari

    Konsistensi adalah kunci utama dalam membentuk mana-mana habit. Cuba lakukan cara praktikal anjuran Brian Tracy dalam buku Eat That Frog! ini dan anda dapat rasaran tapa produktiviti dan efisiensi dalam lakukan kerja anda bertambah.

Apakah Eat That Frog! berbaloi untuk di baca?

Sudah pasti! Terutamanya jika anda Jika anda mendapati masalah bertangguh kerja sukar di atasi dan memberi impak kepada kualiti kerja dan hidup. Eat That Frog! menawarkan koleksi ringkas, mudah faham dan mudah amal untuk di cuba. Sebab-sebab bertangguh kerja bagi setiap orang adalah berbeza, taktik Tracy adalah agak pelbagai dan menyeluruh boleh menjadi rujukan yang fleksibel untuk pembaca, samada untuk diaplikasi kan di lapangan kerja, pelajaran mahupun tugasan keluarga.

Highly recommended!

Pesan Za’aba Kepada Kaum Ibu….

Bahagia rasanya apabila semakin ramai pembaca muda yang melazimi karya Za’ba, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka ini. Mungkin kerana inti karya ini di sebut-sebut oleh beberapa figur berpengaruh; influencer dalam dunia buku seperti Tuan ZF Zamir dalam post beliau di sini, selain penerbit buku yang progressif seperti Jejak Tarbiah yang menerbitkan buku Revolusi Budi yang berinspirasikan pemikiran Za’ba.

Za’ba agak popular di kalangan massa, dengan karya beliau ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’. Namun, jika di ‘bedah’ karya beliau yang lainnya, seperti ‘Mencapai Keluhuran Budi’, pembaca akan terpukau dengan begitu jelas dan terangnya huraian idea yang cuba di sampaikan Za’ba, berkenaan pengamalan agama sebenar yang harus di hayati oleh orang melayu di zaman itu. Di sulami kritikan sosial dan huraian tentang hakikat serta konsep beragama, Za’ba juga memberi anjuran bagaimana seharusnya muslim perlu menggunakan akal kurniaan Allah dalam beragama.

Salah satunya, Za’ba berbicara tentang tanggungjawab ibu bapa.  Za’ba menekankan tentang betapa pentingnya bagi ibu bapa jalankan tanggungjawab mereka dahulu terhadap anak sebelum mereka menuntut hak dari anak untuk menghormati dan menjaga mereka pula.

Dalam mendidik anak-anak, saya kira Za’ba menekankan ‘substance is more important than form’. Aspek budi mesti ditekankan dalam mendidik anak-anak, bukan sekadar pengalaman agama secara luaran atau fizikal sahaja.

Agak terpukau saya apabila membaca pesan Za’ba kepada ibu-ibu, dengan memberi gambaran aspirasinya terhadap wanita (ibu) yang mencorak pendidikan anak dan keluarga. Bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan wanita atau ibu yang hebat dan terpelajar itu?

Ibu yang berpelajaran istimewa pada zaman kemajuan sekarang ini,

Ibu yang celik matanya mengetahui hal-hal dunia yang lebih luas dari kelongkong dapurnya dan ceruk-ceruk keliling rumahnya dan daerah kampungnya,

Ibu yang mengerti perkara-perkara lebih tinggi daripada berbualkan rantai emas dan kerabu intan dan sebagainya,

Ibu yang lebih bertanggungjawab daripada semata-mata hendak bersolek dan meniru-niru pembawaan Barat!

Sejak dari tahun 1920-an lagi Za’ba  menasihatkan golongan ibu bukan sekadar berbicara tentang kerja dapur, rantai emas dan bersolek semata-mata. Tetapi, peranan wanita dan ini adalah lebih dari itu, seiring dengan kaum bapa dalam pendidikan anak-anak dan pentadbiran rumahtangga, melayu suluhan agama dan ilmu.  Za’ba menyeru wanita menjadi woman of substance dan tidak hanya mementingkan perkara-perkara luaran. 

Dalam buku ini, Za’ba menghujahkan bahawa kebahagiaan, ketinggian dan kecemerlangan manusia perlu digarap melaui agama. Agama dapat membentuk, mendidik dan membesarkan manusia, sesuai dengan keadaan pada hari ini dan akan datang. Namun pemahaman agama yang verbena, menatijahkan pula medan berbeza. 10 rencana Za’ba yang dikumpulkan dalam buku ini, mengupas konsep-konsep asas dalam memahami, menghayati agama dan aplikasinya dalam hidup insan; termasuk:

1. Agama dan tujuannya.
2. Perlunya didatangkan agama.
3. Agama yang sebenar.
4. Mustahaknya pengetahuan agama.
5. Ibu bapa – guru yang pertama.
6. Cara-cara mendidik anak-anak.
7. Didikan di dalam urusan rumahtangga.
8. Kewajipan ibu bapa kepada anak-anak.
9. Kewajipan berjimat cermat.
10. Faedah berjimat cermat.

Bagaimana Masyarakat Yahudi Pupuk Minat Membaca

Pada 23 April, Saudara Ayman Rashdan Wong berkongsi tulisan menarik sebagai tribute menyambut Hari Buku Sedunia. Apa yang menarik, Saudara Ayman menyelitkan tauladan buat kita, tentang bagaimana kaum yahudi memupuk minat membaca dikalangan generasi muda mereka.

Saudara Ayman menulis….

“Hari ini adalah Hari Buku Sedunia (World Book Day) yang ditetapkan oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) sejak tahun 1995. 23 April dipilih kerana dua penulis teragung dalam sejarah Eropah iaitu Cervantes (penulis berbangsa Sepanyol yang menghasilkan novel ‘Don Quixote’) dan Shakespeare (penulis berbangsa Inggeris yang menghasilkan ‘Hamlet’, ‘King Lear’ dan ‘Romeo and Juliet’) meninggal dunia pada 23 April 1616.

Walaupun penggunaan buku elektronik (e-book) seperti Kindle semakin menjadi pilihan, namun buku berbentuk fizikal masih mempunyai daya tarikan yang tersendiri berbanding e-book.

Pertama, buku berbentuk fizikal mempunyai bau yang harum. Antara banyak-banyak buku, buku terbitan syarikat Penguin Books paling wangi, entah jenis kertas apa yang diguna sehingga bau bukunya menyerupai mahogani. Bau buku lama juga berbeza dengan buku baru. Buku baru selalunya berbau seperti teh hitam (disebabkan kesan dakwat), buku lama kebanyakan berbau seperti vanila. Keharuman buku boleh merangsang kecerdasan otak dan menghilangkan stres, lebih kurang seperti aroma-terapi lah.

Kedua, kepuasan membaca buku berbentuk fizikal tidak sama dengan membaca e-book. Kalau buku jenis berfakta dan mudah dibaca, bolehlah membaca melalui e-book. Tetapi bagi buku-buku bergenre falsafah atau novel, buku berbentuk fizikal lebih membantu penghayatan yang mendalam.

Bangsa yang hebat adalah bangsa pembaca. Selain bangsa Jepun yang saya selalu sebut, bangsa Yahudi juga terkenal sebagai bangsa pembaca. Kerana membacalah orang Yahudi dapat ‘menguasai’ dunia melalui penguasaan ilmu pelbagai bidang. Orang Yahudi mempunyai ‘rahsia’ memupuk minat membaca sejak zaman kanak-kanak lagi: sambil mengajar kanak-kanak membaca (terutamanya kitab Torah), guru atau ibu bapa Yahudi akan bagi kanak-kanak makan manisan (misalnya madu), dengan itu dalam minda orang Yahudi akan terbentuknya sub-kesedaran (‘sub-consciousness’) bahawa ‘buku itu manis’, menjadikan mereka gemar membaca (rujuk buku Teaching Jewish Life Cycle: Traditions and Activities, halaman 26). Harap tiada yang mengatakan sambutan Hari Buku Sedunia itu agenda Yahudi pula.

Mari semarakkan Hari Buku Sedunia. Kalau dah selalu menayang gambar makanan sedap dan pakaian lawa di media sosial, apa kata hari ini tukar jadi menayang buku?


Nota: Dalam gambar: buku ‘Being and Time’ oleh Martin Heidegger adalah buku yang paling mencabar bagi saya. Sudah 9 tahun saya masih belum berjaya menghabiskan ia. Boleh cuba kalau berani.”

6 Sebab Mengapa Anda Suka Membaca (Buku)

#1 – TIKET MENGEMBARA PALING MURAH

Sambil duduk be rehat di sofa rumah atau kampung anda, tidak kira walaupun ia teletak di Kodiang misalnya, anda tetap boleh mengembara ke benua lain, negara dan kawasan asing, bertemu dengan masyarakat yang tidak pernah anda terfikir mereka wujud. Semua ini tidak perlukan harga tiket penerbangan yang mahal. Lebih dari itu, anda boleh masuk ke ruangan masa yang berbeza dari sekarang. Anda boleh pilih, mahu masuk masa lampau atau masa hadapan. Hanya dengan buku, anda boleh merantau ke tempat dan masa tanpa sempadan!

Katakan anda sedang membaca buku tulisan Malala Yousofzai dan Christina Lamb dalam edisi BM, yang bertajuk ‘Saya Malala’. Tanpa sebarang risiko keselamatan, anda telah pun merantau ke Swat, Pakistan. Anda dapat membayangkan keindahan Swat yang asli, dan diperkaya pula dengan tinggalan sejarah penganut Budhha kurun ke 2 BC. Swat juga dikenali sebagai ‘Switzerland of The East’.  Anda dapat ‘bertemu’ dengan penduduk Swat dan memahami serba sedikit budaya, cara hidup dan cara mereka bermasyarakat. Anda dapat memahami kemelut sosio ekonomi dan masalah pendidikan mereka. Menarik, bukan?

#2 – MODAL SOSIAL TERBAIK

Kebanyakkan pencinta buku yang kami temui adalah mereka yang bersifat intovert, yang selalu sinonim dengan sikap pendiam, tidak suka bercakap tanpa keperluan dan suka ruang dan masa untuk diri sendiri. Apa yang berlaku jika anda, seorang introvert yang sukakan buku; terperangkap di salah satu aktiviti sosial seperti kenduri, atau program yang mana anda dikelilingi oleh orang yang tidak di kenali, berjam-jam?

Membaca buku menjadikan anda sentiasa ‘selamat’ dengan modal sosial untuk memulakan perbualan. Bukan sekadar berbual bertanya nama, asal dan tempat belajar/kerja; kemudian terus diam dan keadaan jadi sunyi sepi.

Anda boleh sambung perbualan dengan pelbagai tajuk dari bahan bacaan anda selama ini; dari hal ewal dalam negara seperti pendidikan (Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang), kemanusiaan (Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi), ekstrimism (Saya Malala), motivasi (Who Moved My Cheese Edisi BM), kisah imigran (The Namesake), cerita peperangan (Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana), sastera (Merantau Ke Deli), pelaburan (Rich Dad Poor Dad Edisi BM) dan lain-lain!

#3 – LATIHAN MEMORI & SKIL IMAGINASI

Membaca novel atau fiksyen sejarah dapat menguatkan kuasa memori dan imaginasi anda. Buku fiksyen sejarah adalah berdasarkan fakta kajan sejarah, namun telah diolah secara kreatif. Dalam satu buku, anda akan dihidangkan dengan pelbagai fakta sejarah disebalik plot, dialog dan jalan cerita yang ditulis. Imaginasi anda turut menerawang jauh membayangkan kisah sejarah yang diceritakan penulis.

#4 – HADIAH YANG IDEAL

Apa sahaja program (graduasi, pertunangan, perkahwinan, naik pangkat, dapat anugerah) yang perlukan hadiah kepada ahli keluarga atau kawan, buku adalah hadiah yang mudah dan ideal. Penerima beroleh manfaat dan jika kandungan buku tersebut baik dan dapat di amalkan, anda dapat pahala jariah. Pilih buku yang bersesuaian dengan penerima dan difikirkan bermanfaat untuk penerima. Jika anda seorang ibu atau ayah, buku boleh dijadikan hadiah ideal untuk anak anda.

#5 – MURAH & MUDAH

Di Malaysia, buku dikecualikan GST. Selain itu, ada kedai buku online yang besar, dan menawarkan diskaun durian runtuh (klik di sini), selain pesta buku tahunan seperti #Pbakl atau #BigBadWolf. Ada juga yang tawarkan #FreeDelivery untuk pembelian serendah RM80 (klik di sini). Kalau mahukan bacaan secara percuma, lawatilah perpustakaan terdekat di komuniti kawasan anda! (klik di sini)

#6 – AKSESORI TERBAIK

Bagi kebanyakkan pencinta buku, mereka memang tidak akan keluar rumah tanpa membawa buku. Rasa ‘insecure‘ keluar rumah tanpa buku. Sambil tunggu kawan di cafe atau bus stand, buku menjadi peneman setia. Jika anda membaca buku ditempat awam, selain dapat pahala kerana memberi inspirasi kepada orang yang melihat, buku menjadi aksesori yang ideal untuk anda. Sedap mata memandang bila melihat seseorang keluar sambil memegang atau membaca buku.