Tuhan_untuk_Semua_B-320×479

RM 11

Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan? Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?”

Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal.

Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam.
Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.
Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

Faisal Abdurrahman adalah pelajar PhD jurusan Bioteknologi di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Acheh, Serambi Makkah, Indonesia dan aktif dalam penulisan agama di sana.