JESUS_Adalah_Muslim-240×372

RM 15

Mengapa Penulis Menggunakan Nama Jesus Bukan Nabi Isa?

Sebahagian pembaca pasti tertanya-tanya, mengapa penulis meletakkan judul buku ini sebagai “Jesus adalah Muslim”? Mengapa penulis tidak menggunakan nama Nabi Isa menggantikan nama Jesus?

Dalam hal ini, umat Islam mengenali Nabi Isa (7-2SM – 30–36M) sebagai nabi dan rasul yang diturunkan selepas Nabi Musa (1391–1271SM) dan sebelum Nabi Muhammad (570-632M). Umat Kristian pula memanggil beliau sebagai Jesus yang bukan sahaja seorang nabi, bahkan jelmaan Tuhan di dunia. Dalam ajaran Triniti, beliau disebut sebagai Tuhan Anak.

Al-Quran tidak menyebut Nabi Isa dengan nama Jesus. Nama itu berasal daripada bahasa Yunani (Greek), iaitu bahasa asal Perjanjian Baru. Nama Jesus dalam bahasa Ibrani adalah Yoshua atau Yusa. Dalam Ensiklopedia Lintas Agama yang ditulis oleh Abujamin Roham, orang Kristian menganggap Jesus sebagai Tuhan, bukan manusia biasa.