Cipta Masa Depan Cerah Dengan 8 Habit Ini

Perbezaan besar antara orang kaya dan berjaya terutamanya self made millionaires, dengan orang kebanyakkan bukanlah semata-mata jumlah harta. Perbezaan terbesar antara dua golongan ini adalah tabiat atau tingkahlaku, cara fikir, cara menyelesaikan masalah dan matlamat hidup.

Boleh di rumuskan, orang yang kaya dan berjaya mempunyai rutin sebegini:

#1 –  Sentiasa Membuat To-Do-List.

Tidak membiarkan masa berlalu sia-sia, mereka merancang seluruh aktiviti mereka dengan senarai kerja yang mahu disiapkan utk hari tertentu, dalam minggu atau bulan tertentu. Bermula dengan rancangan tahunan, seterusnya bulanan, mingguan, harian dan aktiviti setiap jam.  Elon Musk, bila di tanya bagaimana beliau merancang aktivitinya,  beliau berkata aktiviti harian dirancang dengan to-do-list dan dipecahkan mengikut jam, dalam sehari.

#2 –  Bangun Awal.

Bangun 2-3 jam sebelum mula bekerja (contohnya jam 5 pagi). Mereka menggunakan masa ini untuk merancang aktiviti harian, menyediakan persiapan kerja, dan menentukan objektif yang spesifik untuk dicapai pada hari itu.

#3 – Membudayakan Ilmu

Tanpa jemu, mereka sentiasa mendapatkan ilmu pelbagai bidang, samada mendengar bahan ilmiah berbentuk audio ketika dalam perjalanan. Tak kira samada ia adalah lecture talk, audio books, mereka yang berjaya jarang sia-siakan masa tanpa aktiviti bermanfaat. Ada banyak pilihan untuk ini, contohnya podcast TED Talk, BBC Podcast, Bayyinah TV dan Audible (Aplikasi untuk buku audio).

#4 – Jalin Hubungan Sosial Dengan Masyarakat

Jarang kita lihat orang yang berjaya hanya duduk terperap di rumah. Meskipun seorang introvert, orang yang berjaya dan kaya lazimnya melibatkan diri dengan persatuan, kumpulan tertentu yang sesuai dengan minat. Mereka lazimnya menetapkan beberapa jam, contohnya 5-7 jam setiap bulan untuk aktiviti sosial, persatuan atau komuniti. Melalui cara ini, mereka dapat menambah kenalan, selain menghubungkan mereka dengan jaringan berbakat dan enthusiasts dalam sesuatu bidang. Mereka menggunakan sesi minum kopi yang santai dengan usahawan atau individu yang memberi nilai tambah kepada mereka.

#5 –  Tetapkan Masa Untuk Membaca.

Menghabiskan masa 1 jam setiap hari untuk membaca bahan ilmiah. Ada kami sebutkan tentang manfaat kuasa 1 jam 1 hari di sini. Fokus dengan apa matlamat penambahbaikan diri yang ingin anda capai, cari bahan ilmiah atau buku yang dapat membantu, dan fokus membaca dan mempraktikkan ilmu selama 1 jam 1  hari. Selepas seawal 3 bulan, anda pasti rasa perbezaan diri anda yang baru! Jika anda mahu asah skil menguruskan masa dan produktiviti, buku-buku International Bestsellers terjemahan dari Bahasa Inggeris seperti ini adalah pilihan yang baik.

#6 – Latih Diri Membentuk Habit Positif.

Samada mahukan cara hidup sihat, membina displin, mengasah skil tertentu, mereka yang berjaya, sentiasa mahu melatih diri membentuk habit positif. Benarlah, mereka yang berjaya sebenarnya tidak berjaya dengan sendirinya. Tabiat baik tidak berlaku dengan tiba-tiba. Ia perlukan latihan. Mereka melatih diri untuk mengamalkan tabiat dan minda positif sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka berjaya dan menjadi jutawan.

#7 –  Tidak Habiskan Masa Menonton TV.

Anda pernah lihat iklan kereta Bentley, Porche, atau Jaguar keluar di kaca TV setiap malam (waktu prima)? TIDAK PERNAH, bukan? Kerana marketing strategists Jaguar tahu, kumpulan sasaran mereka tidak menghabiskan masa menonton TV! Kumpulan sasaran mereka; golongan berjaya dan kaya yang sentiasa produktif dengan urusan yang bermanfaat dan memberi impak. Hampir semua mereka yang berjaya tidak menonton TV,  atau hanya menonton TV kurang daripada 1 jam setiap hari. Selain daripada membuang masa, menonton TV tidak dapat menambah nilai maksima berbanding membaca buku ataupun mendengar bahan ilmiah. Jadi, hadkan masa menonton TV dalam bentuk jam, setiap minggu. Contohnya: Tonton TV hanya 3 jam seminggu.

#8 – Menyediakan Vision Board Matlamat Hidup.

Kuasa visualisasi tidak boleh dinafikan. Jangan biarkan impian anda hanya terpendam di dalam minda tanpa diterjemahkan dalam bentuk visual. Sediakan matlamat anda dan pastikan anda letak di tempat yang boleh dilihat setiap hari. Visual boleh menggerakkan kuasa separuh sedar anda untuk berusaha mencapai matlamat yang ada tetapkan.

warungbooku