7 Sebab Mengapa Anda Perlu Baca Novel Sejarah

#1 – Peluang Bermain Dengan Imaginasi - Reimagine History!

Battle of Thermopylae, antara tentera Spartan dan Persia, sekitar 480 BCE

Gambar di atas adalah filem adaptasi Battle of Thermopylae yang berlaku antara tentera Spartan dan Persia, sekitar 480 BCE. Antara perkara paling menarik apabila kita membaca novel sejarah ialah ia memberi pengalaman yang tidak dapat diberikan oleh buku teks sejarah atau buku kajian sejarah. Watak watak penting dalam sejarah boleh di’hidupkan’ melalui dialog atau penceritaan melalui naratif. Penulis novel sejarah berusaha membawa watak watak yang telah tiada beratus & beribu tahun lamanya, kembali hidup dalam cerita, khas untuk bacaan kita. Tanpa buku sejarah samada dalam bentuk fiksyen atau non-fiksyen, bagaimana mungkin pengarah di Hollywood dapat menghidupkan semula sejarah Battle of Thermopylae dalam bentuk adaptasi filem? Pengarah dan krew filem pasti dah baca buku dahulu, seterusnya reimagine dan diterjemahkan dalam bentuk filem

#2 – Dapat Meluaskan Sempadan Pengetahuan Geografi

Belajar dengan santa tentang sejarah dan sempadan geografi yang lebih luas melalui novel sejarah

Dalam hidup kita, kita hanya dapat pengalaman beberapa persekitaran di satu satu masa. Bukankah menarik jika kita mempunyai ‘mesin masa’ dan ‘pintu suka hati’ untuk merasai kehidupan di kurun berbeza dan di luar sempadan geografi tempat kita sekarang (Siapa yang menonton Siri Kartun Doraemon pasti faham). Bagaimana masyarakat eropah ketika di Zaman Gelap (Kurun ke 7 – 10) ? Bagaimana tolenrasi agama & bangsa, serta tradisi keilmuan di Andalus? Bagaimana kehidupan masyarakat di Empayar Islam & Eropah ketika Perang Salib? Bagaimana cara hidup masyarakat di bawah Pemerintahan Islam di Konstantinopel?  Siapa pelayar yang bertanggungjawab membawa ilmuan islam ke tanah asing seperti ke China, Ke Amerika Selatan (New World) dan lain-lain. Dengan membaca buku-buku ini, kita dapat merantau ke beberapa buah negara seperti Eropah, Sepanyol, China, Turki, Transylvania, Jerusalem, Rom, dan lain lain.

Hanya novel sejarah sahaja yang dapat memeberi peluang ini. Jasad kita di Malaysia, namun kita sebenarnya ‘telah sampai’ ke banyak tempat.

#3 – Luaskan Semangat Ingin 

Setelah baca satu buku, kita akan mencari buku kisah yang berkaitan.

Apabila kita membaca salah satu kisah dalam sejarah melalui novel, antara side effect ialah perasaan ingin tahu akan terus subur dan akan mendorong anda mencari lebih maklumat berkenaan sesuatu kisah, samada maklumat berulis, bergambar, objek, atau lain lain. Ketika kami menghabiskan novel sejarah bertajuk Hayreddin Barbossa”, berkenaan pahlawan laut yang mengawal Lautan Mediterranean disekitar tahun 1500 masihi, minat kami perkenaan pelayaran dan cara interaksi masyarakat berlainan negara terus bertambah. Dari situ kami mula mencari peta pelayaran, misi misi pelayaran yang berjalan pada kurun itu dan empayar-empayar yang wujud ketika itu. Antara buku lain yang kami baca selepas membaca buku ini ialah When Asia Was The World”, menceritakan bagaimana masyarakat di benua asia berdagang dan menyebarkan pengaruh. Ia berlaku sekitar tahun 800 – 1200 masihi.

Ini contoh bagaimana novel sejarah membantu proses berfikir dan menambah semangat ingin tahu.

"Kelebihan lain yang telah saya dapati pada anak saya yang meminati novel sejarah ialah, minatnya terhadap pertunjukan sejarah, barangan antik, kawasan bersejarah, semakin bertambah. Dia dapat menbayangkan kehidupan watak sejarah dalam novel yang dibaca. Saya fikir seorang ibu yang mempunyai 6 orang anak dan membawa mereka ke kedai antic ialah satu kegilaan. Tetapi, anak saya sangat sukakan khazanah, barangan bersejarah yang ada di kedia tersebut.  Tempohari, kami terjumpa kit membuat kasut kepunyaan tukang kasut dan dari situ kami belajatr bagaimana orang membuat kasut pada zaman dahulu.  Anak sulung saya akan mengenakan pakaian kostum bagi karakter dalam buku ‘Mother Setom’ dan membuat persembahan di sekolah”.  

(Joan Stromberg, Penulis ‘ The Orphans Find a Home: A Mother Cabrini Story’)

#4 – Dapat Inspirasi Dari Wanita Hebat Sepanjang Zaman

Lubna dari Cordoba, merupakan ahli akademik terkenal pada abad ke 10. Beliau anak kepada Khalifah Al-Hakam.

“Sejarah Di Tulis Oleh Orang yang Menang”. Dalam konteks ini, amat jarang kita dapati wanita silam menjadi figure utama dalam mana mana cerita sejarah. Kewujudan wanita tidak menjadi main subject, hanya di sertakan sebagai latar belakang. Namun begitu, kini semakin banyak usaha menulis dan membukukan tokoh wanita yang ulung pada zaman mereka, contohnya Saudagar Usahawan yang Berjaya, Khadijah Khuwailid, Ilmuan Aisyah Abu Bakar, Permaisuri Isabella di Andalus, Lubna Al-Hakam, Rabiatul Adawiyah dan lain lain.

#5 – Akhirnya, kita dapat baca buku sejarah TANPA bosan

Cerita yang begitu kompleks dalam teks sejarah, kini mudah difahami dalam bentuk novel atau filem

Boleh dikatakan ramai pelajar di Malaysia, fobia dengan subjek sejarah ketika belajar di sekolah. Subjek sejarah di anggap bosan, tidak menambah nilai, mengantuk, terlalu banyak fakta perlu di ingat (untuk jawab exam!). Ramai yang benci dan hilang minat untuk membaca apa-apa yang berkaitan sejarah. Huh! Sememangnya satu kerugian besar jika kita tidak ambil tahu apa yang berlaku pada masa lampau. Dengan cara pembelajaran sejarah di sekolah yang agak rigid, sememangnya agak sukar untuk menanam minat pelajar untuk membaca sejarah. Novel sejarah adalah jawapan untuk menyemai minat, kerana pendekatan naratif & dialog yang digunakan. Walaupun kadangkala ada fakta yang tidak tepat, tapi itu tidaklah penting, dibandingkan dengan pengajaran, inspirasi, keseronokkan dan minat yang dapat di pupuk melalui pembacaan novel sejarah.

#6 – Anda Dapat Tahu Pelbagai Peristiwa Dalam Satu Buku

Adolf Hitler dan pelbagai peristiwa sejarah dunia yang terkait dengannya

Antara sebab mengapa kami suka membaca genre novel sejarah ialah, kepelbagaian yang diceritakan dalam sesuatu novel. Dengan satu novel, pelbagai aspek kehidupan akan dikupas seperti – cara hidup watak, tradisi masyarakat, bagaimana perdagangan berlaku, strategi peperangan, bagaimana status wanita, apakah system jenayah yang digunapakai pada zaman itu, matawang, interaksi satu negara dengan negara lain, cara pemerintahan, cara pemindahan ilmu dan lain lain.

Contohnya, semua novel berkenaan Hitler, ada akan membaca pelbagai peristiwa, zaman Hitler membesar, keadaan masyarakat German di bawah Pemerintahan Hitler, Penang Dunia, Hubungan negara kuasa besar dengan Hitler, dan nasib kaum Yahudi dan yang beragaman Kristian yang di siksa oleh Hitler.

Antara novel sejarah berbahasa inggeris yang kami gemari ialah “The Miniaturist”. Ia adalah kisah misteri sebuah keluarga yang mendapat patung miniature yang seolah-olah menjadi clue tentang apa yang bakal berlaku kepada mereka. Latar belakang masyarakat di zaman imperialis Belanda pada Kurun ke 17, amat banyak diceritakan dalam buku ini, termasuk cara perdagangan, matawang, sistem ‘kasta’, perancangan bandar ketika era itu, sistem keagamaan, peranan wanita, system kekeluargaan dan lain lain.

Usai membaca novel itu, kami dapat belajar secara keseluruhan bagaimana masyarakat belanda hidup pada kurun ke 17. Seronok, betul!

#7 – Raja dan Rakyat Adalah Manusia

Ketika Rakyat di Serang Belalang Juta, kesemua rakyat dan raja juga menderita.

Dalam sejarah, kita banyak melihat masyarakat diperintah dengan sistem yang memisahkan golongan pemerintah, golongan kaya, golongan pertengahan dan yang miskin. Tetapi, jika anda membaca buku novel sejarah, sultan, raja yang berkuasa atau orang kaya berharta juga diceritakan mempunyai masalah dan dilemma yang sama dengan orang miskin. Jatuh sakit, marah, kecewa, takut, dikhianati, percintaan dan kematian berlaku pada semua orang walaupun mempunyai darjat berbeza. Dalam novel Isabella,kita dapat lihat bagaimana permaisuri yang dihormati dan ditakuti  rakyatnya juga mengalami konflik, ketakutan, kebimbangan , sebagaimana rakyatnya. Novel sejarah Sultan Abdul Hamid II yang memimpin empayar hebat  &  Hulagu Khan yang mempunyai pengikut dan askar yang ramai juga pernah mengalami pengkhianatan, kekecewaan dan kematian orang tersayang.

warungbooku

One Comment