7 Langkah Bina ‘Mini Library’ di Rumah

“There’s no soul for the house without a bookshelf”. Rak buku dan himpunan buku buku di dalam sebuah rumah amat membantu membetuk habit membaca di kalangan ahli keluarga. Ramai yang menganggap perlukan ruang dan rumah yang besar serta kos yang tinggi untuk mempunyai mini library di rumah. Kami ingin kongsikan langkah langkah mudah untuk membina ‘mini library’ di rumah anda, tak kira besar atau kecil ruang yang ada.

LANGKAH 1: PILIH LOKASI

Pilih tempat dalam rumah anda; samada bilik mahupun ruangan. Antara ciri-ciri penting ialah:

a. Ruang yang tidak terlalu sibuk; yang agak jauh dari dapur, ruang makan atau set televisisyen. Ruang ini mesti ideal untuk anda habiskan masa membaca buku, menulis dan mencurahkan idea dari inspirasi luar yang anda dapat.

b. Ruangan yang sibuk dan kerap di kunjungi orang lain mungkin akan menggangu kualiti pembacaan anda.

c. Ruang yang agak jauh dari pancaran terik matahari

d. Ruang yang agak jauh dari kawasan lembap

LANGKAH 2: RANCANG MEDIUM SIMPANAN

Ada banyak medium simpanan buku yang boleh anda pilih mengikut kriteria yang anda sendiri tetapkan. Rak buku terbuka, kabinet kaca, rak dinding, cart, dan lain lain. Lihat semula pada koleksi buku yang anda ada dan fikirkan ‘habit’ pembelian buku anda.

a. Adakah anda perlukan rak buku terbuka yang tinggi?

b. Anda perlukan kabinet bertutup kaca untuk buku buku lama?

c. Berapa anggaran buku yang mahu anda letak dalam koleksi ‘mini library’ anda?

d. Adakah anda bercadang untuk ‘expand’ mini library ini atau anda mahu saiznya kekal seperti pertama kali di rancang?

LANGKAH 3: RANCANG CARA SUSUNAN BUKU

Bagi seorang pecinta buku, proses menyusun buku adalah satu proses yang menggembirakan, mengasyikkan dan menyeronokkan! Untuk pertama kali papilla ‘mini library’ anda di siapkan, anda boleh rancang bagaimana susunan buku yang anda mahukan.

Antara idea yang boleh anda gunakan:

Urutan Abjad – Tajuk buku di sisun mengikut urutan abjad. Tidak dinafikan cara ini paling mudah untuk anda cari semula buku buku apabila diperlukan

Nama Penulis – Jika anda mempunyai kecenderungan membaca karya sebahagian penulis, anda mungkin mahu pilih cara susunan ini. Contohnya, kesemua karya Pak Samad Said di susun setempat, begitu juga penulis lain contoh seperti TG Nik Aziz, Neil Gaiman, ZF Zamir, Hasrizal Abd Jamil, Cecelia Ahern, Jojo Moyes dan lain lain.

Warna Kulit Buku – Susunan pengikut warna kulit buku dari putih, kuning, oren dan seterusnya hingga warna hitam. Ia memberi kesan unik pada mini library anda.

Genre Buku – Susanan mengikut fiksyen & non-fiksyen juga boleh dikembangkan lagi mengikut sub-subjek seperti Seni & Budaya, Sosio-politik, sejarah, hiburan, fantasi, sains, komik, ekonomi, travelog, dan lain lain.

Kronologi kandungan buku – Bermula dari zaman kewujudan bumi, zaman great migration, zaman greek, peperangan kaman Nabi Muhammad, maman industri eropah, hingga kini. Anda boleh susun koleksi buku anda mengikut kronologi masa seperti ini.

Desain kulit buku – Terdapat banyak kepelbagaian desain kulit buku, seperti foto vintaj, abstrak, lukisan, dan lain lain.

Negara Terbitan – Jika anda mempunyai buku terbitan pelbagai negara, menarik juga untuk menyusun seperti ini. Asingkan setempat bagi buku-buku terbitan Benua Amerika, Amerika Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Australasia.

Syarikat Terbitan – Susunan mengikut penerbit seperti Peguin Books, PTS, Dubook, Lejen Press, FIXI, dan lain lain

LANGKAH 4: PILIH KONSEP

Konsep mini library anda bergantung kepada kecenderungan, personaliti dan stail anda. Pastikan konsep yang anda pilih memberi keselesaan, ketenangan dan suasana yang membolehkan ‘creative juice’ anda mengalir. Pemilihan warna juga penting, kerana ia boleh mempengaruhi mood anda. Samada konsep minimalis, vintaj, profesional, santai, ala-perpustakaan, ia terpulang kepada anda.

LANGKAH 5: KIRA BAJET, PASTIKAN MAMPU MILIK

Drafkan bajet anda untuk membina mini library ini, pastikan ia tidak terlalu mahal dan dalam kategori mampu milik. Pastinya pecinta buku mahu gunakan wang untuk membeli buku buku daripada perbelanjaan kapital yang terlalu tinggi untuk mini library.

Mulakan dengan rak pilihan anda, rug ataupun carpet saiz serdahana, bantal kusyen, dan set meja kerusi.

LANGKAH 6: MULA TAMBAH KOLEKSI BUKU

Langkah ini adalah langkah paling penting dan menyeronokkan buat mana mana pencinta buku. Kegembiraan yang tak dapat digambarkan setiap kali memilih buku, mencari rekomendasi buku baru, mengetahu buku yang baru dilancarkan, dan yang paling penting….kalau ada promosi buku!

Pastinya kita terjua melihat ribuan pilihan tajuk seperti buku catatan kembara yang pelbagai, buku sejarah dengan olahan kreatif,  buku genre ‘self help’rujukan ‘bestsellers’ untuk bina skil kepimpinan, malahan, jangan lupa dapatkan siri edukomik yang baik untuk anak yang bersekolah untuk pupuk minat membaca!

Rancang pembelian anda, samada anda memberi secara online ataupun dari kedai buku fizikal, jadilah pembeli bijak! Tetapkan sebahagian dari pendapatan atau elaun anda untuk pembelian buku, cari kedai buku yang memberi tawaran diskaun, free shipping, free gift, lelong, program book exchange dan macam macam lagi 🙂

 

Jika ruang anda terhad dan anda perlu mengehadkan bilangan buku yang anda simpan di mini library anda, ada pelbagai saluran untuk menderma buku buku ini. Sekurang-kurang nya, anda dapat menginspirasi orang lain yang kurang mampu untuk membaca buku. Buku buku anda akan menemui tuan rumah baru.

LANGKAH 7: BERSIHKAN DARI HABUK

Tetapkan masa khusus dan berkala untuk membersihkan habuk yang hinggap di ruangan membaca anda. Pastikan ia ruang yang selesa untuk anda berehat. Gunakan kain microfiber untuk mengelakkan kerosakan pada struktur rak buku anda. Selamat mencuba. Start small. Start now.

 

warungbooku

5 Comments

    • Jika sudi kongsikan bagaimana proses dan hasil anda membina library di rumah, bolehlah kongsikan kepada kami, untuk kami war-warkan kepada pembaca lain. Dapat inspire lebih ramai lagi orang membina mini library 🙂