5 Tips Membaca Buku Dengan Lebih Cepat “Speed Reading”

Anda mahukan skil membaca buku dengan cepat (speed reading)?

Pada posting kali ini, kami ingin berkongsi tips dan trick bagaimana kami berjaya mempercepatkan kadar bacaan dan seterusnya membantu kami membaca lebih buku  dari kebiasaan (yeay!!). Tips ini telah kami cuba & perbaiki beberapa kali supaya kami dapat membaca buku dengan lebih efektif.

Mengapa Perlu “Speed Reading

Pernah dengar kata-kata Too Many Books, Too Little Time? Kami menghadapi masalah ini apabila kadar membaca buku tidak sebaik kadar membeli buku yang diminati. Para tahun 2014, kadar bacaan buku kami ialah 1.5 buku setahun (18 buah buku setahun). Pada masa yang sama, kami tetap membeli buku buku kegemaran, kami mengumpul 35 buku baru pada tahun 2014. Pening..pening…apabila terlaulu banyak backlog buku yang masih belum dibaca!

Pada tahun 2015, kami berazam untuk mengaplikasi skil ini, kami berjaya membaca 3 buku sebulan (25 buku setahun), yang mana purata mukasurat  ialah 400, di samping kerja 9 pagi – 5 petang, dan tanggungjawab lain. Motivasi untuk membaca lebih buku bertambah apabila aplikasi skil speed reading ini menunjukkan prestasi yang menggalakkan.

1. Gunakan Pointer

Sekiranya anda sedar, ketika kita membaca, mata kita tidak tetap pada satu tempat tertentu, gerakan mata kita berlaku dengan kerap (kadangkala tanpa kita sedari), dari stau perkataan ke perkataan yang lain. Ia berlaku kerana kecenderungan kita untuk mengumpul lebih maklumat

Fenomena ini di panggil Saccades. Saccades bermaksud pergerakkan kedua-dua mata yang pantas yang berlaku sekaligus,pada arah yang sama. Ia menyebabkan kadar pembacaan anda perlahan, kerana beberapa millisecond di peruntukan untuk pergerakan mata anda pada arah yang berbeza, mengikut perkataan yang tertera dalam buku.  Penyelesaian kepada masalah ini ialah menggunakan ‘pointer’. Pointer membantu:

  • Menunjukkan arah yang fokus ketika membaca.
  • Membantu mengawal kadar membaca. Gunakan pointer untuk menentukan kadar anda membaca, lebih berkesan dari menggunakan mata. Pergerakkan pointer lebih laju jika anda ingin membaca lebih laju, begitu juga sebaliknya.

Tidak perlu menggunakan pointer yang mahal. Anda boleh gunakan jari ataupun stick ketika membaca. Contohnya, stick digunakan untuk membei fokus setiap patah perkataan yang anda baca. Setelah membiasakan diri dengan penggunaan pointer, pembacaan anda akan menjadi lebih effektif dan pantas.

2.  Kita Mahukan Kawalan, bukannya Kadar Kelajuan.

Ramai yang menganggap membaca dengan kadar segera merugikan kerana pembaca tidak dapat menyerap informasi, Jalan cerita akan menghayati pembacaan dengan baik. Tidak seperti namanya, speed reading, bukanlah semata mata usaha untuk menambah kelajuan pembacaan, tetapi, ia adalah usaha mengawal kadar bacaan anda dan tidak membiarkan anda terganggu dengan perkara lain yang menyebabkan pembacaan anda tidak efektif dan lambat.

Kemampuan mengawal kadar bacaan supaya anda membaca dengan lebih efektif akan membantu anda menyerap informasi dengan lebih berkesan dan memperbaiki penghayatan ketika membaca kerana anda telah menghilangkan gangguan gangguan lain ketika membaca.

3. Jangan buat subvocalization!

Apakah maksud subvocalization? Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan ramai pembaca  terperangkap dengan pembacaan perlahan dan tidak efektif. Subvocalization ialah apabila kita membaca tanpa suara dan perkataan itu berlegar dalam kepala.

Cuba bezakan keadaan ini:

  • Di baca dengan suara kuat: “Mereka masuk ke dalam rumah”
  • Di baca tanpa suara: “Mereka masuk ke dalam rumah”

Untuk membantu anda tidak terperangkap dengan membaca tanpa suara dan membiarkan ia dalam kepala anda, di sinilah penggunaan pointer membantu. Berlatih membaca dengan pointer dan gerakkan pointer anda lebih laju dari kadar bacaan yang anda lakukan dalam kepala. Ini akan menyebabkan habit membaca secara senyap dalam kepala anda, terhenti.

4. Pilih Pembacaan Aktif

Kebanyakkan pembaca membaca secara pasif. Pembacaan pasif bermaksud kita membaca dan mengharapkan info dari buku diserap masuk secara automatik. Jika bahan bacaan adalah genre santai, ia tidak menjadi masalah. Tapi, bagaimana jika kita sedang membaca buku untuk mendapatkan maklumat tertentu?

Bacaan aktif atau active reading ialah apabila kita ‘berinteraksi’ dengan informasi yang dibaca dari buku. Pembacaan aktif adalah perkara yang harus di lakukan oleh semua pembaca untuk mendapat manfaat maksimum dari buku yang di baca. Ini termasuk mencatat point penting dan menarik sepanjang pembacaan anda, menggariskan kosa kata yang belum difahami, menandakan kosa kata baru, kata-kata motivasi, bertanyakan soalan berkaitan perkara yang dibaca, berhenti seketika untuk berfikir, muhasabah (refleksi) dan pelbagai lagi. 

Jika anda mencari di mana untuk mendapatkan index sticky notes, anda boleh dapatkan di Kinokuniya KLCC.

Sticky Index Notes boleh digunakan untuk menanda informasi menarik & penting ketika anda melakukan pembacaan aktif
Sticky Index Notes boleh digunakan untuk menanda informasi menarik & penting ketika anda melakukan pembacaan aktif

Sebagai pembaca tegar, kita tidak mahu baca buku hari ini, esok sudah lupa!

5. Kenali Buku Anda Sebelum Mula Membaca

Sebelum anda memulakan pembacaan anda, ambil sedikit masa untuk menyemak maklumat asas buku tersebut sepeti genre buku, table of content, tajuk (chapter), jilid, jumlah mukasurat. Ini adalah proses untuk kita mengenali buku yang bakal dibaca. Ia membantu kita menetapkan mind frame sebelum membaca, kita dapat mengetahui apakah cara terbaik untuk membaca (perlukan keadaan santai, pembacaan aktif atau pasif?) dengan itu pembacaan kita lebih lancar dan fokus.

Cuba dan teruskan untuk praktis Speed Reading

Nak semak kadar pembacaan? Pilih buku untuk di baca pada minggu atau bulan ini.

  • Setkan 1 minit dengan menggunakan timer.
  • Mulakan membaca, gunakan pointer!
  • Teruskan membaca dan berhenti apabila 1 minit telah tamat
  • Tandakan barisan terakhir yang anda baca
  • Kira bilangan perkaraan yang telah and abaca dalam1 minit
  • X = bilangan perkataan yang sempat di baca untuk 1 minit

Selamat mencuba! Inilah masa untuk membaca lebih banyak buku pada tahun 2016 nanti!

Anda ada tips lain yang ingin di kongsikan berkenaan speed reading? Email kepada kami di articles@warungbooku.com. Kami berbesar hati untuk berkongsi tips anda dengan pembaca yang lain

warungbooku

One Comment