5 Buku Yang Akan Mengubah Arah Hidup Anda

 

Setelah kita menamatkan pembelajaran dan mendapat ijazah di universiti, bagi kebanyakkan orang, hidup akan terus berjalan dalam mode “autopilot”. Bermakna, sebagaimana ribuan yang lain, kita akan melangkah masuk ke ‘Alam 9 pagi – 5 petang’, menerima gaji setiap hujung bulan untuk melunaskan bayaran hutang kereta, sewa rumah, utiliti, kad kredit dan hutang lain. Bakinya kita simpankan di dalam akaun simpanan ataupun Tabung Haji. Kemudian kita kahwin, berkeluarga. Kitaran masih sama meskipun setelah 30 tahun berlalu
.
Kitaran  hidup tanpa kompas ini terus berjalan tanpa berhenti, sehingga kita sendiri yang berasa penat, lelah, tertekan dan bosan dengan hidup yang sama. Konflik bertali arus, hidup kita tidak bahagia. Emosi selalu negatif dan motivasi untuk meneruskan kehidupan menurun. Kita menyerah kalah dan putus asa. Kita hidup untuk mati. Benarkah begitu?
 .
Melainkan ada suatu kuasa yang kuat untuk membetulkan arah perjalanan hidup kita. Kuasa yang datang dari dalam diri mahu mengubah nasib, memperbaiki kualiti kehidupan diri dan keluarga dan mahu berjaya dan mampu “membeli masa”.

Tiada cara lain melainkan dengan mendapatkan ilmu, iaitu membaca.

Jika buku cerita fantasi mampu memberi inspirasi kepada kanak kanak, jangan terkejut jika orang dewasa juga mampu mengubah hidup dengan hanya membaca buku yang benar-benar berkuasa mengeluarkan kuasa perubahan dalam diri anda.

Perubahan kompas hidup bukan hanya dari segi spiritual, tetapi keseluruhan aspek kehidupan seperti: kewangan, produktiviti, emosi dalaman, personaliti dan perkembangan IQ.

Kali ini, kami ingin berkongsi 5 buah buku yang berkuasa mengubah kompas atau arah seseorang, untuk keluar dari “auto-pilot” mode dan “rat-race” ciptaan kita sendiri. Ya, kita yang tentukan hidup kita, dengan izin-Nya.

 

Buku #1: Rich Dad, Poor Dad (Edisi BM)

RICH DAD POOR DAD EDISI BM ROBERT KIYOSAKI

Semasa membaca helaian demi helaian, terasa seperti ada kuasa yang menampar muka berkali kali, mengingatkan kebodohan dan ‘ignorance’ diri sendiri selama ini.

Bukan itu sahaja, buku ini juga memberi pencerahan dan rantaian idea idea yang menyegarkan dan menyebabkan kita bersemangat kembali untuk menentukan arah hidup kita.

Siapa yang tidak mahukan kerja yang memberi inspirasi, kehidupan bahagia, kewangan yang mencukupi untuk diri dan keluarga, serta kebebasan masa? Bagaimana untuk kita dapatkan semua ini?

Terima Kasih, Robert Kiyosaki kerana menulis buku klasik pendidikan kewangan bertajuk: Rich Dad, Poor Dad  yang telah mengubah jutaan hidup orang diseluruh dunia.

Lain orang, lain cara penerimaanya. Kandungan buku ini dapat disimpulkan begini:

“Orang miskin berkerja untuk mendapatkan duit. Orang kaya memastikan duit yang berkerja untuk mereka”

Bagaimana caranya agar kita tidak terus jadi orang miskin? Bagaimana mahu jadikan duit berkerja untuk kita? Cerita analogi, hakikat wang, hutang, liabiliti, aset, aliran tunai, konsep kebebasan kewangan dan masa, semuanya lengkap di sertakan dalam buku. Ia benar benar telah mengubah hidup kami.

Buku ini tidaklah menceritakan kira kira tambah tolak jumlah duit, buku ini memandu kita untuk mengubah cara fikir atau ‘mindset’. Mindset yang salah yang telah memerangkap hidup kita dan menjadikan terus dalam auto-pilot mode tanpa disedari.

Contoh mengubah cara fikir yang diajarkan Kiyosaki ialah: Berhenti mengatakan “Ini tidak boleh dibuat, mustahil dapat dibuat” . Tetapi, katakan lah “Bagaimana Cara Untuk Melakukannya?” dalam semua aspek kehidupan.

Ya, “duit berkerja untuk kita” agak mustahil untuk dicapai….melainkan anda bertanya “bagaimana mahu jadikan duit berkerja untuk kita?”

Setelah membaca dan mengambil tindakan untuk mengubah cara fikir, menukar ‘habit’ dan mencari peluang, kami telah berjaya mempunyai lebihan tunai sebanyak RM8000 setiap bulan, 2 hartanah yang menghasilkan aluran tunai, serta berjaya menghabiskan hutang rumah yang berharga RM200k dalam masa 2 tahun sahaja.

Buat pertama kalinya dalam hidup, kami mula faham yang menjadi kaya bukan lah satu kebetulan, tetapi semua orang mampu menjadi kaya dengan kuasa mengubah mindset, tambah ilmu dan mengambil tindakan. 

Tinggalkan hidup auto-pilot mode anda, keluarlah dari rat-race ciptaan anda dan hiduplah dengan bahagia dengan kebebasan wang dan masa!

Jika anda lebih selesa membaca dalam Bahasa Malaysia, ada berita baik untuk anda. Sudah pun anda pengeluar dan pencetak buku yang menterjemah Rich Dad Poor Dad ini dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia! Terminologi kewangan dan analogi lain kini lebih mudah di fahami.

 

Buku #2: Komik Tazkirah Tok Guru

Komik Tok Guru Nik Abdul Aziz TGNA

Kami amat berterima kasih kepada pihak penerbit yang telah menghimpunan petikan tazkirah dan kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diadaptasi dan diilustrasikan dalam bentuk komik. Istimewanya kata kata almarhum ini ialah, tazkirah beliau ringan, namun mampu masuk terus ke dalam hati dan menerbitkan keinsafan kepada pembaca.

Semasa Al-marhum hidup, ramai yang sanggup bermusafir ke Pulau Melaka, Kelantan, hanya untuk mendengar kuliah beliau, mentahnik anak atau melihat senyuman dan cara hidup beliau dari jauh. Kini beliau telah tiada, seluruh rakyat malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersedih. Kita pasti akan rasa terharu membaca tribute rakyat Malaysia buat Tok Guru kesayangan kita ini.

Buku ini, kami anggap sebagai re-presentasi Tok Guru, yang memberi nasihat kehidupan yang meninggalkan kesan. Ketika membacanya, kami membayangkan seolah-olah Tok Guru lah yang sedang berkata-kata dek kerana llustrasi wajah dan skrip asal Tok Guru di kekalkan.

Jika anda baca buku ini berulangkali, ia pasti akan menghidupkan hati yang mati, menyegarkan semangat yang longlai. Menariknya, komik ini jug sesuai untuk bacaan anak anak. Kita dapat mengenalkan mereka dengan Tok Guru Nik Aziz, melalui komik ini.

 

Buku #3: Why Mars and Venus Collide (Edisi BM)

Why-Mars-and-Venus-Collide

Sekiranya anda sudah bertunang atau berkahwin, tetapi kerapkali menghadapi konflik dengan pasangan anda. Hidup pasti rasa tidak bahagia, rimas dan anda terperangkap dengan emosi negatif sepanjang masa. Sejujurnya, kami juga pernah menghadapi masalah yang sama.

Tapi kami sedar bahawa, perhubungan yang bahagia bukanlah satu kebetulan. Sebagaimana perkara lain dalam hidup, perhubungan yang berjaya bermula dengan ilmu dan kuasa tindakan. Pilihan kami untuk mencedok ilmu dari buku “Why Mars and Venus Collide” tepat sekali 🙂

Kita selalu berhadapan dengan situasi klise; lelaki dan want bersengketa kerana kurang atau tiada komunikasi dua hala yang positif. Tetapi itulah kebenarannya, dan untuk mengubahnya, kita perlukan ilmu komunikasi dengan berlainan jantina.

Setelah membaca buku ini, kami amat menghargai tips yang Dr. John  Gray kongsikan. Dr John Gray memulakan dengan memahamkan perbezaan lelaki dan wanita dari sei psikologi dan fisiologi. Setelah mendapat gambaran perbezaan ini, barulah kita dapat menghargai fakta mengapa perlu teknik tertentu untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Dr. John Gray juga menerangkan anatomi sebuah pertengkaran.

  • Bagaimana dan mengapa ia berlaku?
  • Bagaimana Menghentikan Pertengkaran dan Berdamai
  • Bagaimana Menghentikan Pertengkaran dan Berdamai
  • Cara untuk jujur dengan perasaan sendiri tanpa mengguris perasaan pasangan.
  • Tips mencipta kasih sayang bersama pasangan dan keluarga

Dengan memahami perkara yang praktikal ini telah baanvak mengubah cara kami berkomunikasi dengan pasangan. Banyak konflik dapat di elakkan dan diselesaikan.

 

Buku #4: How to Win Friends and Influence People (Edisi BM)

how to win friends and influence people dale carnegie

Buku yang ke empat yang telah mengubah hidup kami dari segi personaliti dan kebolehan komunikasi ialah How to Win Friends and Influence People. 

Dengan skil yang di ajarkan dalam buku ini, kita boleh mendapatkan kerja yang kita mahukan, kita mampu mempengaruhi keputusan seseorang, atapun mendapat sokongan atas apa yang kita perjuangkan! Memang berkesan!

Buku ini telah lama di tulis, iaitu pada tahun 1936. Tetapi, anehnya tips beliau kesemuanya praktikal pada zaman moden ini. Tidak temata-mata seperti tajuk ini, setelah kami baca buku ini, kami sedar bahawa, menguasai cara diri sendiri berfikir adalah paling penting sebelum kita mahu orang lain mengikut kita.

Buku ini mengajarkan bagaimana memaksimakan potensi diri, cara memenangi hati dan mendapatkan pengaruh dari orang lain dengan cara positif serta bagaimana mahu mengubah sikap orang lain tanpa konflik.

Tidak dinafikan, ketiga tiga skil ini penting untuk meneruskan hidup dan berjaya dalam dunia kompetetif ini.

Yang menariknya, Dale Carnegie tidak hanya menulis ilmu teori semata mata, beliau juga meyertakan analogi, contoh, kisah sebenar untuk difahami pembaca. Kami paling sukakan contoh dialog atau skrip yang disertakan dalam buku ini setiap kali penulis memberi tips tips tertentu.
Oleh itu, buku ini sentiasa menjadi rujukan dan bacaan kami berulang kali.

 

Buku #5: Cerita Dari Syurga

Cerita Dari Syurga

Apakah motivasi terbesar anda untuk bangkit dari kesedihan dan kegagalan?

Bagi kami, apabila kami mengenang bahawa di sana ada syurga yang diciptakan dengan penuh keindahan, kemewahan, kebahagiaan, tiada kesedihan dan kekecewaan, kami terus tercari cari buku buku yang menceritakan keindahan syurga.

Alhamdulillah, kami terjumpa buku Cerita Dari Syurga, yang meskipun nipis, tetapi membacanya adalah suatu ‘life-changing-experience’. Buku ini telah membantu kami untuk melupakan kekecewaan dan teruskan berusaha dan meletakkan fokus pada perkara yang utama dalam hidup.

Istimewanya buku ini mengandungi cerita-cerita yang ringkas tetapi luar brasa kesannya. Setiap cerita membawa pengajaran yang berbeza tetapi indah.

Setelah saya membaca buku ini, ia telah menyebabkan kami berfikir bahawa kesusahan dan cabaran sekarang adalah  kecil sekali dan yang lebih penting ialah terus memandang ke hadapan dan fikirkan apakah cara kita mahu diingati setelah kita mati? Melalui nama yang glamor? Dengan jasa baik? Dengan amal jariah? Dengan contoh dan inspirasi kepada orang lain?

Buku ini telah mengubah sudut pandang saya terhadap kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya.

 

 

warungbooku