10 Idea Aktiviti Seronok Dilakukan Dengan Keluarga

#1 – Aktiviti Treassure Hunt

Sebenarnya aktiviti Tressure Hunt ini boleh membawa keseronokkan kepada ibubapa, dan terutamanya anak-anak. Dengan  tressure hunt, banyak nilai positif dapat diterap, selain dari keseronokkan!

Ibu atau ayah perlu lakukan perancangan sebelum aktiviti bermula.

  • Pilih tema Tressure Hunt
  • Sesuaikan dengan usia-anak-anak
  • Sediakan props untuk pemain untuk tambah keterujaan anak-anak
  • alat: Peta, clues, barang yang disorokkan
  • Hadiah jika dapat selesaikan semua clues

Anak-anak dapat belajar membaca peta yang ringkas, mencambah kemahiran berfikir, berdikari menyelesaikan masalah (clues), berkerjasama, saling membantu dan berseronok!

#2 – Perkemahan Ringkas

Jika rumah anda (atau ahli keluarga lain) mempunyai halaman, sebagai permulaan, bolehlah lakukan perkemahan di halaman rumah. Tinggalkan bilik tidur, pasang kemah, sediakan peralatan perkemahan seperti bekalan makanan, lampu suluh, tikar, stokin. Kenangan ini lebih manis bila anak-anak melihat ibubapa juga seolah sama-sama ‘bermain khemah-khemah’ bersama mereka.

#3 – Lihat Kembali Foto Keluarga #throwback

Gunakan masa yang anda tetapkan, seperti waktu petang dihujung minggu, dengan santai untuk melihat photo keluarga. Gambar ibu ayah, pakcik, makcik, serta atok dan nenek ketika masih muda.

Aktiviti ini menyeronokkan jika dilakukan secara santai dan disertaran pula sedikit kisah disebalik gambar untuk anak-anak.

#4 – Projek keluarga

Antara projek keluarga yang mudah dan murah dilakukan bersama ialah

  • Melukis & mewarna peta
  • Buat sabun natural & homemade
  • Membina semula bandar menggunakan kertas
  • Rantai & gelang menggunakan beads

Pastikan projek yang dipilih bersesuaian dengan minat dan umur anak.

#5 – Buku Skrap!

Buku skrap lebih seronok dibuat bila tiada ‘paksaan’ atau ‘deadline’ seperti kelazimannya di sekolah.

  • Pilih tema buku skrap, contohnya: “Serangga”
  • Bawa anak-anak berjalan di sekeliling taman atau rumah
  • Bawa kamera dan ambil semua gambar serangga yang dijumpai
  • Cetak, tampal gambar-gambar dalam buku skrap dan namakan semua serangga.

Yay, dah siap!

#6 – Cipta kenangan sambil belajar

Pilih perkara yang disukai oleh anak anda.

Contohnya, anak anda sukakan kapal terbang. Bawa anak ke kawasan lapangan terbang untuk lihat pelbagai kapal terbang memulakan perjalanan , terbang semakin tinggi ke arah langit dan  mendarat.

Contoh lain, aktiviti memancing ikan. Anak pasti stronok memilih umpan, memasang umpan, mengail dan meligst ikan-ikan yang berjaya ditangkap.

#7 – Masak bersama-sama

Resepi mudah dan sesuai dengan umur anak, seperti homemade ice cream, popsicle, cookies, pizza, kek batik dan banyak lagi.

#8 – Baca Buku Bersama-sama

Beri peluang anak anda pilih buku kegemaran atau yang baru dibeli, dan gunakan waktu hujung minggu untuk membaca buku bersama mereka. Lakonkan watak, pastikan seronok, pelbagaikan intonasi dan gaya. Jika anda tak biasa, dan perlukan cara untuk diikuti, boleh baca di sini.

Banyak manfaat boleh didapati dari aktiviti ini, anak anda boleh berimaginasi, mengenal ‘vocab’ baru, belajar tentang warna, gaya, watak, membina dialog dan pelbagai lagi. Boleh juga kita selitkan pengajaran dan nasihat.

Ia juga salah satu cara untuk memupuk minat anak anda terhadap buku.

Satu langkah ke hadapan lagi, jadikan membaca buku sebagai aktiviti tahunan, juga satu idea yang baik, seperti mana yang dilakukan oleh ibu ini.

#9 – ‘Pertandingan’ Bercerita

Lebih ramai, lebih seronok. Libatkan anak-anak anda, jiran atau rakan baik disekolah dalam aktiviti ini. Jangan jadikan aktiviti ini sebagai ‘competition’, pastikan santai, menyeronokkan dan penuh gelak ketawa. Untuk permulaan, anda sebagai ibubapa boleh mulakan dahulu. Berceritalah dengan gaya kanak-kanak, pelbagaikan intonasi, banyakkan pergerakkan dan gayakan watak dalam cerita. Kisah seperti Sang Kancil dan Buaya, Monyet Degil, Burung Gagak Yang Bijak, Harimau dan Tikus, Arnab Berlumba Lari dengan Kura-Kura; amat seronok diceritakan dengan kanak-kanak!

#10 – Picnic!

Bawa tikar, bekalan makanan, buku cerita, permainan anak-anak ke pantai atau taman berdekatan, dan ‘enjoy!’

warungbooku